Soalan Ke Tujuh Puluh : Bolehkah ustaz jelaskan adab-adab bercakap supaya seseorang muslim itu boleh mengelakkan diri daripada mendapat dosa kerana percakapannya. Dalam hadis nabi ada menjelaskan bahawa salah satu yang banyak memasukkan manusia ke dalam neraka adalah kerana lidahnya (percakapannya) yang tidak dapat di kawal.
Jawapan :
Adab Bercakap Dalam Islam
1- Semua perkataan mestilah membawa kebaikan.
Nabi SAW bersabda maksudnya, "Sesiapa yang beriman kpd Allah dan hari akhirat, maka hendaklah berkata baik atau lebih baik dia diam" (HR Bukhari dan Muslim)
2- Bercakap mestilah jelas dan benar.
Aisyah berkata: "Bahawasanya Rasulullah SAW itu selalu jelas sehingga difahami oleh semua yang mendengarnya." (HR Abu Daud)
3- Seimbang dan menjauhi sikap berdolak-dalih.
Sabda Nabi SAW maksudnya, "Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku di hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan bersikap sombong dan bercakap." (HR Tirmizi-hadis Hassan)
4- Menghindari banyak bercakap, kerana ditakuti membosankan orang yang mendengarnya.
Hadis riwayat Wail : Adalah Ibnu Masud sentiasa mengajar kami setiap Khamis, maka berkata seorang lelaki, Wahai Abu Abdul Rahman (gelaran kepada Ibnu Masud) kamu mahu mengajar kami pada setiap hari? Ibnu Masud menjawab: Sesungguhnya tiada yang dapat menghalangku memenuhi keinginanmu, hanya aku khuatir membosankan kalian, kerana aku pernah meminta yang demikian daripada Rasulullah SAW dan baginda menjawab: aku khuatir membosankan kamu. " (HR Muttafaq alaih)
5- Menghindari daripada menyatakan yang batil.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Sesungguhnya seorang hamba mengucapkan satu kata yang diredahai Allah yang ia tidak mengira yang akan mendapatkan sedemikian sehingga dicatat oleh Allah keredaanNya bagi orang tersebut hingga hari kiamat. Dan lelaki mengucapkan satu kata yang dikurkai Allah yg tidak dikiranya akan demikian, maka Allah akan mencatat yang demikian hingga kiamat." (HR Tirmizi, katanya hadis hassan sahih. Juga riwayat Ibnu Majah)
6- Mengulangi kata-kata yang penting, jika diperlukan.
Anas berkata apabila Nabi SAW bercakap, maka baginda akan mengulanginya sampai 3 kali sehingga semua yang mendengar menjadi faham dan apabila baginda mendatangi rumah seseorang maka baginda akan mengucap salam 3 kali." (HR Bukhari)
7- Menjauhi perdebatan sengit.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya, "Tidak sesat sesuatu kaum setelah mendapat hidayah, melainkan kerana terlalu banyak berdebat." (HR Ahmad dan Tamizi)
8- Menjauhi kata keji, mencela dan melaknat.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya, "Bukanlah seorang mukmin jika ia suka mencela, melaknat dan berkata-kat keji. " (HR Tarmizi dan Sanadnya Sahih)
9- Menghindari banyak kelakar.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya, "Sesungguhnya seburuk-buruk orang di sisi Allah di hari akhirat ialah orang yang suka membuat manusia lain ketawa." (HR Bukhari)
10- Menghina atau aibkan orang lain.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Jika seseorang menceritakan satu hal padamu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya." (HR Abu Daud dan Tarmizi)
11- Menghindari dusta.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya, "Tanda-tanda munafik ada 3: Jika bercakap, ia berdusta, jika ia berjanji ia mungkiri dan jika ia diberi amanah, ia khianat." (HR Bukhari)
12- Menghindari ghibah (umpat mengumpat) dan adu domba.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya, "Janganlah kamu saling mendengki, dan janganlah kamu saling benci dan janganlah kamu saling berkata-kata keji dan janganlah kamu saling berpaling muka dan janganlah kamu saling umpat mengumpat (ghibah) dengan yang lain dan jadilah hamba Allah yang bersaudara." (HR Muttafaq Alaih)
Ayat-ayat al-Quran menjelaskan perintah Allah SWT supaya menjaga percakapan.
Kita dikurniakan mulut untuk berkata-kata. Namun bagi setiap perkataan yang diperkatakan pasti ada kesannya kepada orang lain dan kepada diri kita sendiri. Oleh itu, kita haruslah berhati-hati dengan percakapan kita. Allah S.W.T berfirman dalam Surah Qaaf, ayat17-18 :-
Firman Allah SWT maksudnya, "Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). (Surah Qaaf ayat 17-18)
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era
dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini
tak ...
1 year ago
No comments:
Post a Comment