Sayidatina Aisyah r.ha sedang menjahit pada suatu dinihari. Tiba-tiba jarumnya terjatuh ke lantai. Tidak sempat dia hendak mengambil semula jarum itu, api pelita yang sedang menerangi terpadam ditiup angin. Dalam keadaan yang gelap dapatkah Sayidatina Aisyah mengambil jarum yang jatuh?
Dapat iaitu tidak lama kemudian sebaik sahaja Nabi SAW melangkah masuk, cahaya dari tubuh Nabi SAW menerangi ruang yang gelap itu. Sayidatina Aisyah merasa kagum dengan kebesaran Allah SWT. yang memberikan kemuliaan dan kelebihan yang sangat luar biasa kepada baginda.
"Subhanallah! Adakah di kalangan umatmu orang yang tidak dapat melihat cahayamu ini wahai Rasulullah?" tanya Sayidatina Aisyah r.ha.
"Ada" jawab Nabi SAW. "Iaitu mereka yang apabila namaku disebut dia tidak mahu berselawat kepadaku."
Sabda Nabi SAW. bermaksud : " "Hinalah hidung orang yang ketika disebutkan namaku tidak membaca selawat kepadaku. "
Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : "Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. "
Kata-kata Nabi itu membenarkan apa yang pernah diberitahu oleh Malaikat Jibril a.s. kepada Nabi SAW
Kata Malaikat Jibril, "Celakalah orang yang apabila namamu (Nabi) disebut dia tidak berselawat keatasmu."
Jadi apabila kita mendengar orang menyebut 'Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam' di hujung sebutan nama Nabi, hendaklah kita menyebut 'Sallallahu 'Alaihi Wasallam'.
Tanda kita kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW adalah kita melaksanakan semua perintah yang diarahkan oleh baginda dan kita menjauhi semua larangannya. Kerana semua perintah dan larangannya adalah datangnya daripada Allah SWT. Selain daripada itu kita hendaklah mengikuti amalan dan sunah Nabi SAW setiap hari yang dilaksanakan baginda dalam kehidupan .
Jalan untuk melahirkan kecintaan kita kepada Nabi SAW adalah dengan kita banyakkan berselawat. Allah SWT berfirman maksudnya : “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. (Surah al-Ahzab ayat 56)
Berselawat ke atas Rasulullah SAW bermakna berdoa memohon supaya Allah melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita, Nabi Muhammad SAW
Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : " Sesuatu do'a terdinding (terhalang) sehinggalah seseorang yang berdo'a berselawat kepada Nabi SAW. " (Hadis Riwayat At-Tabaraani)
Rasulullah SAW adalah kekasih Allah SWT Dia sendiri memerintahkan para hamba-Nya berselawat kepada baginda sebagai tanda melahirkan cinta dan kasih sayang kepada kekasih-Nya. Di hari akhirat nanti selawat itu menjadi satu kelompok cahaya yang menerangi di Siraat.
Nabi SAW bersabda maksudnya : " Selawat kepadaku itu merupakan satu (kelompok) cahaya di hari kiamat yang menjelma di Siraat (Titian al-Mustaqiim)"
(Hadis Riwayat Abu Sa'id)
Terdapat beberapa fadilat dan kebaikan besar yang akan kita perolehi apabila kita sentiasa berselawat kepada Nabi SAW
Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
Pertama : Memperolehi keredhaan Allah SWT.
Dari Ali bin Abi Talib k.w memberitakan bahawa dia mendengar Nabi SAW bersabda maksudnya ; "Jibril a.s. pernah berkata : 'Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah Ta'aala telah berfirman :'Sesiapa berselawat keatas tuan 10 kali, pastilah dia memperoleh keamanan daripada kemurkaan-Nya." (Hadis Riwayat Ibnu Bisykuwaal)
Kedua : Di permudahkan jalan menuju ke Syurga. dan memasuki Syurga.
Abu Hurairah r.a pernah berkata Nabi SAW bersabda maksudnya : "Siapa lupa dari berselawat ke atasku, maka dia akan lupa jalan ke Syurga." (Hadis Riwayat Baihaqi)
Berdasarkan hadis ini sesiapa yang lupa atau tidak mahu berselawat maka di hari akhirat nanti dia akan terlupa jalan menuju ke Syurga dan sesiapa yang banyak berselawat dia tak akan lupa dan akan dipermudahkan untuk jalan menuju ke Syurga. dan dapat memasuki Syurga.
Ketiga : Mendapat syafaat dan pembelaan dari Rasulullah SAW di hari akhirat.
Orang-orang Mukmin percaya bahawa di hari akhirat nanti akan berlaku huru hara yang amat dahsyat di mana manusia akan terkena pancaran mata hari yang amat panas yang mendorong mereka mencari syafaat (pertolongan). Orang yang mendapat syafaat akan terhindar dari bahaya ini dan dari bahaya tengelam di dalam banjir peluh manusia. Mereka juga memperolehi segala kemudahan untuk segera memasuki Syurga.
Ketika ini syafaat Nabi SAW sangat-sangat diperlukan. Sesiapa yang banyak berselawat kepada Nabi SAW akan mendapat syafaat baginda dan terlepas daripada kegawatan di Padang Mahsyar.
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. " (Hadis Riwayat Baihaqi dari Al-Khatib)
Keempat : Memperolehi kedudukan yang dekat dengan Nabi SAW. di hari akhirat.
Sabda Nabi SAW. maksudnya : "Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku" (Hadis Riwayat An-Nasa'i dan Ibnu Hibban)
Kelima : Berfungsi menghapuskan kejahatan (dosa) dan menaikkan darjat di sisi Allah SWT
Sabda Nabi SAW maksudnya : " Dan sesiapa berselawat kepadaku sekali, nescaya Allah akan selawat ke atasnya 10 selawat, menghapuskan daripadanya 10 kejahatan (dosa) dan mengangkatkannya 10 darjat." (Hadis Riwayat Bukhari, Ahmad, Nasa'i dan Al-Hakim)
Keenam : Di sampaikan keperluannya (hajat) oleh Allah SWT
Sabda Nabi SWT maksudnya ; " Siapa berselawat kepadaku 100 kali pada setiap hari, nescaya Allah akan menyampaikan 100 keperluannya : 70 bagi keperluan akhirat dan 30 bagi keperluan dunia." (Hadis Riwayat Ibnu Mandah)
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment