Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,

Sujud Syukur adalah amalan sunah Rasulullah SAW apabila mendapat berita gembira mengenai kejayaan sesuatu urusan atau dikurniakan rezeki yang tiada disangka-sangka.
Dari Abu Bakrah: Apabila Rasulullah SAW. menemukan sesuatu yang
menggembirakan baginda atau disampaikannya kepada baginda sesuatu
berita sukacita, maka baginda melakukan sujud syukur sebagai tanda
bersyukur kepada Allah SWT. (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi).
Dalam salah satu riwayat dinyatakan bahawa Abdul-Rahman bin Auf r.a. melihat Nabi Muhammad SAW. sedang melakukan sujud. Kerana baginda bersujud lama sekali, maka timbullah kebimbangan kepada Abdul-Rahman bin Auf r.a. kalau-kalau Rasulullah SAW. dalam keadaan'bahaya', mungkin baginda dipanggil Tuhan secara mendadak. Dengan segera Abdul-Rahman bin Auf mendatangi Rasulullah SAW. untuk mengetahui keadaan baginda yang sebenarnya.
Sejenak kemudian Rasulullah SAW .mengangkat kepalanya, bangun dari sujud dan bertanya kepada Abdul-Rahman bin Auf : " Ada Apa gerangan, wahai sahabatku, maka kamu nampak seperti orang yang bingung ?"
Abdul-Rahman bin Auf menjelaskan kebimbangannya itu, sepertimana yang dinyatakan di atas.
Akhirnya Rasulullah SAW.. bersabda yang bermaksud : " Bahawasanya Jibril datang kepadaku dan berkata : 'Sukakah engkau : Barangsiapa yang mengucapkan salawat ke atas engkau, maka Allah SWT. akan memberikan salawat kepadanya. Barangsiapa yang memberikan salam kepada engkau, maka Allah akan memberikan salam (pula) kepadanya..Mendengar hal itu, maka saya (Rasulullah) terus melakukan sujud kepada Allah sebagai tanda bersyukur". (Hadis Riwayat Ahmad)
Berdasar ke atas Sunnah Nabi itu, maka ianya tidak hairanlah apabila para sahabat sering melakukan sujud syukur tatkala mereka mendapat nikmat atau memperoleh berita yang menggembirakan. Amalan sujud syukur itu adalah antara manifestasi untuk menyatakan kesyukuran atau terimakasih kepada Allah SWT.
Sahabat yang dimuliakan,
Sujud syukur adalah perbuatan melakukan sujud secara spontan (seketika) tatkala mendapat nikmat atau menerima berita yang menggembirakan.
Adapun cara mengerjakan sujud syukur itu tidak berbeza sepertimana sujud tatkala solat. Hanya syarat-syarat yang diwajibkan dalam mengerjakan solat, seperti harus mempunyai wuduk (air sembahyang), menghadap qiblat, pakaian yang bersih daripada najis dan lain-lain, itu semua adalah tidak disyaratkan didalam sujud syukur.
Juga tidak disyaratkahn untuk dilakukan ditempat-tempat tertentu seperti masjid/surau, tetapi dibolehkan dilakukan disetiap tempat, asalkan tidak ditempat-tempat yang kotor, seperti tandas dan lain-lain. Boleh ianya dilakukan di tepi jalanan, di pasar, di kebun, di kilang, di tepi pantai, di atas kereta dan sebagainya.
Dalam pada itu, tidak ada bacaan-bacaan yang khusus pada waktu melakukan sujud syukur itu. Menurut penjelasan Jumhur Ulama, cara melakukannya ialah dengan mengucapkan takbir lebih dahulu, kemudian sujud, sesudah itu bangkit dari sujud dan terus memberi salam. Ada juga sebahagian ulama yang berpendapat bahawa sujud syukur tidak perlu dimulakan dengan takbir dan disudahkan dengan salam, tetapi ianya cukup dengan bersujud sahaja, kemudian bangikit dan duduk kembali.

Sahabat yang dikasihi,
Sebagai seorang mukmin yang sentiasa bersyukur kepada Allah SWT perlulah zahirkan tanda kesyukuran kita apabila mendapat sahaja berita baik yang mengembirakan atau kejayaan sesuatu urusan yang kita usahakan.
Allah berfirman bermaksud: “ Maka ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingatimu dan syukurlah atas nikmat- Ku dan janganlah sekali-kali kamu kufuri nikmat Ku. ”
(Surah al-Baqarah, ayat 152).
(Surah Ibrahim, ayat 7).
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidaklah kekayaan itu dengan banyak harta, tetapi sesungguhnya kekayaan itu ialah kekayaan jiwa.”
No comments:
Post a Comment