Assalammualaikum kepada sahabat-sahabat yang di rahmati ALLAH SWT sekalian.
Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW,kaum keluarga dan para sahabat Baginda.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Kenapa ye perlu Iri hati? percaya tak ramai manusia yang Iri Hati?kalau tak percaya cuba buat kajian, pasti dapat jawapan.saya nak cerita sikit mengenai Iri hati. Maksud Iri hati berasal dari perasaan tidak puas terhadap diri sendiri kerana melihat kesenangan orang lain.
Rasa iri hati boleh melanda sesiapa saja dan di mana saja, jika di masjid atau surau iri hati kerana orang lain lebih menonjol kepandaiannya, di tempat kerja ada yang iri hati pada rakan sekerja yang lebih berhasil dan menduduki jawatan yang lebih tinggi, di dalam keluarga ada yang iri hati kerana kakak atau adik lebih diperhatikan orang tua dan sebagainya. Macam-macam jenis ada perasaan iri hati ini.
Perlu kita sedari bahawa perasaan iri hati tidak membawa kebaikan bagi kita, malah Iri hati tidak hanya merugikan orang lain, tetapi juga merugikan diri sendiri serta iri hati akan menyebabkan diri sendiri merana.mengapa perlu menyiksa diri andai Iri Hati tidak mendatangkan makna pada diri kita.
Orang yang iri hati akan rasa berdukacita atas kejayaan orang lain dan sebalikanya ia bersukacita atas kegagalan orang lain. Ia tidak suka bila ada orang lain lebih baik atau lebih sukses dari dirinya. Orang yang iri hati juga cenderung kepada,suka membanding-bandingkan dirinya dengan orang lain, akibatnya ia sendiri menjadi sangat tertekan dan kehilangan damai sejahtera pada dirinya sendiri.
Jadi harus segera dibereskan, kerana di mana pun ia berada akan selalu bertemu dengan orang-orang yang mungkin lebih baik atau lebih sukses dibanding dirinya. Maka kita harus segera memeriksa diri kita sendiri, apa yang membuat kita menjadi iri hati terhadap orang lain. Daripada membuang energi untuk iri hati, belajarlah melihat potensi terbaik yang ada di dalam diri kita, dan kembangkan terus. Bila kita fokus pada apa yang kita miliki kita akan rasa bersyukur dalam apa pun keadaan kita, namun bila kita tertuju pada apa yang tidak kita miliki dan melihat kelebihan orang lain terus, kita akan selalu berfikiran negatif dan tidak pernah rasa bersyukur.
Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkata Nabi Muhammad S.A.W. bersabda maksudnya : "Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat sebagai mana api makan kayu."
Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkata Nabi Muhammad S.A.W. bersabda maksudnya : "Tiga macam sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorang pun iaitu:
- Buruk sangka
- Hasad dengki
- Takut sial kerana sesuatu
Lalu ditanya: "Ya Rasulullah bagaimana untuk selamat dari semua itu?" Jawab Nabi Muhammad S.A.W. "Jika kau hasad maka jangan kau lanjutkan, dan jika menyangka maka jangan kau buktikan (jangan kau cari-cari kenyataannya) dan jika merasa takut dari sesuatu maka hadapilah (jangan mundur)." Yakni jika hasad dalam hatimu maka jangan kau lahirkan dalam amal perbuatanmu sebab selama hasad itu masih dalam hati, maka ALLAH S.W.T maafkan selama belum keluar dengan lidah atau perbuatan. Jika su'udhdhan (buruk sangka) maka jangan kau buktikan, jangan berusaha menyelidiki mencari kenyataannya. Demikian pula jika akan keluar untuk sesuatu lalu ada suara burung atau lain-lain yang menimbulkan was-was atau takut dalam hati maka teruskan hajatmu dan jangan mundur."
Sahabat yang dikasihi sekalian,
Oleh itu marilah kita jauhi sifat-sifat iri hati, buruk sangka dan hasat dengki kepada seseorang (manusia), malah sifat-sifat ini hanya membinasakan diri sendiri, apatah lagi dengan adanya sifat-sifat ini pada diri kita ianya hanya menambahkan dosa serta yang pastinya diri kita tidak akan pernah tenteram dengan perasaan sebegini yang hadir dalam hidup kita. Fikirkanlah sahabat dengan akal yang diberi ALLAH, untuk kita membezakan sesuatu yang baik dan yang buruk....wallahu a'lam.
(Di petik daripada tulisan Nor Azita Idris)
No comments:
Post a Comment