Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat
junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan
pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Pada malam Nisfu Syaaban (15
Syaaban) adalah salah satu malam yang mustajab doa. Umat Islam
digalakkan pada malam Nisfu Syaaban banyakkan berdoa dan memohon
keampunan disisi Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya :
“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia
mengampuni semua hamba-hambaNya kecuali yang musyrik (orang yang
syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” (Hadis Riwayat Ibn
Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).
Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)
Hadis di atas merupakan hadis yang sahih dari Rasulullah SAW berkenaan
fadhilat Nisfu Syaaban. Berdasarkan hadis di atas hanya dua golongan
manusia sahaja yang tidak akan diampunkan oleh Allah SWT iaitu :
Pertama : Orang yang syirik kepada Allah SWT.
Kedua : Orang yang bermusuhan iaitu yang memutuskan silaturahim.
Huraiannya :
Pertama : Orang yang syirik kepada Allah SWT.
Dosa yang paling besar disisi Allah SWT. adalah syirik kepada-Nya.
Allah SWT. tidak akan ampunkan dosa mereka yang mati dalam keadaan
syirik kepada-Nya.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
"Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan
kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan
mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk." (Surah al-An'aam
ayat 82)
Para sahabat Rasulullah SAW keberatan dengan ayat
ini, dan bertanya kepada baginda, "Hai Rasulullah, siapa orang yang
tidak menzalimi dirinya sendiri?".
Maka, baginda menjawab,
"Maksud ayat ini bukan begitu, tetapi maksudnya adalah syirik. Bukankah
kalian mendengar nasihat Luqman kepad anaknya, "Wahai anakku, janganlah
engkau menyekutukan Allah kerana sesungguhnya perbuatannya ini adalah
dosa (kezaliman) besar." (Hadis Riwayat Muttafaq alaih).
Syirik
besar (akbar) adalah menyekutukan Allah dengan yang lain. Misalnya
dalam agama Kristian ada tuhan anak, tuhan emak dan tuhan bapa. Semua
agama penyembah berhala, yang menjadikan patung-patung berhala sebagai
perantaraan dengan Allah SWT. dan menganggap dewa-dewa mempunyai kuasa
seperti Tuhan.
Mempercayai dan meyakini bahawa jin-jin dan
syaitan mempunyai kuasa yang boleh mudaratkan manusia dan meminta
pertolongan kepadanya. Termasuk syirik besar (akbar) juga meyakini
undang-undang ciptaan manusia lebih baik dan lebih adil daripada
undang-undang ciptaan Allah SWT dan menganggap undang-undang ciptaan
Allah SWT sudah ketingalan zaman.
Sekiranya seseorang telah
melakukan syirik maka perlulah dia kembali mengucapkan dua kalimah
syahadah dan bertaubat kepada Allah SWT barulah dosanya akan diampunkan
oleh Allah SWT.
Kedua : Orang yang bermusuhan iaitu yang memutuskan silaturahim.
Perlu diingat bahawa kita tidak boleh memutuskan silaturahim kerana
dengan memutuskan silaturahim itu boleh menyebabkan mendapat kutukan dan
laknat Allah Subhanahu Wata'ala serta tidak akan dimasukkan ke dalam
syurga, sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
maksudnya : "Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
bersabda maksudnya : "Tidak akan masuk syurga bagi yang memutuskan
silaturahim". (Riwayat Al-Imam Muslim)
Adalah menjadi kewajipan
setiap muslim untuk menjaga hubungan silaturahim dengan sebaik-baiknya.
Janganlah disebabkan masalah kecil dan remeh-temeh menyebabkan hubungan
menjadi renggang atau retak. Perkara sebegini boleh menimbulkan
ketegangan yang menyebabkan mereka bermasam muka, saling benci-membenci,
fitnah-memfitnah dan akhirnya boleh memporak-perandakan hubungan
silaturahim dalam berkeluarga dan bermasyarakat.
Begitulah juga
dalam menghubungkan silaturahim ini Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam pernah menyuruh seorang sahabat untuk tidak memutuskan hubungan
silaturahim walaupun ia dizalimi atau disakiti oleh saudaranya itu,
sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim : Bahawa
seorang sahabat bertanya kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam :
"Sesungguhnya saya mempunyai keluarga dan saya menghubungkan silaturahim
dengan mereka tetapi mereka memutuskannya dan saya berbuat baik kepada
mereka tetapi mereka berbuat jahat kepada saya dan saya memaafkan mereka
tetapi mereka berlaku zalim terhadap saya. Bolehkah saya buat
sebagaimana yang mereka buat?" Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam :
"Tidak boleh dan jika kamu buat yang demikian bererti kamu juga telah
memutuskan silaturahim dengan mereka. Tetapi bersikap mulialah terhadap
mereka dan teruskanlah menghubungkan silaturahim dengan mereka kerana
sesungguhnya pertolongan Allah sentiasa bersama kamu selagi kamu berbuat
yang demikian".
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah
Muhammad ayat 22-23 yang maksudnya : "Kalau kamu tidak mematuhi perintah
maka tidakkah kamu harus dibimbang dan dikhuatirkan, jika kamu dapat
memegang kuasa, kamu akan melakukan kerosakan di muka bumi dan
memutuskan hubungan silaturahim dengan kaum kerabat? Orang-orang yang
melakukan perkara-perkara yang tersebut merekalah yang dilaknat oleh
Allah serta ditulikan pendengaran mereka dan dibutakan penglihatannya".
Oleh itu sesiapa sahaja yang memutuskan silaturahim di malam Nisfu
Syaaban doa-doanya tidak diterima oleh Allah SWT. Dari itu mana-mana
perselisihan dan pergaduhan yang telah berlaku maka perlulah dipulihkan
semula dan hubungkanlah balik silaturahim yang terputus tanda kita
mengharapkan reda dan pertolongan Allah SWT.
Sahabat yang di muliakan,
Marilah sama-sama kita pergunakan kesempatan dimalam Nisfu Syaaban ini
untuk kita bermunajat dan berdoa kepada Allah SWT semoga Dia
mengkabulkan doa dan hajat kita untuk kebaikan di dunia dan akhirat.
Menyedut pendapat Imam asy-Syafiie dalam kitabnya al-Umm telah berkata:
“Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: 'Sesungguhnya doa dikabulkan
pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam
Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu
Syaaban.” Mintalah kepada Allah SWT sebanyak-banyak-nya samaada yang
bersangkutan perkara duniawi dan ukhrawi kerana Dia sahaja akan
mengkabulkan doa-doa kita.
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment