Friday, February 27, 2015

Pedoman Wanita Muslim Mencari Calun Suami Yang Soleh

Setiap makhluk diciptakan Allah berpasang-pasangan. Begitu juga Allah SWT. menciptakan manusia ada lelaki dan wanita. Kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain.Oleh itu Islam menggalakkan umatnya mengikat tali perkahwinan yang sah supaya akan melahirkan zuriat keturunan. Nabi SAW merasa bangga apabila melihat umatnya ramai di hari akhirat nanti, berbondong-bondong masuk ke Syurga. Perkahwinan adalah Sunnah Nabi SAW dan baginda tidak mengaku sebagai umatnya apabila ada di kalangan mereka enggan berkahwin tanpa mempunyai alasan yang dibenarkan oleh syarak.

Persoalannya adalah bagaimana seorang Muslimah dapat mengenalpasti ciri Muslim sebelum nikah, kerana ia diperintahkan untuk menundukkan pandangan (shaddul bashar) terhadap lelaki? Seorang yang solehah akan tetap menjaga ketinggian akhlak dan mengelakkan perhubungan yang tidak diizinkan syarak.

Berikut adalah antara perkenalan yang perlu dan cara pendekatan yang dapat dilaksanakan :
1. Mengetahui akhlak dan tingkahlaku Muslim dalam kehidupan harian.
Kehidupan harian yang dilalui setiap individu yang beriman dan beramal soleh digambarkan melaliu ciri-ciri berikut iaitu :

a. Ibadah yang khusyu'

b. Berpakaian menutup aurat yang sempurna

c. Cara percakapannya tidak suka mencarut dan maki hamun.

d. Menjaga pandangannya (tidak melingas matanya memandang, terutamanya melihat wanita yang bukan mahramnya).

e. Bergaul dengan semua muslim ecara yang sopan.

Pengamatan ini boleh dilakukan melalui pertanyaan kepada siapa yang mengenalinya.Harus diingat bahawa pengamatan ini hendaklah dilakukan dengan cermat, jangan sampai diketahui oleh Muslim itu,

2. Melihat keadaan rumah tangga keluarga lelaki,

Hal ini adalah dibolehkan, semasa bertunang. Ia dapat dilakukan semasa menziarahi kedua orang tua lelaki bakal tunangnya dengan mahramnya. Ketika ini juga ia boleh menanyakan lebih lanjut mengenai lelaki itu pada ahli keluarganya. Biasanya jika ia berasal dari keturunan yang baik dan taat agama akan melahirkan anak-anak yg soleh. Tetapi, harus juga diingat ada juga lelaki soleh yang berasal dari keluarga yang kurang taat pada ajaran agama.

3. Bagi wanita Muslimah yang memahami bahawa tanggungjawab terhadap agamanya tidak dipisah dengan usaha dakwah dan merasakan tidak mencukupi melalui dua perkenalan di atas, maka eloklah ditinjau juga setakat mana penglibatan lelaki itu dan peranannya dalam kegiatan dakwah Islam.

Bagi ibu bapa yang baik dan taat beragama, dasar pemilihan dan urusan jodoh anaknya berdasarkan agama yang utama. Namun bagi yang lalai dan silau dengan kilauan harta dan pangkat dunia faktor agama bukan lagi neraca pertimbangannya. Penjodohan dengan dorongan aspek duniawi sangat menyalahi ajaran Islam dan wajib ditolak.

Sekiranya ibu bapa kita tergolong dalam golongan yang tidak menjadikan nilai agama sebagai tunggak dalam perjodohan anaknya maka adalah wajar mendapatkan bantuan mereka yang membimbing dalam pendidikan Islamnya sebagai orang tengah. Melalui kaedah ini adalah lebih baik dan terpelihara dari unsur kerosakan akhlak seperti percintaan sebelum pernikahan yang mendekati zina (bertemu janji berdua-duaan sebelum pernikahan).

Menurut al-Qur'an, wanita ideal mempunyai kriteria adalah seperti berikut :
Firman Allah SAW. yang bermaksud, "... Wanita yang baik (solehah) adalah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka." (Surah An-Nisa' ayat 34)

Seorang Muslimah yang benar-benar taat pada Allah SWT tidak akan mengambil mudah soal jodoh, dia perlu pastikan bakal suaminya adalah seorang yang kuat pegangan agamanya, seorang yang lemah lembut, tegas dalam kebenaran, dan bukan seorang lelaki yang bebas dan suka berpoya-poya

2 comments:

MasReena said...

Salam ustaz, entry yang baik. Boleh ustaz kongsikan garis panduan kalau nak pilih lelaki bukan Muslim utk mix marriage? Tq ustaz

abu basyer said...

Waalkaumussalam Islam melarang wanita muslimah mencari pasangannya yang bukan Islam kemudian dia mengajak masuk islam kerana nak perkahwinan. Jika keadaan ini berlaku biasanya berdasarkan pengalaman lelaki tersebut tak cukup kuat iman dan islamnya dan kebanyakkannya berbalik kepada agama asalnya atau islam pada nama saja dan tidak ada penghayatan terhadap ajaran Islam. Jika nak cari bagsa asing cina, india atau inggeris mak cari yg sudah Islam dan masuk islam atas kesedaran sendiri bukan kerana islam nak kawin.