بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Harithah bin Wahab r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah SAW
bersabda, “Tidakkah aku akan memberitahu kamu tentang ahli-ahli syurga?
Iaitu orang-orang yang lemah dan dipandang hina (oleh manusia), kalau
dia bersumpah kepada Allah nescaya Allah mengabulkan sumpahnya, tidakkah
aku akan memberitahu kamu tentang ahli-ahli neraka? Iaitu setiap orang
yang kasar perangai atau bersikap kasar, angkuh dan sombong”.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Huraiannya :
Berdasarkan dua hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa gambaran sifat-sifat diantara ahli syurga dan ahli neraka dapat dikenali
semasa didunia lagi.
Umat Islam yang mendapat kemenangan di hari akhirat hingga berjaya memasuki syurga Allah SWT kebanyakkannya adalah
daripada golongan yang lemah , miskin dan yang dipandang hina oleh manusia
semasa didunia.
Kenapakah golongan lemah dan dipandang hina oleh manusia dan miskin harta mendapat kemuliaan di sisi Allah SWT hingga di masukkan-Nya ke syurga?
Kebiasaannya orang lemah, hina dan miskin hati mereka tidak tamak kepada harta dunia, hidup bersederhana makan dan minum apa yang ada dan sentiasa bersifat qana'ah. Sentiasa cukup apa yang dikurniakan oleh Allah SWT dengan bersyukur dan menjauhkan diri daripada hasad dengki, iri hati dan ingin pujian dan sanjungan. Tidak ada apa yang perlu dikejarkan untuk mencari kemewahan, kemegahan dan kesombongan di dunia ini kerana hidup di dunia adalah persingahan sementara sedangkan akhirat adalah destinasi utama yang akan dituju dan tempat yang kekal abadi untuk selama-lamanya.
Orang-orang miskin sekalipun mereka dhaif tetapi sekiranya mereka
bersabar dengan kesusahan yang mereka hadapi serta membuat amalan-amalan soleh nescaya mereka akan dimasukkan ke dalam syurga.
Berbeza dengan sifat orang kaya dan mereka yang ada kedudukan dalam masyarakat kerana dengan kekayaan dan kemewahan hidup dan sentiasa disanjung seseorang boleh menjadi lupa diri , bersifat kasar perangai, ego, angkuh dan sombong. Orang kaya lebih cenderung untuk melakukan perkara yang haram seperti memberi rasuah untuk mendapatkan projek, penipuan dalam peniagaan untuk mendapat untung lebih dan mengambil riba sebagai modal perniagaan. Orang kaya dan mereka yang ada kedudukan dalam masyarakat yang berperangai seperti ini akan tersekat di pintu syurga dan akan di giring keneraka kerana kesombongannya , bersifat kasar , bengis dan melakukan perkara-perkara yang haram.
Dalam hadis di atas juga ada menceritakan bahawa golongan yang ramai memasuki neraka adalah kaum wanita. Kenapa kaum wanita ramai di neraka? Wanita yang menjadi ahli neraka adalah mereka yang derhaka kepada Allah SWT, tidak
menunaikan hak Allah SWT dan hak manusia seperti nusyuz dan menafikan budi
baik suaminya.
Allah SWT tidak memandang kepada rupa paras dan harta kekayaan seseorang kerana nilai mulia di sisi Allah SWT adalah berdasarkan nilai takwa walaupun dia miskin, rupa paras buruk, dihina dan lemah dalam masyarakat. Antara ciri-ciri orang yang mulia disisi Allah SWT ialah mereka yang
diperkenankan doanya.
(Hadis Riwayat Muslim).
Sahabat yang dimuliakan,
Islam tidak menghalang seseorang menjadi kaya asalkan cara usaha yang dilakukan tidak bertentangan dengan syariat Islam. Sekiranya seseorang menjadi kaya maka banyak tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan seperti membayar zakat, bersedekah dan infak hartanya di jalan Allah SWT . Orang kaya juga perlu merendahkan dirinya, tidak bengis dan tidak bersikap kasar dan tidak sombong kepada orang miskin kerana kesombongan itu akan menjerumuskannya ke neraka kerana sifat sombong sangat di murkai oleh Allah SWT.
Oleh itu marilah sama-sama kita bermuhasabah diri sendiri. Jauhilah sifat ahli neraka iaitu sifat kasar perangai, angkuh dan sombaong dan beramallah dengan sifat ahli syurga iaitu sabar, qana'ah, bersyukur , reda dengan takdir , merendahkan diri dan tawaduk.
No comments:
Post a Comment