Friday, October 21, 2011

Orang Fasik Suka Mempertikaikan Hukum Hudud Akan Mendapat Laknat Allah Dunia dan Akhirat

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Umat Islam sering dikejutkan dengan berita-berita yang mengemparkan. Di akhbar arus perdana Sinar Harian hari ini 21 Oktober 2011, kita dikejutkan dengan beberapa ahli Parlimen melayu yang fasik mempertikaikan hukum hudud dan membuat dakwaan yang berupa fitnah.

Hukum hudud adalah hukum Allah SWT ianya bukan hukum ciptaan manusia dan bukan hukum daripada parti tertentu.

Allah SWT berfirman :

وَŰŁَنِ ْۭۧكُمْ Űšَيْنَهُمْ Űšِمَۧ ŰŁَنْŰČَلَ Ű§Ù„Ù„َّهُ وَÙ„Ű§ ŰȘَŰȘَّŰšِŰčْ ŰŁَهْوَۧۥَهُمْ وَْۭۧ۰َ۱ْهُمْ ŰŁَنْ يَفْŰȘِنُوكَ Űčَنْ ŰšَŰčْ۶ِ مَۧ ŰŁَنْŰČَلَ Ű§Ù„Ù„َّهُ Ű„ِلَيْكَ فَŰ„ِنْ ŰȘَوَلَّوْۧ فَۧŰčْلَمْ ŰŁَنَّمَۧ يُ۱ِÙŠŰŻُ Ű§Ù„Ù„َّهُ ŰŁَنْ يُŰ”ِÙŠŰšَهُمْ ŰšِŰšَŰčْ۶ِ ۰ُنُÙˆŰšِهِمْ وَŰ„ِنَّ كَŰ«ِÙŠŰ±ًۧ مِنَ Ű§Ù„Ù†َّۧ۳ِ لَفَۧ۳ِقُونَ

“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik” (Surah Al-Maaidah ayat 49).
Jelaslah berdasarkan ayat di atas ada dikalangan manusia yang cuba menimbulkan keraguan terhadap hukum-hukum Allah, dan mereka ini adalah mereka yang mengikut hawa nafsu dan akan ditimpa bala oleh Allah SWT kerana kerana dosa mereka (mempersendakan hukum hudud) dan jenis manusia seperti ini adalah orang-orang yang fasik. Allah SWT akan melaknat mereka ini dan juga para malaikat-Nya.

Sahabat yang dimuliakan,
Kita perlulah berhati-hati terdapat orang fasik kerana mereka ini nampak alim (berkopiah) tetapi hati seperti serigala. Suka buat permusuhan dengan orang-orang mukmin, bersifat sombong dan ego, suka mengadu domba dan memutuskan silaturahim. Jiwanya penuh dendam kesumat, hasad dengki, menabur fitnah kesana-sini, mendedahkan keaiban saudara muslim yang lain dan sering pembuat fitnah dan menimbulkan kebencian terhadap undang-undang Allah SWT. Mereka mengajak kepada yang mungkar dan menentang yang makruf. Sifat manusia seperti ini akan diharamkan syurga dan akan menempah neraka Jahanam berdasarkan hadis-hadis Rasulullah SAW dibawah ini .

1. Sifat sombong.

Dari Abdillah bin Mas'ud ra. bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang mempunyai sifat sombong sedikit saja di dalam hatinya tidak akan masuk syurga." Seseorang berkata, "Bagaimana halnya ihwal seseorang yang mempunyai pakaian-pakaian yang indah dan sepatu-sepatu yang indah?" Rasulullah SAW bersabda, "Allah itu indah dan Allah menyukai keindahan (Seseorang tidak disebut sombong jika ia mempercantik dirinya). Kesombongan terletak pada penolakan terhadap kebenaran dan memandang orang lain rendah."
(Hadis Riwayat Muslim) 

Apabila kita merendahkan usaha-usaha murni para ulama untuk mendaulatkan hukum hudud dan menolaknya maka inilah yang dikatakan sombong.

2. Suka mencaci maki dan menghina orang muslim.
Dari Ibnu Mas'ud r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, "Mencaci maki seorang muslim adalah fasik (melanggar agama) dan memerangi seorang muslim adalah kafir."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Termasuk mencaci maki dan menyerang seorang muslim adalah menjatuhkan maruahnya, menghina , mempertikaikan dan mempersendakan kebaikan yang hendak dilaksanakan oleh seorang muslim ( dia mengajak kepada hukum taghut dan benci kepada hukum Allah SWT)

3. Suka mengadu domba

Dari Hudzaifah r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, "Tidak akan masuk syurga orang yang suka mengadu domba." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Berceramah kesana-sini, tuduh orang itu , tuduh orang ini dan mendakwa seorang muslim itu berzina dan meliwath  dan tidak membawa 4 orang saksi yang adil, sebenarnya inilah ciri-ciri orang fasik dan layak mendapat hukum qazab disebat 80 rotan.

4. Suka memutuskan silturahim sesama muslim .

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturahim" (Hadis Riwayat Muslim) 

Sentiasa bermusuhan dengan saudara muslim, sentiasa mendakwa dan menuduh orang lain tidak betul dan menganggap dirinya baik dan cerdik dan suka hendak saman di mahkamah sedangkan dirinya sendiri tidak membawa akhlak yang baik.

5. Tergelincir kata-kata mempertikaikan kebenaran hukum Islam dan menambahkan keraguan kepada orang-orang bukan Islam terhadat ajaran Islam

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, "Sungguh ada kalanya seorang hamba berbicara sepatah kata yang tidak diperhatikan maka tiba-tiba ia tergelincir ke dalam neraka oleh sebab kalimat itu, lebih jauh dari jarak antara timur dan barat."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Ramai dikalangan manusia yang suka cari pengaruh dan mengejar habuan dunia dan pangkat sanggup mengeluarkan ucapan-ucapan yang jahat dan buruk, menghina dan mempersendakan Islam dan para alim ulama . Bercakap berdasarkan nafsu dan tidak langsung berfikir (percakapannya seperti orang hilang akal) . Mereka rasa seolah-olah tidak ada malaikat yang mencatat amal perbuatan dan percakapannya. Inilah jenis manusia yang menyempitkan kehidupannya dihari akhirat kerana menempahkan dirinya menjadi muflis.

6. Mendedahkan aib saudara muslim.

Dari Ibnu Umar r.a. berkata: Rasulullah SAW  bersabda, "Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim yang lain; tidak boleh menganiaya atau membiarkan dianiaya. Dan barangsiapa memenuhi hajat saudaranya maka Allah akan melaksanakan hajatnya. Dan barangsiapa membebaskan kesusahan seorang muslim maka Allah akan membebaskannya di hari kiamat. Dan barangsiapa menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Sesiapa di dunia ini suka menganiaya seorang muslim atau menyokong pihak yang buat aniaya dan mendedahkan aib saudaranya maka dia akan di mendapat balasnnya di dunia dan diakhirat. Dia akan mendapat balasan Allah SWT di dunia dengan bala dan musibah dan Allah SWT akan dedahkan aibnya di dunia dan akhirat dan masukkan dirinya ke neraka.

7. Menjadi muflis di hari akhirat.

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW  bersabda yang bermaksud :

“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”

Sahabat-sahabat baginda menjawab :

“Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”

Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
“Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini ,menumpah darah orang itu dan juga memukul orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.” (Hadis Riwayat Muslim dan Tarmizi)

Dalam hadis yang lain dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a., bahawa Nabi SAW bersabda: "Tidak ada seseorang yang melakukan sesuatu perbuatan aniaya terhadap orang lain di dunia dengan tidak menyerah dirinya kepada orang itu untuk membalasnya, nescaya Tuhan akan menyerahkannya kepada orang itu supaya membalasnya pada hari kiamat."
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Allah SWT tidak akan ampunkan dosa orang fasik yang memiliki 7 ciri-ciri ahli neraka seperti di atas selagi mereka tidak memohon maaf kepada orang yang dianianya dan di fitnahkan di dunia ini. Dosa dengan Allah SWT akan diampunkan-Nya apabila bertaubat tetapi bukan dosa sesama manusia.

Sahabat yang dimuliakan,
Tiap-tiap perbicaraan dibuat keputusannya oleh Tuhan yang Maha Adil dengan berdasarkan keterangan-keterangan saksi, iaitu selain daripada dua malaikat yang menulis amal seseorang maka anggotanya, hartanya, tempatnya dan masanya juga menjadi saksi .

Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Pada hari, (ketika) lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang yang dahulu mereka kerjakan. Pada hari itu Allah menyempurnakan balasan yang sebenarnya bagi mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan." (Surah an-Nur ayat 24-25)

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW membaca ayat ini: "Yang bermaksud: 'Pada hari itu bumi menceritakan beritanya'. Kemudian baginda bertanya:" Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti?"

Para sahabat menjawab:" Allah SWT dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui."

Baginda SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya."
Bumi akan berkata: 'Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini'. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi." (Hadis Riwayat Tirmizi).

Sekiranya seseorang itu menentang hukum hudud dan memfitnah Islam dan mengaibkan saudara muslim di Parlimen, maka Parlimen itu akan wujud sebagai saksi nanti di hari akhirat dan berkata-kata di hadapan Allah SWT bahawa sipulan bin sipulan telah menghina Islam dan hukum hudud dan menghina saudara-sauadara Islam maka ketika itu manusia tidak dapat berbohong lagi, manusia akan menyesal kerana di dunia hanya mencari populiriti dan kemegahan dan takbur .

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bertaubat dan  insaf dan sedar. Jauhilah diri kalian daripada ucapan-ucapan orang fasik dan janganlah terpengaruh dengan dakwaan-dakwaan mereka. Jika kita takut lakukan dosa dari lidah kita lebih baik kalian diam dan hanya bertawakal kepada Allah SWT. Dunia hari ini samaada berita-berita di akhbar, television dan internet jika kita tidak hati-hati banyak yang boleh merosakkan akidah kita, dan boleh jatuh syirik apabila kita pertikaikan hukum-hukum Allah SWT. Jelaslah hukum hudud adalah hukum Allah SWT ianya bukan hukum ciptaan manusia , yang mana hukum ciptaan manusia adalah hukum berdasarkan hawa nafsu.

Pemilihan Calun Untuk Pasangan Hidup Perlulah Berlandaskan Syarak

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sudah menjadi fitrah manusia bahawa seorang lelaki atau wanita yang belum berkahwin memerlukan mencari pasangan hidup yang sesuai supaya dapat di bina bahtera kehidupan untuk menuju alam perkahwinan yang inginkan kebahagiaan dan keredaan Ilahi. Ada yang berjaya hingga ke akhir hayat membina keluarga bahagia (sakinah mawahdah warahmah) dan ada di antara mereka gagal dipertengahan jalan hingga berlaku perceraian dan memisahkan di antara mereka.

Berjaya atau gagal sebenarnya bergantung kepada niat dan matlamat utama perkahwinan tersebut. Jika nilai kecantikan, kebendaan dan pangkat kedudukan itu sebagai kreteria utama dan meletakkan agama, akhlak dan ketakwaan dibelakang maka rumah tangga tersebut tidak akan wujud keberkatan dan tidak mendapat rahmat daripada Allah SWT. Masing-masing akan curiga mencurigai, tidak mempercayai kejujuran di antara mereka dan sering mengikut hawa nafsu amarah dan hilang kewarasan apabila berlaku pergeseran dan perbezaan pendapat. Itulah sebabnya kenapa kadar perceraian dikalangan masyarakat Islam cukup tinggi berbanding dengan masyarakat bukan Islam.

Persoalannya adalah bagaimana seorang muslim dapat mengenalpasti ciri muslimah (bakal isteri) sebelum berkahwin, kerana ia diperintahkan untuk menundukkan pandangan (shaddul bashar) terhadap wanita? Seorang yang soleh akan tetap menjaga ketinggian akhlak dan mengelakkan perhubungan yang tidak diizinkan syarak.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Kamu semua berkata begitu? Ingat dan ketahuilah, demi Allah, aku adalah orang yang sangat takut terhadap Allah, dan sangat taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadang-kadang aku (tidak berpuasa), dan aku sembahyang, dan aku tidur, dan aku juga berkahwin dengan perempuan. Maka sesiapa yang tidak suka dengan sunnahku, mereka itu bukanlah pengikutku (bukan dari kalangan ummahku)." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam masalah ini, at-Tabari berkata: "Sahabat Rasulullah SAW bernama 'Uthman bin Maz'un mengharamkan ke atas dirinya seorang perempuan, benda-benda yang baik dan semua benda yang sedap dan lazat. Dengan pengharaman tersebut, Allah Ta'ala menurunkan firman-Nya:

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu, kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas." (Surah al- Ma'iddah ayat 87)

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : ”Ambillah isteri, kerana beristeri lebih membuka pintu rezeki bagi kamu.”(Hadis Riwayat Thusiy)

Untuk mendapat calun yang baik perlulah sentiasa berdoa kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya : "Wahai sekalian manusia! bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silatur-rahim) kaum kerabat kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu." (Surah an-Nissa ayat 1)

Permohonan kepada Allah SWT dengan meminta jodoh yang diredai-Nya, merupakan keperluan penting manusia kerana kejayaan manusia mendapatkan jodoh berpengaruh besar dalam kehidupan dunia dan akhirat seseorang.

Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di dalam Islam. Namun, ia hanyalah panduan dan tiada paksaan untuk mengikut panduan-panduan ini.

 Ciri-ciri bakal suami

* Beriman dan  bertakwa kepada Allah SWT

* Bertanggungjawab terhadap semua benda

* Memiliki akhlak-akhlak yang terpuji

* Berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar

* Tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya

* Rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.

Ciri-ciri bakal isteri

* Beriman dan  solehah (berpakaian menutup aurat)

* Rupa paras yang sedap mata memandang, dapat menyejukkan hati suami

* Memiliki akhlak-akhlak yang terpuji

* Menentukan mas kahwin yang rendah (hantarannya juga tidak terlalu tinggi)

* Wanita yang subur

* Berasal dari keturunan yang baik

* Bukan keturunan terdekat

* Tidak memandang harta semata-mata

Sahabat yang dimuliakan,
Semasa mencari calun yang sesuai sekiranya bertemu dialam siber, perlulah berhati-hati jangan terlalu mudah mempercayai seseorang dan jangan terlalu cepat mencurahkan kasih sayang sedangkan kita masih belum mengenali akhlak dan peribadi seseorang. Memang benar rasa cinta dan kasih sayang merupakan fitrah yang tumbuh didalam sanubari manusia bersama lahirnya manusia itu ke dunia ini. Perasaan timbul jika ada rangsangan dari luar, akhirnya kecenderungan itu akan lahir dalam bentuk sikap, reaksi ataupun ungkapan kata-kata.

Selalunya ungkapan kata-kata yang berlebihan tentang rasa kasih sayang ini antara lelaki dan wanita akan menimbulkan berahi dan dorongan syahwat yang akhirnya mengundang terjadinya perkara yang dilarang dalam Islam.

Ungkapan rasa cinta dan kasih sayang hanya sesuai dilafazkan bagi mereka yang telah bernikah, namun bagi mereka yang baru berkenalan bahkan hanya melalui internet, maka perkara ini merupakan perbuatan yang sia-sia dan merosakkan fitrah kasih sayang tadi.

Jadi batas hubungan antara lelaki dan wanita yang belum menikah ini cukup sekedar ingin mengetahui latarbelakang seseorang yang diingininya tersebut. Apakah ia dari keturunan yang baik atau sebaliknya, apakah ia tergolong subur atau berpenyakit, kemudian apakah ia dari kalangan orang yang berada ataupun sebaliknya dan yang terakhir tentang agamanya, apakah ia tergolong orang yang taat kepada Allah ataupun orang yang lalai dengan hukum-hakam Allah.

Nabi SAW berabda maksudnya : "Dikawini wanita itu kerana empat perkara :

1. Kerana hartanya. 2. Kerana keturunannya. 3. Kerana kecantikannya. 4. Kerana agamanya.

Maka pilihlah kerana agamanya, akan beruntunglah kamu."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Huraiannya :

Dari hadis Rasulullah SAW di atas, ada empat kreteria utama yang perlu dipertimbangkan dalam memilih jodoh, iaitu:

(1) Agama

Hendaklah isteri itu seorang yang solehah dan berpegang teguh kepada agama. Termasuk ke dalam kategori agama adalah baik budi pekertinya, akhlaknya, menutup aurat dan tidak suka pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita. Inilah sebaik-baik pilihan.

(2) Kecantikan

Manis atau cantik rupanya; ini juga sering dituntut oleh orang kerana dengannya akan terpelihara diri dari mencari yang lain, sebab tabiat manusia biasanya tiada puas dengan isteri yang buruk rupa. Jika disebutkan supaya memilih yang teguh agamanya bukanlah bererti melarang memilih yang cantik rupanya. Janganlah utamakan kecantikan semata-mata kerana kecantikan akan hilang apabila usia meningkat.

(3) Keturunan baik

Hendaklah wanita itu dari golongan keturunan yang baik, maksudnya dari kaum yang terkenal menjaga urusan agamanya dan termasyhur dengan perjalanannya yang lurus. Sebab wanita dari rumahtangga yang seumpama itu akan memelihara dan mendidik anak-anaknya pada jalan yang diredhai oleh Allah dan Rasul-Nya.

(4) Harta

Ada juga yang memilih jodoh kerana calon isteri atau suami mempunyai harta yang banyak. Inipun tidak dilarang. Tetapi sebaik-baik pilihan adalah kerana agama. Janganlah harta menjadi perkara yang paling penting dalam urusan pemilihan calun isteri kerana harta akan habis dan harta juga boleh menyebabkan seseorang lupa pada tanggungjawabnya kepada Allah SWT jika tidak diuruskan dengan baik.

Perkara yang paling penting dalam memilih pasangan hidup adalah melihat sejauhmanakah calon suami atau isteri kita itu benar-benar menjalankan agamanya, sebab orang yang menjalankan agama dengan baik akan menjadi pasangan yang baik dan diredai Allah SWT.

Jadi mengucapkan kata-kata sayang dalam internet sama juga mengucapkan kata-kata itu ketika kita sedang berhadapan, jika ucapan itu dengan jelas untuk menggoda dan bahkan menumbuhkan dorongan untuk melakukan perkara yang tidak baik jika bertemu nanti maka perkara ini dilarang dalam agama.

Sahabat yang dikasihi,
Terdapat beberapa langkah-langkah yang perlu diambil sebelum perkahwinan

1. Disunnatkan melihat bakal isteri sebelum berkawin.

Dari Abu Hurarah r.a.  katanya ;"Ketika saya berada dekat Nabi SAW datang seorang lelaki menceritakan kepada baginda bahawa dia hendak mengahwini (meminang) seorang perempuan dari kaum Ansar,
Rasulullah SAW menanyakan kepadanya ; "Sudahkah dia engkau lihat?" Dia menjawab belum! . Baginda berkata; "Pergilah melihatnya kerana di mata orang Ansar ada sedikit (mungkin cacat)
(Hadis Riwayat Muslim)

Sebaiknya jika benar-benar ikhlas ingin mencari pasangan hidup, boleh berjumpa dengan membawa mahram dan melihat keadaan pasangan tersebut apakah memenuhi syarat dan kreteria yang  ditentukan agama seperti yang disebutkan diatas. Setelah itu lakukanlah solat istikharah agar pilihan kita itu benar dan diredai Allah SWT.

Dalam hal ini berdua-duaan dilarang dalam ajaran Islam. Bukankah berdua-duaan itu sama saja dengan mendekati zina. Jika masing-masing sudah sesuai maka segera saja melamar dan meneruskan perkahwinan.

2. Pertunangan (Khitbah)

Khithbah adalah meminang (melamar) yaitu permintaan seorang laki-laki kepada anak perempuan orang lain untuk dikahwini, sebagai pendahuluan pernikahan, namun belum berupa akad nikah. Pertunangan merupakan permintaan dan janji untuk mengadakan perkahwinan.

Dalam melakukan pertunangan ini perlu diperhatikan adab-adabnya, antara lain :

- Tidak boleh (haram) meminang pinangan orang lain.

Umar bin Khattab berkata dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim : Nabi  SAW melarang sebagian kamu menawarkan atas penawaran sebagian yang lain, dan tidak boleh seseorang meminang pinangan saudaranya hingga peminang sebelumnya meninggalkannya atau mengizinkannya.

Oleh kerana pertunangan ini bukanlah akad nikah, maka status peminangan masih tetap sebagai orang lain bagi yang dipinang (bukan mahram), dan tidak diperkenankan untuk berkhalwat atau berdua-duaan.

Pertemuan yang sopan bagi laki-laki yang meminang dan wanita yang dipinang ialah dengan kehadiran mahram wanita, kerana hal tersebut akan menambah kemudahan untuk saling mengenal. Dengan pemberian hadiah dari peminang kepada wanita yang dipinang diharapkan akan mempererat lagi tali silaturrahim di antara mereka.

Marilah sama-sama kita ikut garispanduan Islam semasa memilihan jodoh, jangan ikut adab dan cara hidup jahiliah atau barat kerana pemilihan kita ini adalah menentukan keturunan kita di dunia dan akhirat. Jika kita berhajat mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah yang akan mendoakan kita nanti jika kita telah berada di alam barzakh maka suami isteri perlulah menjadi soleh dan solehah terlebih dahulu. Jadi pemilihan ini adalah paling penting untuk kebahagiaan masa depan kita disisi Allah SWT.

Thursday, October 20, 2011

Tanggungjawab Anak Lelaki Kepada Kedua Ibu bapa Selepas Berkahwin

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم
Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Hubungan dan tanggungjawab anak lelaki terhadap ibu bapanya tidak akan terputus walaupun ia telah mendirikan rumahtangga. Lainlah halnya bagi seorang wanita bagi mereka setelah bernikah segala aspek kehidupannya haruslah dibawah jagaan dan perhatian suaminya.

Walaupun ia berhajat ingin berkunjung ke rumah ibu bapanya sendiri si isteri hendaklah terlebih dahulu meminta izin kepada suaminya. Jika kalian yakin bahawa keperluan hidup keluarga terjamin dari segi tempat tinggal dan makanan mereka, maka teruskanlah membantu kedua ibu bapa kalian demi kebahagiaan kalian  sendiri baik di dunia mahupun di akhirat.

Keinginan isteri untuk bermewah-mewah sehingga mengabaikan tangungjawab kita terhadap ibu bapa sendiri adalah merupakan perkara yang tidak terpuji. Adalah lebih baik suami memberikan nasihat secara baik dan hikmah agar ia memahami kedudukan yang sebenar menurut syarak. Maka tugas seorang suami mendidik isteri menjadi wanita solehah dan tidak mengikut kehendak nafsunya secara berlebih-lebihan.

Disini kami kemukakan sebuah hadis yang agak panjang tentang sikap seorang anak lelaki yang melarang bapanya mengambil sedikit hartanya yang terjadi pada zaman Rasulullah SAW.

Diriwayatkan dari jabir Ibnu Abdillah ia berkata bahawa seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku telah mengambil hartaku".

Kemudian malaikat Jibril pun turun kepada Rasulullah SAW dan berkata: "Allah Azza Wajalla menyampaikan salam kepadamu. Apabila orang tua itu datang kepadamu maka tanyalah kepadanya tentang sesuatu yang dikatakan dalam dirinya dan hanya di dengar oleh telinga saja".

Tatkala orang tua itu datang, Rasulullah SAW pun bertanya: "Mengapa anak lelakimu mengeluh tentang sikapmu, dan apakah engkau ingin mengambil hartanya ?".

Orang tua itu pun berkata: "Tanyalah kepada anak lelaki ku itu ya Rasulullah, apakah aku menggunakannya bagi salah seorang ibu saudaranya atau bagi diriku".

Rasulullah SAW berkata: "Janganlah ceritakan hal ini kepada kami, beritahulah aku tentang sesuatu yang engkau ucapkan dalam dirimu dan hanya didengar oleh kedua telingamu". (sesuai dengan perintah malaikat Jibril tadi)

Orang tua itu pun berkata: "Demi Allah, ya Rasulullah, Allah SWT selalu menambah keyakinan kami terhadap diri baginda. Aku telah mengucapkan sesuatu dalam diriku yang hanya didengar oleh kedua telingaku".

Rasulullah SAW bersabda: "Katakanlah agar saya dapat mendengarnya". Orang tua itu pun berkata:

"Ku beri engkau makan ketika masih bayi dan ku biayai engkau ketika dewasa.

Engkau minum dari rezeki yang kuberikan kepadamu.

Bila engkau sakit di waktu malam, aku tidak tidur dan gelisah semalaman kerana penyakitmu.

Seakan akulah yang terkena penyakit itu bukannya engkau sehingga akhirnya aku menangis.

Diriku takut jika engkau binasa.

Supaya engkau tahu bahawa maut memiliki waktu tertentu.

Tatkala engkau menjadi besar dan mencapai akhir usia, aku pun tidak mengharapkanmu.

Engkau balas aku dengan kekerasan dan kebengisan, seakan-akan engkaulah pemberi kenikmatan dan kurnia.

Jika engkau tidak memelihara hak aku sebagai seorang bapa cukupah engkau lakukan seperti yang dilakukan tetangga yang berdekatan.

Lalu engkau penuhi hak tetangga terhadapku dan tidak kikir kepadaku dengan harta yang bukan hartamu".

Ketika itu Rasulullah SAW memegang leher baju anak lelaki tersebut dan berkata: "Engkau dan hartamu milik ayahmu".

Sahabat yang di muliakan,
Dengan hadis diatas maka lebih jelaslah bagi kita betapa penting tanggungjawab anak lelaki terhadap kedua ibu bapa. Walaupun dia sudah berkahwin dan mempunyai tanggungan isteri dan anak-anaknya tetapi tanggungjawab kepada kedua ibu bapa tidak boleh diabaikan.

Sekiranya ibu bapanya miskin tidak  berharta, sebagai anak wajiblah membantu kedua ibu bapanya dan tidak menjejaskan nafkahnya kepada ahli keluarganya sendiri. Kerana keredaan Allah SWT bergantung kepada keredaan ibu dan bapa.

Anak lelaki perlu sentiasa bertanya khabar dan menziarahi kedua ibu bapanya dikampung terutama sekiranya mereka telah tua dan uzur pula.  Amalan ini penting kerana kebahagiaan itu bukan terletak pada harta sahaja tetapi ianya terletak di hati dan sanubari cinta dan kasih kepada mereka semata-mata kerana mencari keredaan Allah SWT.

Isteri tidak boleh menghalang atau menyekat perhubungan kasih sayang dan prihatin suaminya kepada kedua ibu bapanya kerana hak anak tetapi wujud  walaupun dia sudah mempunyai keluarganya sendiri.

Isteri harus menyayangi dan mengasihi ibu dan bapa mertuanya dan dia tidak boleh hanya mementingkan ibu dan bapanya  sahaja kerana anggaplah bahawa ibu bapa suaminya adalah sama seperti ibu dan bapanya sendiri.

Oleh itu seorang suami janganlah terlalu mengikut kehendak isterinya sekiranya dia menghalang suaminya berbaik-baik dengan kedua ibu bapanya sendiri hingga dia tergolong sebagai anak yang derhaka dan tidak mendapat rahmat daripada Allah SWT, nauzubillahi minzalik.

Wednesday, October 19, 2011

Jauhi Riba Kerana Dosa Besar Yang Di Laknat Oleh Allah SWT

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم
Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Riba adalah salah satu dosa besar yang di laknat oleh Allah SWT . Di bawah ini di nyatakan dalili-dalil daripada al-Quran dan hadis Nabi SAW mengenai pengharaman riba.

Dalil -dalil daripada al-Quran :

Firman Allah SWT maksudnya :
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman". ( Surah Al-Baqarah ayat 278)

"Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya." ( Surah Al-Baqarah ayat 279)

"Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keredaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang- orang yang melipat gandakan (pahalanya). 
(Surah Al-Rum ayat 39)
    
Dalil-dalil daripada hadis Nabi SAW.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Akan datang suatu zaman kepada manusia, mereka memakan riba." Lalu ada yang bertanya. " Apakah semua manusia wahai Rasullullah ?." Sabdanya. " Orang yang tidak memakannya namun terkena debunya."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Jauhilah tujuh perkara yang membinasakan..Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan kerana takut dan menuduh perempuan yang suci dengan zina tanpa saksi adil. “
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.)

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Allah melaknat pemakan riba, pembayarnya, penulisnya dan dua orang saksinya ." (Hadis Riwayat Daraqutni daripada Abdullah bin Handullah)

Rasulullah SAW bersabda bermaksud : "Satu dirham riba dosanya lebih berat daripada dosa orang berzina tiga puluh enam kali ." (Hadis Riwayat Muslim)

Umar bin Al-Ahwash daripada bapanya meriwayatkan, katanya : " Saya mendengar Rasullullah SAW berpidato pada Haji Wada’ : " Wahai manusia..sesungguhnya darah kamu, harta kamu dan kehormatan kamu haram atas kamu seperti haramnya hari kamu ini di kota kamu ini. Ketahuilah bahawa setiap riba daripada riba Jahiliyah dilarang bagi kamu. Kamu hanya berhak atas modal kamu. Kamu tidak boleh menganiaya dan tidak boleh dianiaya ." (Hadis Riwayat Muslim)

Jenis-jenis Riba :
1. Riba Nasi'ah

Menurut Qatadah, riba al-nasi'ah adalah riba kaum jahiliyyah dimana seorang menjual sesuatu hingga tempoh waktu tertentu. Apabila tempoh waktu itu tamat sedangkan pembelinya belum mampu melunasi pembayarannya maka harganya dinaikkan dan tempohya dilanjutkan lagi.

Mujahid mengatakan bahawa pada zaman jahiliyyah ada orang yang mempunyai hutang kepada orang lain, lalu yang berhutang berkata kepada pemberi hutang, "Hutang saya akan saya bayar "sekian (lebih)" dengan syarat anda melanjutkan tempohnya kepada saya". Lalu orang itu melanjutkan waktunya.


2. Riba Fadhl

Riba ini terjadi apabila seseorang menjual sesuatu dengan sejenisnya dengan tambahan, seperti menjual emas dengan emas, mata wang dirham dengan dirham, gandum dengan gandum dan seterusnya.

Abu Said Al-Khudari berkata, "Rasulullah bersabda : "Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, syair dengan syair, korma dengan korma dan garam dengan garam dipertukarkan dengan sama, segenggam dengan segenggam. Siapa yang manambah atau minta tambah maka ia telah malakukan riba, baik yang meminta maupun yang memberi, dalam hal itu sama saja. Hadith Riwayat Al-Syaikhan.

Dari Abu Said Al-Khudari, katanya, "Bilal datang kepada Rasulullah SAW dengan membawa korma kualitas Barni. Lalu Rasulullah SAW bertanya kepadanya, "Dari mana korma itu ?". Ia menjawab , "Kami punya korma yang buruk lalu kami tukar beli dua liter dengan satu liter". Maka Rasulullah bersabda: "Masya Allah, itu juga adalah perbuatan riba. Jangan kau lakukan. Jika kamu mau membeli, juallah dahulu kurmamu itu kemudian kamu beli kurma yang kamu inginkan". (Muttafaq 'alaih)


Sistem Perbankan Konvensional.

Sistem perbankan adalam sistem kewangan yang dikenal pasti paling banyak menjalankan urusan riba, seperti pinjaman rumah, kereta, wang tunai, pinjaman pelajaran dll. Dalam sistem perbankan konvensional, faedah dikenakan ke atas peminjam, bermakna peminjam terpaksa membayar dalam jumlah yang lebih tinggi daripada jumlah sebenar yang dipinjam. Jika peminjam gagal membayar pada tempoh yang ditetapkan, jumlah faedah yang dikenakan juga akan bertambah tinggi dan sekiranya si peminjam gagal juga membayar pinjaman tersebut, bank dengan mudahnya akan membawa kes tersebut ke mahkamah yang seterusnya boleh membawa kepada perisytiharan muflis terhadap si peminjam.
Sistem Insurans Konvensional .

Unsur riba terdapat dalam urusniaga Pinjaman dari Polisi (policy loan) yang ditawarkan kepada peserta dalam produk Insurans Nyawa. Dalam sistem kemudahan pinjaman ini, Syarikat insurans akan mengenakan bayaran faedah (interest) kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa bayaran faedah tersebut merupakan riba yang dilarang oleh Islam.

Elemen riba turut wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan insurans, kebanyakannya dilaburkan dalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional.

Sahabat yang dimuliakan,
Untuk meninggalkan riba maka perlulah kita kembali kepada sistem perbankan Islam yang telah diperkenalkan oleh Bank Islam, Bank Muamalat , Bank Rakyat dan Perbankan Islam yang terdapat di dalam bank-bank yang lain.
Sistem Perbankan Islam

Bagi membolehkan sistem perbankan yang diamalkan selaras dengan hukum Islam, urusniaga faedah (riba) adalah diharamkan sama sekali. Sebaliknya, bank masih boleh menjana keuntungan walaupun tanpa urusniaga riba melalui konsep-konsep berikut:-

* Mudharabah (perkongsian keuntungan)
* Wadiah (simpanan amanah)
* Musyarakah (usaha sama)
* Murabahan (kos tambahan)
* Ijarah (pajakan)

Sistem Takaful

Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional. Dasar Tabarru'at menjadi teras utama yang membina paksi Takaful. Penggunaan dasar ini turut menyelamatkan pengurusan Takaful untuk seiring dengan keredaan Syarak dalam soal Muamalah Islam. Dengan penggunaan Tabarru'at ini maka Takaful terselamat dari terkena unsur gharar dan maisir.


Takrif Tabarru'at

Tabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks perniagaan Takaful, setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas untuk menderma bagi membantu para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata yang lebih tepat ialah, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka di atas niat yang sama.

Sahabat yang di kasihi,
Marilah kita meninggalkan riba kerana besar dosanya di sisi Allah SWT.
Berkata Ibnu Abbas r.a : “ Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta riba tadi) sedekahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya.” (Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362 ; Az-Zawajir ‘An ‘Iqtiraf al-Kabair , ibid, 1/224).

Oleh itu berhati-hatilah kita dalam pembelian rumah dan kereta supaya tidak terlibat dengan sistem riba. Jika sudah terambil cara konvensional maka perlulah ditukarkan kepada pinjaman cara Islam samaada cara mudharabah atau yang lain-lain.

Begitu juga sesiapa yang terlibat dengan Pinjaman Tabung Pendidika Tinggi (PTPTN) yang mempunyai unsur riba maka eloklah ditukarkan pinjaman tersebut kepada Ujrah iaitu pinjaman cara Islam.

Pada hari kiamat, orang yang menggamalkan riba akan dibangkitkan dalam keadaan terhuyung hayang kerana Allah Subahanahu Wata'ala telah memberatkan dan membesarkan perut mereka akibat memakan benda yang haram di dunia. Oleh itu, mereka tidak dapat berdiri tetap melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan. 

Perkara ini telah dijelaskan dalam firman Allah Subahanahu Wata'ala dalam surah Al-Baqarah ayat 275 tafsirnya: "Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung hayang kerana sentuhan syaitan itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual beli (berniaga) dan mengharamkan riba..."

Orang mukmin Sentiasa Menggunakan Mata Hati Untuk Menilai dan Melaksanakan Tanggungjawab Kepada Allah

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم

 Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم
  
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
 
Sahabat yang dirahmati Allah,
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami sediakan bagi neraka Jahanam itu golongan jin dan manusia yang mereka itu mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu ibarat binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.”
(Surah al-A’raaf ayat 179).

Dalam ayat di atas Allah SWT meletakkan nilaian manusia sama taraf dengan haiwan bahkan lebih rendah lagi kerana manusia  membutakan matanya, memekakkan telinganya dan menutup pintu hatinya kerana tidak mahu menerima kebenaran yang datangnya daripada Allah SWT.

Demikianlah apa yang dikatakan celik mata hati atau kesedaran. Tegasnya, mata hati akan celik hanya apabila kita melihat kehidupan ini sejajar dengan kehendak atau ketetapan Allah SWT. Inilah pandangan hidup yang paling jelas dan tepat. Bermula dengan pandangan yang tepat inilah kita boleh menjalani hidup dengan sebaik-baiknya.

Berdasarkan ayat di atas jelaslah kepada kita bahawa manusia akan menjadi kufur dan tidak akan beriman apabila dia ada hati tetapi hatinya buta walaupun matanya tetap celek tidak buta dan telinganya tetap mendengar bukan pekak.

Sahabat yag dimuliakan,
Saidina Ali k.w. pernah berkata yang bermaksud: “Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur (mimpi), bila mati baru mereka terjaga (tersedar).”

Kata-kata itu sungguh mendalam dan tersirat maknanya. Rupa-rupanya hanya apabila seseorang itu mati kelak barulah hakikat kehidupan ini tersingkap dengan sejelas-jelasnya.

Ketika itu barulah si mati dapat “melihat” hidup dengan jelas dan tepat. Ketika inilah tidak berguna lagi penyesalan kerana semuanya telah terlambat.

Setelah diri berada di alam barzakh (alam kubur), barulah manusia insaf apakah yang sebenarnya yang perlu dicari dan dimiliki dalam hidupnya ketika di dunia dahulu. Aneh, hanya apabila meninggal dunia, baru manusia menyedari tentang hakikat hidup di dunia. Seperti kata pepatah, “Setelah terantuk (mati), barulah dia tengadah (sedar).”

Apa yang dimaksudkan oleh Sayidina Ali dengan ‘terjaga’ (tersedar) tidaklah merujuk kepada mata di kepala, sebaliknya merujuk kepada mata di hati (di dalam dada). Ramai manusia yang hidup dengan mata hati yang tertutup. Bila mati baru mata hati itu terbuka. Mata hati inilah yang disebut dalam al-Quran sebagai yang ‘berada di dalam dada’.

Rupa-rupanya apa yang diburu semasa hidup di dunia hanyalah dosa, pangkat, kedudukan, kuasa, pengaruh dan kemegahan. Manusia sanggup melakukan perkara haram iaitu mengambil rasuah, riba, menipu dan menentang hukum-hukum Allah SWT. Manakala apa yang dihindarinya pula adalah amal soleh, amal ibadah, amal kebajikan dan pahala yang disediakan oleh Allah SWT.

Sahabat yang dimuliakan,
Di dalam kehidupan ini terdapat empat pandangan manusia. Manusia akan memandang hanya menerusi empat pandangan sahaja. Empat pandangan tersebut adalah :

Pertama : Pandangan mata.

Kedua : Pandangan akal.

Ketiga : Pandangan nafsu.

Keempat : Pandangan mata hati.

Huraiannya :

Pertama : Pandangan Mata

Firman Allah SWT dalam surah al-Hajj, ayat 46 maksudnya : “Sesungguhnya penglihatan (mata kasar) itu tidaklah buta, tetapi yang buta ialah hati yang ada di dalam dada (mata hati).”

Pandangan mata, sifatnya selalu menipu. Contohnya, menerusi pandangan mata, kita melihat rel kereta api semakin jauh semakin menirus. Tetapi itu sebenarnya salah. Realitinya, rel itu tetap sama. Mata kita yang tertipu. Begitu juga kayu lurus yang dimasukkan separuh ke dalam air – kelihatan bengkok (sebenarnya ia tetap lurus). Bulan dilihat indah dari jauh tetapi kita tahu sebenarnya permukaan bulan penuh dengan lopak-lopak, lubang-lubang dan benjolan-benjolan yang tidak rata seolah-olah muka seorang yang berjerawat. Ya, begitulah, ramai manusia yang tertipu dengan pandangan mata.

Kedua : Pandangan Akal

Saidina Ali k.wj. pernah berkata : "Kalau sekiranya agama itu menggunakan logik akal, nescaya orang akan menyapu khauf dibahagian bawah (tapak), bukan dibahagian atasnya."

Pandangan akal (fikiran) pula sifatnya boleh tersalah. Akal manusia terlalu terbatas tidak dapat menjangkau alam ghaib. Akal manusia apabila jauh daripada wahyu tidak akan mampu memikirkan apakah hala tuju hidup manusia yang sebenarnya. Darimana dia datang, apa tujuan dia dihidupkan dan kemana dia akan pergi setelah kematian?

Manusia yang sesat dan tidak merujuk kepada kitabullah dan sunnah Nabi-Nya akan mencari-cari darimana asal usul manusia, dan apa yang ditemui kononnya manusia berasal daripada beruk seperti seperti  teori Darwin. Jika benar apa yang dikatakan oleh Darwin sekarang ini tidak ada beruk-beruk dihutan kerana semuanya sudah bertukar menjadi manusia. Jelas akal manusia tidak akan mampu mencari hakikat kebenaran dimuka bumi ini jika tidak dipimpin oleh Rasu-rasul pilihan Allah SWT.

Apabila kita tanya pada akal dimana perginya roh setelah seseorang itu meninggal dunia, nescaya akal akan terdiam kerana tidak akan mampu memberi jawapan kerana roh ini tidak nampak dan ianya bukan berbentuk fizikal.

Begitulah pandangan akal manusia yang saling salah menyalah antara satu sama lain. Penemuan orang terdahulu dibatalkan oleh kajian orang sekarang. Kajian orang sekarang dibatalkan pula oleh kajian orang akan datang. Akal bersifat terbatas, maka begitulah pandangannya, juga terbatas. Justeru, pandangan akal boleh tersalah.

Ketiga : Pandangan Nafsu

Pandangan ketiga ialah pandangan nafsu. Pandangan ini sifatnya melulu. Jika pandangan akal terbatas, nafsu pula selalu terbabas. Tidak ada yang dilihat oleh nafsu melainkan peluang dan ruang untuk melakukan kejahatannya. Sesuatu yang sudah cantik pada pandangan orang lain dipandang sebagai buruk dan keji kerana tidak mengikut selera nafsunya. Nafsu suka kepada kejahatan.

Nabi Musa a.s. pernah bertanya kepada Allah SWT. yang bermaksud :
"Ya Rabbi, bagaimanakah saya akan mengetahui samaada seseorang itu Kamu cintai dan reda ataupun kamu benci dan murka?".

Jawab Allah SWT  yang bermaksud :
"Bila sahaja Aku cinta dan reda kepada seseorang maka Aku permudahkan baginya untuk berzikir kepada-Ku dan Aku pelihara dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang haram, sebaliknya bila Aku benci dan murka kepada seseorang maka akan Ku lalaikan ia daripada memperingati-Ku dan Aku biarkan ia dikuasai oleh hawa nafsunya supaya terjerumus melakukan perkara-perkara yang haram sehinggalah ia layak menerima seksaan dan balasan-Ku".

Keempat : Pandangan Mata Hati

Pandangan yang keempat ialah pandangan mata hati. Ini adalah pandangan yang paling tepat dan hakiki. Hati pada asalnya adalah bersih dan baik. Apa sahaja yang dilihatnya akan sentiasa memberi kebaikan dengan syarat kebersihan dan kesucian hati itu terjaga.

Rasulullah SAW  bersabda maksudnya : “Allah tidak menilai rupa lahir kamu tetapi Allah menilai amalan dan hati kamu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Kalau mata hati kita buta, kaki kita masih boleh berjalan tetapi hakikatnya kita lumpuh!! Orang yang celik mata hatinya, sedar tentang dari mana dia datang, untuk apa dia dijadikan dan ke mana dia akan pergi. Dia mendapat matlamat yang tepat dan jelas dalam hidupnya. Dalam fikiran, jiwa dan emosinya ada perjuangan untuk memperbaiki diri. Jika kita sedar, dalam hidup ini akan sentiasa berlaku perubahan.

Adakah kita mempunyai hati yang hidup?

Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut ‘Allah’, gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah keimanannya, dan kepada Tuhan merekalah sahaja mereka bertawakal.” (Surah al-Anfal ayat 2)

Tanda hati yang hidup, ialah ia masih boleh bergetar dan teralun dengan zikrullah dan bacaan Al-Quran, ia akan bergetar untuk segala jenis kebaikan. Hati yang hidup akan terkesan apabila menerima teguran dan berasa tenang apabila menerima nasihat. Hati yang hidup akan peka terhadap kebesaran Ilahi dan takut akan kemurkaanNya. Hati yang hidup juga akan mendorang diri berasa lebih ringan untuk melakukan ibadah.

Pandangan mata hati yang hidup mampu membezakan antara yang hakiki dengan yang ilusi. Ia tidak seperti pandangan mata kasar yang sifatnya selalu menipu, pandangan akal yang sifatnya boleh tersalah dan pandangan nafsu yang sifatnya selalu melulu.

Mereka yang celik mata hati bukan setakat tahu tetapi sedar hakikat dirinya sebagai hamba Allah.Hamba Allah tidak akan bersifat seperti 'tuan', bersikap angkuh, tamak, pemarah, bangga diri dan sifat-sifat mazmumah yang lain.  Oleh itu tahu dan sedar adalah dua perkara yang berbeza. Tahu letaknya di akal, dengan memiliki ilmu dan maklumat. Manakala kesedaran letaknya di hati, dengan memiliki penghayatan dan hikmah.

Mata hati yang bersih adalah mata hati yang sentiasa dijauhi daripada titik-titik hitam noda dan dosa. Apabila dosa dilakukan oleh anak Adam maka satu titik hitam akan melekat dihatinya, jika terlalu banyak dosa dilakukan maka hati tadi akan dipenuhi oleh selaput hitam yang mana selaput hitam inilah yang akan menjadi penghalang daripada hidayah Allah SWT sampai ke hati. Oleh itu apabila  ada sahaja titik hitam di hati maka untuk membersihkannya banyakkan beristighfar dan berzikir kepada Allah SWT maka akan hilanglah titik hitam tersebut dan digantikan nur (cahaya) yang akan menerangi hati tersebut, inilah dipanggil mata hati yang bercahaya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : "Hati manusia itu ibarat sehelai kain putih yang apabila manusia itu berbuat dosa maka tercorenglah / ternodailah kain putih tersebut dengan satu titik noda kemudian jika sering berbuat dosa lambat-laun sehelai kain putih itu berubah menjadi kotor / hitam".

Jika hati nurani sudah kotor maka terkunci nuraninya akan sulit menerima petunjuk dari Allah.

Ada empat cara untuk menajamkan atau membersihkan mata hati :

Pertama, Mengosongkan hati dari sifat-sifat buruk seperti iri, dengki, benci, dan dari sifat keduniawian.

Kedua, Membuang daya khayal yang mengganggu keyakinan hati kemudian berfikir tentang hal-hal yang ghaib yang kita ketahui.

Ketiga, Melaksanakan solat dan berzikir pada malam hari kerana kesepian malam dapat menambah kekhusyukan hati.

Keempat, Meningkatkan iman dan kecintaan kepada Allah iaitu : mencintai Allah dari segala-galanya selalu bermunajat ( mohon pertolongan Allah ), dan solat istikharah ( meminta petunjuk dari Allah SWT ) 

Sahabat yang dikasihi,
Orang mukmin akan sentiasa melakukan sesuatu dan memandang sesuatu dengan mata hati. Kerana mata hati tidak akan menipu. Mata kasar, akal dan nafsu sentiasa salah dan keliru. Mata hati akan melihat sesuatu dengan ilmu Allah, cinta dan kasih kerana Allah dan atas dasar iman dan takwa. Mata hati yang tertinggi adalah firasat mukmin.

Kasyaf hati ialah rasa hati atau gerakan hati yang tepat lagi benar. Dia boleh menyuluh mazmumah yang seni-seni pada diri seseorang. Termasuk juga adalah rasa hati dapat membaca diri seseorang.

Nabi SAW pernah bersabda, “Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan pandangan Allah”.

Apa yang dimaksudkan dengan firasat itu ialah kasyaf hati atau pandangan mata hati. Orang yang mendapatnya dapat memimpin diri dan dapat memimpin orang lain. Ini adalah anugerah Allah SWT kepada orang-orang mukmin yang sentiasa berdakwah dan berjihad dijalan-Nya.
            

Tuesday, October 18, 2011

Jenis-jenis Iddah Dan Larangan Semasa Iddah.

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم

 Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Seorang wanita yang diceraikan atau kematian suami hendaklah beriddah.

Apa maksud iddah?

Iddah ialah satu jangkamasa tertentu yang wajib dilalui oleh seorang perempuan yang baru diceraikan oleh suaminya ataupun kematian suaminya.

Tujuan beriddah ialah untuk memastikan rahim perempuan itu kosong dari sebarang kandungan. Ia juga dapat memberikan ruang masa bagi suami rujuk semula kepada bekas isterinya.

Bagi wanita yang kematian suami pula, tempoh iddah dianggap sebagai tempoh berkabung bagi menunjukkan kesedihan ke atas pemergian suaminya.

Iddah sebenarnya mempunyai hikmah yang besar kepada perempuan dan lelaki. Walaupun dalam tempoh iddah ini, perempuan dilarang berkahwin lain dan dia juga dikenakan beberapa peraturan lain, iddah sebenarnya memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

Lelaki yang ingin berkahwin dengan seorang perempuan yang baru bercerai atau kematian suami, jika si perempuan tadi tidak beriddah, tidakkah nanti jika perempuan itu tiba-tiba didapati hamil akan menimbulkan keraguan tentang siapakah ayah ‘hakiki’ bagi bayi yang dikandungkan itu?

Bagi perempuan yang kematian suami pula, iddah merupakan satu penghormatan kepada isteri untuk menzahirkan kesedihan dan dukacita atas pemergian suami tercinta. Tempoh tertentu yang diberikan untuk perempuan ini pula dapat membantunya agar tidak berterusan berada dalam kesedihan. Cukuplah tempoh yang ditentukan oleh Allah SWT. Selepas habis tempoh itu, hendaklah dia bertawakal kepada Allah SWT dan meneruskan hidupnya dengan kesabaran.

Iddah pada pengertian ialah membilang atau menghitung. Maksud Iddah pada Syara' pula ialah seseorang wanita yang telah diceraikan oleh suaminya ataupun yang kematian suaminya, maka wanita tersebut dilarang dari berkahwin dengan lelaki lain untuk tempoh beberapa waktu sehinggalah tempoh waktu itu berakhir. Dengan cara ini dapatlah dipastikan kesucian wanita tersebut, sama ada ia mengandung ataupun tidak.

Hikmah yang lain adalah memuliakan ikatan pernikahan yang lalu, menghormati hak suami yang telah bercerai dan menampakkan kepada masyarakat bahawa ia telah bercerai.

Masa iddah ini terbagi atas 4 jenis iaitu :

1. Iddah masa mengandong, iaitu waktunya sampai masa kelahiran kandungan yang disebabkan talak ba’in (perceraian yang mengakibatkan tidak kembali kepada suaminya) atau talak raj’i (perceraian yang dapat kembali kepada suaminya) dalam keadaan hidup atau mati.

Firman Allah SWT maksudnya : “Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka adalah sampai mereka melahirkan.” (Surah Ath-Thalaq ayat 4)

2. Iddah muthlaqah (masa perceraian),

Tempoh ini ialah untuk perempuan yang masih didatangi haid dan berpisah melalui perceraian. Maksud tiga kali suci ini ialah, jika dia diceraikan, maka dia perlu beriddah sehingga tiga kali suci daripada haid.

Firman Allah s.w.t, maksudnya: “Perempuan-perempuan yang diceraikan hendaklah menahan diri mereka (menunggu) selama tiga kali quru’ (suci).” (Surah al-Baqarah ayat 228)

Bagaimana mengiranya?

Jika dia diceraikan ketika suci dari haid, maka idahnya akan tamat sebaik sahaja datang haid yang ketiga.

Contoh: Diceraikan dalam keadaan suci (Suci 1) > Haid 1 > Suci 2 > Haid 2 > Suci 3 > Haid 3 —— iddah habis sebaik sahaja haid 3 bermula.

Jika dia diceraikan ketika haid, maka idahnya akan tamat sebaik sahaja kedatangan haid yang keempat.

Contoh: Diceraikan ketika haid (Haid 1) > Suci 1 > Haid 2 > Suci 2 > Haid 3 > Suci 3 > Haid 4 —— iddah habis sebaik sahaja haid 4 bermula.

3. Perempuan yang tidak ada haid.

Siapa yang perlu beriddah selama 3 bulan? (diulangi, 3 bulan. Ia berbeza dengan 3 kali suci)

Perempuan yang perlu beriddah selama 3 bulan ialah perempuan yang belum pernah didatangi haid atau yang telah berhenti haidnya (menopause) . Sekiranya dia diceraikan, maka dia perlu mengira iddah dari hari perceraian hinggalah cukup tiga bulan Qamariyyah. Perlu diingatkan, tempoh 3 bulan ini tidak semestinya 90 hari. Hal ini kerana dalam kalender Islam, ada kalanya jumlah hari sebulan ialah 29 hari dan ada kala berjumlah 30 hari. Tetapi tiada yang berjumlah 31 hari!

Firman Allah SWT maksudnya :
“Perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus haid mereka, jika kamu ragui tentang tempoh masa idah mereka, maka masa idah mereka ialah selama tiga bulan. Begitulah juga idah perempuan-perempuan yang belum datang haid.” (Surah al-Talaq ayat 4)

4. Isteri yang ditinggal suaminya kerana meninggal dunia.

Allah SWT menjelaskan masa iddahnya sebagai berikut :

a)Bagi wanita/isteri yang tidak mengandung :

Tempohnya ialah 4 bulan 10 hari dari tarikh kematian. Perlu diingatkan bahawa ‘bulan’ di sini ialah bulan dalam kalender Islam/ Hijrah bukannya kalender Masehi. Oleh itu, jumlah hari yang dia kena beriddah ialah kira-kira 130 hari.

Firman Allah SWT maksudnya : “Orang-orang yang meninggal dunia diantaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beriddah) empat bulan sepuluh hari.” (Surah Al-Baqarah ayat 234)

b)Bagi wanita/ isteri yang mengandung.

Untuk wanita seperti ini, secara ringkasnya iddahnya tamat sebaik sahaja melahirkan anak (dan bukan 4 bulan 10 hari). Malah, jika selang masa antara kematian suami dan juga kelahiran anak itu sangat pendek, iddahnya tetap berakhir.

Firman Allah SWT maksudnya : “Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka adalah sampai mereka melahirkan.” (Surah Ath-Thalaq ayat 4)

Dalil daripada hadis sahih juga menjelaskan keadaan perempuan yang hamil ketika kematian suami lalu Rasulullah SAW. membenarkannya berkahwin lain selepas bersalin (tidak perlu menunggu hingga 4 bulan 10 hari). Hukum ini telah dijelaskan oleh baginda dalam hadis tentang Sabi’ah al-Aslamiyah yang bersalin beberapa hari selepas kematian suaminya (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Sahabat yang dimuliakan,

Apakah larangan Islam terhadap wanita yang kematian suaminya?

Wanita yang kematian suami hendaklah beriddah selama 4 bulan 10 hari. Tetapi jika dia mengandung, maka hendaklah dia beriddah sehingga bersalin. Tempoh ini digunakan untuk memastikan rahim kosong (bersih) dan digunakan oleh wanita untuk menyatakan kesedihan atas kematian suami. Ia juga merupakan fasa perubahan yang sukar dan perlu disokong oleh kaum keluarga, rakan-taulan dan jiran tetangga.

Terdapat lima larangan yang dikenakan ke atas wanita yang kematian suami:

1. Bertunang (secara berterus-terang)
2. Berkahwin
3. Berhias pada diri atau pakaian
4. Tidur di rumah selain rumah yang biasa didiami semasa hayat suami
5. Keluar dari rumah tanpa ada tujuan penting yang tertentu (jika keluar rumah kerana bekerja diharuskan)

PERTAMA: BERTUNANG SECARA BERTERUS-TERANG

Para fuqaha sependapat bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh bertunang ataupun dipinang dengan cara berterus-terang. Namun jika mahu dipinang dengan berkias, maka ia diharuskan sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud, “Tiada larangan ke atas kamu tentang apa yang kamu kiaskan untuk meminang wanita”.

KEDUA: BERKAHWIN

Sebagaimana yang telah disebutkan di awal tadi, tujuan iddah iaitu untuk memastikan rahim bersih dari benih suami. Firman Allah SWT., maksudnya: “Dan janganlah melakukan ikatan pernikahan hinggalah sampai tempoh tangguhnya (iddahnya)”.

Ayat ini menjelaskan bahawa wanita yang dalam iddah tidak boleh bernikah sehinggalah tamat tempoh iddah tersebut.

KETIGA: BERHIAS DAN BERWANGI-WANGIAN PADA DIRI ATAU PAKAIAN

Wanita dalam iddah wajib menjauhkan diri daripada perhiasan atau berhias-hias sama ada pada tubuh badan mahupun pada pakaian. Malah dianjurkan supaya wanita ini menyatakan kesedihan atas kematian suami dan mengelakkan diri daripada menjadi perhatian lelaki kerana dia berada dalam fasa dilarang bernikah. Ini dapat mengelakkannya daripada perkara-perkara terlarang serta menghindari fitnah.

Dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW. ada menjelaskan bahawa tidak dihalalkan bagi wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat untuk berkabung lebih dari 3 hari kecuali kerana (kematian) suami. Baginda seterusnya menjelaskan bahawa wanita yang kematian suami tidak boleh memakai celak, tidak boleh memakai pakaian yang berhias-hias dan tidak boleh menggunakan pewangi (perfume), kecuali jika dia membersihkan diri iaitu dengan sedikit haruman sahaja.

[Lihat penjelasan lanjut dalam Fath al-Bari, jld 9, hlm. 491].

Hadis sahih ini jelas menyatakan bahawa wanita yang kematian suami dilarang memakai wangi-wangian, berhias pada diri atau pakaian termasuk memakai barang kemas pada badan. Dalam hal ini, dianjurkan supaya wanita ini menjauhkan diri daripada memakai pakaian yang menarik perhatian seperti berwarna terang kerana dikhuatiri akan membawa fitnah dan keinginan pada lelaki sedangkan dia masih dalam tempoh larangan berkahwin.

Walau bagaimanapun, tidak semestinya wanita dikehendaki memakai pakaian berwarna hitam. Hitam ialah lambang berkabung bagi seluruh penduduk dunia. Harus wanita dalam iddah berpakaian hitam tetapi tiada larangan untuk dia memakai pakaian berwarna lain.

Diharuskan juga menggunakan pewangi sekadar untuk menghilangkan bau yang busuk pada badan seperti semasa mandi wajib selepas habis haid iaitu digunakan pada faraj.

Diharuskan pula memakai celak untuk perubatan, tetapi jika mahu dipakai untuk kecantikan, maka ia dilarang.

Diwajibkan ke atas wanita untuk tetap menjaga kebersihan seperti mandi, bersyampu, menyabun badan dan lain-lain tetapi hendaklah mengelakkan daripada menggunakan peralatan yang mempunyai wangian atau sekurang-kurangnya wangiannya sangat sedikit.

KEEMPAT: TIDUR DI RUMAH LAIN

Larangan ini terpakai untuk wanita yang berada dalam iddah kematian suami dan juga iddah perceraian biasa.

Ertinya, dilarang tidur di rumah yang bukan menjadi kebiasaannya tidur semasa masih dalam ikatan perkahwinan.

Firman Allah SWT, maksudnya: “Jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu maka ceraikanlah mengikut masanya dan hendaklah isteri-isteri kamu mengikut iddah dan takutilah Allah tuhan kamu. Janganlah kamu keluarkan isteri-isteri kamu dari rumah-rumah mereka dan janganlah pula mereka keluar darinya kecuali jika datang kebinasaan yang jelas.” (Surah al-Talaq: ayat 1)

Dalil ini terpakai ke atas semua wanita yang berada dalam iddah bahawa mereka dilarang meninggalkan rumah yang menjadi tempat tinggal mereka selama ini. Malah suami yang menceraikan juga dilarang menghalau keluar isteri yang diceraikan. Kelonggaran untuk tinggalkan rumah hanya dibenarkan jika ‘datang kebinasaan yang jelas’ seperti banjir, rumah hampir roboh dan sebarang ancaman yang lain.

Hujah ini disokong pula oleh hadis sahih bahawa pada satu ketika seorang sahabat wanita bernama Furai’ah telah kematian suami dan memohon kebenaran Rasulullah SAW. untuk pulang ke rumah keluarganya. Namun Rasulullah SAW. memerintahkannya untuk terus tinggal di rumah yang selama ini didiami sehingga habis iddah iaitu 4 bulan 10 hari. Sabda baginda SAW. maksudnya: “Tinggallah tetap di rumah kamu sehingga habis tempoh tangguh (iddah)”.

KELIMA: KELUAR DARI RUMAH TANPA TUJUAN (KEPERLUAN TERTENTU)

Larangan tidur di rumah lain mempunyai kaitan dengan larangan yang kelima iaitu tidak dibenarkan keluar dari rumah jika tiada keperluan atau tujuan tertentu yang penting. Hal ini disepakati oleh majoriti fuqaha.

Hadis sahih yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan bahawa Jabir bin Abdullah berkata, maksudnya: “Ibu saudaraku telah diceraikan, kemudian dia mahu memetik nakhil (buah kurma) maka seorang lelaki telah melarangnya (daripada keluar memetik nakhil), maka ibu saudaraku pergi bertemu Rasulullah SAW, maka baginda bersabda: Bahkan pergilah memetik buah tersebut mungkin kamu dapat bersedekah dengannya atau melakukan perkara yang baik.”

Para fuqaha mengqiyaskan hadis ini dengan wanita yang dalam iddah kematian suami bahawa lebih utama lagi untuk membenarkan mereka keluar rumah terutamanya untuk mencari nafkah kerana tidak ada orang yang menanggung nafkah mereka.

[Sila ambil perhatian bahawa wanita yang diceraikan, nafkahnya semasa dalam iddah masih ditanggung oleh suami yang menceraikan. Jika suami engkar, buatlah aduan dan tuntutan di Mahkamah Syariah].

Dalam satu hadis yang lain, isteri-isteri para syuhada Perang Uhud yang tinggal berjiran bertemu Rasulullah SAW. dan bertanya, maksudnya: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami berasa gusar di malam hari, bolehkah kami tidur di rumah jiran kami? Apabila siang kami akan pulang ke rumah kami.” Rasulullah SAW menjawab, “Bercakaplah sesama kamu tetapi apabila kamu mahu tidur maka kembali setiap wanita ke rumah masing-masing.”

Dalam kitab-kitab fiqh banyak disebutkan tentang keharusan wanita dalam iddah kematian suami untuk keluar dari rumah pada waktu siang tetapi dengan syarat terdapat tujuan tertentu dan penting. Menurut para fuqaha, antara perkara tersebut ialah seperti untuk mencari nafkah dan membeli barang keperluan rumah.

Dalam mazhab Maliki pula ditambah penjelasan bahawa perempuan yang berada dalam iddah dilarang keluar untuk ziarah menziarahi, dilarang keluar berdagang (berniaga) (kecuali jika itu sumber nafkahnya), dilarang keluar untuk mengucapkan tahniah (seperti menghadiri majlis perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan kelahiran bayi), dilarang keluar untuk mengucapkan takziah (seperti menziarahi orang sakit atau kematian) dan dilarang tidur kecuali di dalam rumahnya sendiri. Majoriti fuqaha juga berpendapat bahawa wanita yang dalam iddah dilarang mengerjakan haji atau umrah.

Sahabat yang dikasihi Allah,
Sekarang terserah kepada kalian semua memahami dan mematuhi peraturan yang dinyatakan oleh ajaran Islam. Sama ada kalian sedang dalam iddah, mempunyai ibu yang dalam iddah, jiran atau adik-beradik yang dalam iddah atau sebagainya. Semua pihak perlu saling faham-memahami situasi wanita dalam iddah dan saling ingat-mengingatkan jika ada orang yang kalian kenal telah tersilap langkah semasa berada dalam iddah. Bantulah mereka melalui tempoh peralihan yang sangat perit ini.

Semoga semuanya berada dalam rahmat Ilahi. Kasih sayang Allah SWT sentiasa mendahului kemurkaan-Nya, maka janganlah kita memilih kemurkaan-Nya sedangkan azab Allah SWT itu sangat pedih manakala syurga yang indah dengan nikmat melimpah ruah menanti wanita mukminah yang sabar meniti kehidupan tanpa seorang suami!

Rujukan untuk nota di atas :

1. Bada’i al-Sana’i, al-Syarh al-Saghir, Nihayat al-Muhtaj fi Fiqh al-Syafii dan Kashshaf al-Qina’.

2. Di ambil daripada Kitab Al-Hadyu An-Nabawi karya Ibnul Qoyyim (5/594-595 ; cetakan Al-Muhaqqaqah)

3. Di ringkas dari kitab Tanbihaat ‘ala Ahkam Takhtashu bil Mu’minaat karya Syaikh Sholih Al-Fauzan ; edisi terjemah “Panduan Fiqh Praktis Bagi Wanita” penerbit Pustaka Sumayyah.

Monday, October 17, 2011

Tafsir Surah 'Abasa Ayat 1-10.

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم
Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Firman Allah SWT :

ŰčَŰšَŰłَ وَŰȘَوَلَّىٰٓ (ÙĄ) ŰŁَن ŰŹَۧٓŰĄَهُ ٱلۡŰŁَŰčۡمَىٰ (Ùą) وَمَۧ يُŰŻۡ۱ِيكَ لَŰčَلَّهُ Û„ يَŰČَّكَّىٰٓ (ÙŁ) ŰŁَوۡ يَ۰َّكَّ۱ُ فَŰȘَنفَŰčَهُ Ù±Ù„Ű°ِّكۡ۱َىٰٓ (Ù€) ŰŁَمَّۧ مَنِ Ù±ŰłۡŰȘَŰșۡنَىٰ (Ù„) فَŰŁَنŰȘَ لَهُ Û„ ŰȘَŰ”َŰŻَّىٰ (ÙŠ) وَمَۧ Űčَلَيۡكَ ŰŁَلَّۧ يَŰČَّكَّىٰ (Ù§) وَŰŁَمَّۧ مَن ŰŹَۧٓŰĄَكَ يَŰłۡŰčَىٰ (Ùš) وَهُوَ يَŰźۡŰŽَىٰ (Ù©) فَŰŁَنŰȘَ Űčَنۡهُ ŰȘَلَهَّىٰ (ÙĄÙ 

Maksudnya :

1.  Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling,

2.  Kerana telah datang seorang buta kepadanya

3.  Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa),

4.  Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya?

5.  Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup

6.  Maka kamu melayaninya.

7.  Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman).

8. Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran),

9.  Sedang ia takut kepada (Allah),

10.  Maka kamu mengabaikannya.

(Surah Abasa ayat 1-10)

Latar belakang surah :

Surah ‘Abasa ini termasuk surah Makkiyah. Bilangan ayatnya empat puluh dua ayat dan diturunkan sesudah surah Al-Najm. Dinamakan surah ‘Abasa : Ia bermuka masam diambil dari perkataan (ŰčَŰšَŰłَ ) yang terdapat pada ayat pertama surah ini.

Sebab turun surah ini :

Imam ibn Kathir di dalam tafsirnya IV / 604 – 605 berkata : Ibn Abbas r.a. berkata : “ Pada suatu hari Rasulullah SAW. sedang berhadapan dengan beberapa pembesar Quraisy, antaranya : Utbah bin Rabi’ah, Abu Jahl Bin Hisyam dan Abbas Bin Abdul Muthalib. Baginda SAW sangat menginginkan agar mereka semuanya mendapat hidayah Allah dan masuk Islam. Pada saat itulah datang seorang sahabat yang bernama Abdullah Bin Ummu Maktum yang kedua-dua matanya buta sambil meminta agar Rasulullah SAW  membacakan untuknya ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan Allah kepadanya, ia berkata: "Ya Rasulullah, tolong ajarkan kepadaku apa-apa yang Allah telah ajarkan kepada tuan."

Rasulullah SAW. tidak senang hati dengan pertanyaan Abdullah Bin Ummu Maktum itu, lalu baginda bermasam muka dan berpaling darinya sambil menghadap pembesar-pembesar Quraisy tersebut. Sehubungan dengan peristiwa inilah maka turun surah di atas.

Dengan adanya teguran Allah SWT  ini maka sejak itu baginda SAW sangat memuliakan Abdullah Bin Ummi Maktum dan mengambil berat kepadanya dan selalu bertanya kepadanya: "Apakah engkau ingin sesuatu? Apakah ada sesuatu yang engkau hajatkan?"  dan lain-lain.

Dalam riwayat yang lain  hadis riwayat Tirmidzi dan Hakim, Aisyah r.a menceritakan bahawa suatu hari Ibnu Ummu Maktum r.a. seorang sahabat yang buta mendatangi Rasulullah SAW. Baginda ketika itu menerima salah satu pembesar Quraisy. Ibnu Ummu Maktum r.a berkata : "Wahai Rasulullah berilah aku nasihat." Seketika itu juga Rasulullah SAW memalingkan mukanya. Atas sikap baginda itu turun 10 ayat ini.

 Asy-Syahid Sayyid Qutb rahimahullah dalam Tafsir Fizilal Quran (ayat 1-10) menyatakan :

"Bimbingan Ilahi yang diturunkan mengenai peristiwa ini  amatlah besar.Ia jauh lebih besar dari apa yang dilihat dalam pandangan seimbas yang pertama. Ia merupakan bimbingan yang berdaya mukjizat disamping merupakan hakikat yang mahu ditegakkannya di bumi ini , serta kesan-kesannya kepada kehidupan manusia setelah ditegakkannya di bumi. Mungkin hakikat ini merupakan mukjizat pertama Islam, juga mukjizat yang teragung. Tetapi bimbingan ini hanya datang begitu saja, dalam bentuk ulasan atau teguran terhadap satu peristiwa peribadi. Inilah cara Ilahi dalam al-Quran. Ia menggunakan suatu kejadian atau peristiwa yang tertentu sebagai peluang untuk menjelaskan satu hakikat yang mutlak dan satu sistem hidup yang tetap teguh.

Begitu juga kita dapat memahami betapa besarnya dan sukarnya perkara ini apabila kita memahami bahawa Nabi Muhammad SAW sendiri  memerlukan kepada bimbingan ini daripada Allah, malah memerlukan kepada teguran-Nya, yang tajam terhadap tindak-tanduknya iaitu teguran yang menyarankan kehairanan terhadap cara layanannya.

Cukuplah untuk membuktikan betapa penting dan besarnya sesuatu perkara di alam ini apabila dikatakan bahawa Nabi Muhammad SAW sendiri memerlukan kepada peringatan dan bimbingan dari Allah untuk memahaminya. Bimbingan ini bertujuan agar manusia mengambil nilai-nilai dan ukuran-ukuran mereka dari langit dan bebas dari nilai-nilai bumi dan dari ukuran-ukurannya yang di ambil dari seluruh realiti hidup mereka. Inilah persoalan yang agung."

Di antara pengajaran yang dapat diambil dari ayat-ayat di atas ialah:

1. Allah SWT menegur sikap Rasulullah SAW  yang lebih mengutamakan orang-orang kafir daripada orang yang beriman walaupun orang-orang kafir itu pembesar kaum sedang orang beriman itu pula buta dan miskin. Ini mengandungi pengajaran agar baginda  jangan mengecilkan hati orang-orang beriman kerana mereka lebih baik dari orang-orang kafir walaupun mereka miskin.

2. Sikap Rasulullah SAW demikian bukanlah suatu dosa dan tidak bercanggah dengan sifat maksumnya (terpelihara dari dosa) kerana sikap tersebut muncul dari sifat semula jadi (naluri) baginda  sebagai manusia biasa seperti reda, benci, ketawa, dan menangis yang tidaklah dibebankan dengan dosa di dalam syariat Islam.

3. Sifat merasa diri serba berkecukupan selalu mendorong manusia menjadi angkuh dan sombong. Inilah sifat orang-orang kafir. Padahal jika direnung dengan cermat sebenarnya manusia sangat berhajat kepada bantuan Allah. Oleh itu baginda  tidak sepatutnya memberi perhatian lebih kepada mereka yang memiliki sifat buruk demikian.

4. Sifat orang yang beriman sentiasa berusaha untuk membersihkan dirinya dengan mengambil pengajaran dari Al-Quran. Dan pengajaran Al-Quran sangat berguna bagi orang-orang yang beriman. Mereka takut kalau-kalau terjerumus ke dalam lembah kesesatan. Oleh itu, manusia jenis ini perlu diberi perhatian dan sangat tidak wajar diabaikan.

5.  Para du’at (pendakwah) tidak dibebani dosa jika orang yang didakwah tidak mengikuti ajakan atau dakwah yang disampaikan. Tugas mereka hanya menyampaikan sahaja. Tidak ada paksaan dalam agama. Taufik dan hidayah secara mutlaknya datang daripada Allah SWT.

6. Dalam berdakwah kita dilarang pilih kasih. Sampaikanlah kebenaran kepada pembesar atau masyarakat biasa, yang kaya dan yang miskin agar kita sedar bahawa fakir yang beriman lebih baik daripada orang kaya yang kufur atau derhaka.

Sahabat yang dimulikan,
Allah SWT Maha Mengetahui hati-hati manusia. Kehadiran pembesar Quraisy bertemu Nabi SAW sebenarnya tidak jujur dan ikhlas, mereka datang dengan kesombongan meminta Nabi SAW berhenti daripada berdakwah kepada masyarakat Arab jahiliah, sedangkan sahabat yang beriman yang buta dan miskin datang dengan hati yang ikhlas untuk mendapat bimbingan daripada Nabi SAW. Allah SWT sebenarnya menilai manusia bukan dengan kedudukan mereka di dalam masyarakat tetapi Allah SWT pandang pada hati-hati manusia yang ikhlas dan beriman kepada-Nya, walaupun kedudukan manusia itu hina menurut pandangan masyarakat.

Oleh itu sebagai iktibar daripada ayat 1-10 surah Abasa ini kita perlu menyampaikan dakwah, tarbiah dan nasihat yang baik kepada sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan mereka samaada mereka itu orang miskin, orang kurang upaya, anak-anak yatim, orang-orang tua atau pekerja buruh kasar. Nilai yang tinggi dan mulia disisi Allah SWT adalah mereka yang paling bertakwa kepada-Nya.

Sunday, October 16, 2011

Perceraian Dalam Islam Adalah Jalan Terakhir Menamatkan Perkahwinan.

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Didalam agama Islam, untuk memulakan sebarang perhubungan di antara lelaki dan perempuan (persetubuhan), mereka ini haruslah melalui bernikah dengan cara yang sah dan halal mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Perkahwinan itu sungguh indah. Hubungan cinta manusia dengan manusia akan lahir melalui perkahwinan. Didalam perkahwinan, kita mampu mengenali seseorang perempuan atau lelaki dengan lebih mendalam. Perkahwinan akan halal dan bahagia jika niat kita mengahwini seseorang itu baik semata-mata kerana Allah SWT. Mengajak manusia ke arah kebaikan merupakan suatu perkara yang amat sukar. Tetapi jikalau kita mengajak ke arah keburukan, tidak perlu ajak atau cakap sudah pasti mereka boleh lakukan dengan sendirinya.

Islam mengalakkan pembinaan Baitul Muslim atau rumah tangga Islam ianya satu kewajipan supaya di dalamnya wujud keharmonian dan kasih sayang di antara suami, isteri dan anak-anaknya. Kekuatan satu umat adalah bergantung kepada perjalanan keluarga-keluarga muslim ini. Jika keluarga-keluarga ini dapat dilahirkan maka akan terbinalah masyarakat Islam dan ketika inilah baru akan melahirkan Daulah Islamiah yang akan menjalankan undang-undang Allah SWT.

Walaubagimana pun sekiranya berlaku pergeseran atau perselisihan di dalam keluarga Islam, masih ada jalan-jalan penyelesaian yang disediakan oleh Islam demi kebaikan semua pihak .

Pertama perlu diusahkan perdamaian secara baik oleh suami isteri tersebut dan boleh mendapat bantuan daripada ahli keluarga yang lain semata-mata untuk menyelesaikan kebuntuan perselisihan yang berlaku.

Pihak unit kaunseling di jabatan agama dan pakar-pakar motivasi yang lain boleh memainkan peranan mereka untuk menjernihkan suasana yang keruh yang berlaku di dalam keluarga tersebut. Sekiranya cara-cara lain sudah tidak berkesan dan masaalah yang berlaku bertambah parah maka Islam akan mengunakan cara terakhir  walaupun dibenci Allah SWT iaitu PERCERAIAN atau TALAK.

Adapun hadis riwayat Abu Daud yang bermaksud : “Perkara halal yang paling dibenci Allah ialah talak”

Maka talak itu jika membawa kebaikan seperti mengelakkan kezaliman antara suami dan isteri atau anak-anak, maka itu adalah suatu kebaikan. Jika membawa keburukan maka keburukan atau perkara negatif dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya.

Sahabat yang dimuliakan,
Menurut statistik yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tahun lalu, kadar perceraian meningkat berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Jumlah perceraian pada 2007 adalah 20,529 kes berbanding 131,086 perkahwinan.

Secara puratanya, dalam sehari lebih 56 perceraian berlaku dan 359 perkahwinan berlangsung. Kadar perceraian ini meningkat dari tahun ke tahun.

Punca krisis rumah tangga yang dikenal pasti adalah kerana tidak serasi, kecurangan, poligami, kerenah dan campur tangan keluarga yang keterlaluan, masalah kesihatan pasangan termasuk kesuburan, suami isteri bermain kayu tiga, masalah hutang banyak, masalah ekonomi, pengangguran, peluang kerja terhad, komitmen kerja, kerjaya terlalu tinggi, simptom cemburu buta, kurangnya didikan moral, penderaan dan pengabaian.

Sudah sampai masanya pihak berkuasa memikirkan suatu mekanisme pencegahan khusus kepada pasangan yang hendak bercerai, sama ada yang baru membuat laporan kaunseling di jabatan agama Islam atau yang sudah mendaftarkan kes perceraian di mahkamah dan mereka diarahkan mengikuti suatu kursus yang khusus dalam tempoh tertentu, agar bahtera rumah tangga yang mula terumbang-ambing itu boleh diselamatkan.

Halangan dari sudut perundangan mungkin ada, namun ianya ada jalan keluar untuk merealisasikan perkara ini. Soal rezeki, jodoh, ajal dan yang seumpamanya adalah di tangan yang Maha Esa, namun Islam tidak menyuruh penganutnya menyerah mudah kepada takdir tanpa sebarang usaha untuk menyelamatkan perkahwinan yang sedang dibina.

Sahabat yang dihormati,
Untuk mengetahui apakah itu talak dan jenis-jenisnya maka di jelaskan disini secara ringkas.

Talak maksudnya adalah pemutusan tali perkawinan. Talak merupakan sesuatu yang disyariatkan. Dan yang menjadi dasarnya adalah Al-Quran dan al-Hadis serta ijmak.

Sebelum berlaku talak perlu dijalankan kaunsling dan perbincangan secara baik terlebih dahulu, sekiranya sudah tidak ada penyelesaian secara makruf dan masing-masing sudah tidak ada persefahaman masa ketika ini talak adalah jalan sebaik-baiknya.

Orang yang memerhatikan hukum-hukum yang terkandung dalam masalah talak akan merasai bahawa perhatian Islam terhadap institusi rumah tangga dan keinginan Islam demi kekalnya hubungan baik antara suami isteri. Sebab itu, apabila Islam membolehkan talak, ia tidak menjadikan kesempatan menjatuhkan talak hanya sekali yang kemudian hubungan kedua suami isteri terputus begitu saja selama-lamanya, tidak demikian, namun memberlakukannya sampai beberapa kali.
Allah SWT berfirman, ”Talak (yang dapat di rujuki) dua kali. Setelah itu boleh rujuk lagi dengan  orang yang makruf atau menceraikan dengan cara yang baik.”  (Surah Al-Baqarah ayat 229).

Apabila seorang laki-laki mentalak isterinya, talak pertama atau talak  kedua, maka ia tidak berhak baginya untuk mengusir isterinya dari rumahnya sebelum berakhir masa idahnya, bahkan pihak isteri tidak boleh keluar dari rumah tanpa izin dari suaminya.

Hal itu disebabkan Islam sangat menginginkan segera hilangnya perasaan marah yang boleh menyalakan api perceraian. Kemudian Islam menganjurkan agar kehidupan harmonis rumah tangga, boleh  segera pulih kembali seperti semula, dan inilah yang disebutkan Rabb kita dalam firman-Nya,  ”Hai Nabi jika kamu menceraikan isteri-isterimu, maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar) dan hitunglah waktu iddah itu serta bertakwalah kepada Allah Rabbmu. Janganlah kamu keluarkan mereka dari rumah mereka dan janganlah mereka (di izinkan) keluar kecuali kalau melakukan perbuatan keji yang terang. Itulah hukum-hukum Allah dan barang siapa yang melanggar hukum-hukum Allah, maka sesungguhnya dia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui barang kali Allah mengadakan sesudah itu suatu hal yang baru.” (Surah Ath-Thalaq ayat 1)

Setelah bercerai dalam tempoh idah berkemungkinan pihak suami menyesal atas keputusan mentalak isterinya, dan Allah Ta’ala menjadikan di dalam kalbunya keinginan kuat untuk rujuk (kembali) kepadanya sehingga yang demikian lebih mudah dan lebih sesuai untuk proses rujuk.

Jenis-jenis Talak

Talak jika dilihat dari segi lafaz terbagi kepada dua iaitu :

1. Talak Sarih (yang dinyatakan secara tegas)

2. Talak Kinayah (dengan sindiran).

Huraiannya :

1. Talak Sarih (yang dinyatakan secara tegas) ialah talak yang difahami dari makna perkataan ketika diucapkan, dan tidak mengandung kemungkinan makna yang lain.

Contohnya, ”Aku ceraikan engkau dengan talak satu"

Dengan ucapan di atas maka  jatuhlah talak, baik bergurau, main-main ataupun tanpa niat.

Kesimpulan ini didasarkan pada hadis dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi SAW, baginda bersabda, ”Ada tiga hal  yang sungguh-sungguh, jadi serius dan gurauannya jadi serius (juga) : nikah, talak, dan rujuk.” (Hadis Hasan: Irwa-ul Ghalil no:1826 dan Tirmidzi II:328 no:1195).

2. Talak Kinayah, ialah  talak yang dinyatakan secara sindiran.

Contohnya : ”Hendaklah engkau kembali kepada keluargamu" dan yang lain-lain cara.

Talak seperti diatas  maka tidak akan terjadi talak, kecuali diiringi dengan niat. Jadi apabila pihak suami menyertai ucapan itu dengan niat talak maka jatuhlah talak; dan jika tidak maka tidak terjadi talak.

Dari Aisyah r.a. berkata, Tatkala puteri al-Jaun menikah dengan Rasulullah SAW dan beliau (kemudian) mendekatinya, ia mengatakan, ”’Auudzubillahi minka (aku berlindung kepada Allah darimu). Maka kemudian baginda bersabda kepadanya, ”Sungguh engkau telah berlindung kepada Zat  Yang Maha Agung, kerana itu hendaklah engkau bergabung dengan keluargamu.” (Hadis Sahih Riwayat Nasa’i no:3199, Fathul Bari IX:356 no:5254, Nasa’i VI:150).

Dari Ka’ab bin Malik r.a., ketika ia dan dua rakannya tidak bicara  oleh Nabi SAW, kerana mereka tidak ikut bersama baginda pada waktu perang Tabuk, bahawa Rasulullah SAW pernah mengirim utusan menemui Ka’ab (agar menyampaikan pesan baginda kepadanya), ’Hendaklah engkau menjauhi isterimu!” Kemudian Ka’ab bertanya, ”Saya harus mentalaknya, ataukah apa yang harus aku lakukan?” Jawab Beliau, ”Sekedar menjauhinya, jangan sekali-kali engkau mendekatinya.” Kemudian Ka’ab berkata, kepada isterinya, ”Kembalilah engkau kepada keluargamu.” (Muttafaqun ’alaih: Fathul Bari III: 113 no:4418, Muslim IV:1120 no:2769, ’Aunul Ma’bud VI:285 no:2187 dan Nasa’i VI:152). (Perkataan Ka'ab ini bukan bermaksud menceraikan isterinya.)

Talak Munajazah dan Talak Mu'allaq.

Kedudukan talak adakalanya berbentuk Munajazah (terjadi pada masa itu juga)  dan adakalanya berbentuk Mu’allaqah.( terjadi tidak pada masa itu).

Talak Munajazah ialah pernyataan talak yang sejak dikeluarkannya pernyataan tersebut pengucap bermaksud untuk mentalak, sehingga ketika itu juga jatuhlah talak.

Contohnya: ia berkata kepada isterinya : "Engkau tertalak".

Hukum Talak Munajazah ini terjadi pada masa itu juga, ketika diucapkan oleh orang yang bersangkutan dan tepat sasarannya.

Talak Mu’allaq, iaitu seorang suami menjadikan jatuhnya talak bergantung pada syarat. Contohnya, ia berkata kepada isterinya: "Jika engkau pergi ke tempat itu, maka engkau ditalak."

Hukum Talak Mu’allaq ini apabila dia bermaksud hendak menjatuhkan talak ketika terpenuhinya syarat. Maka jatuh talaknya sebagaimana yang diinginkannya.

Talak cara taklik :

Cerai taklik bermaksud perceraian yang berlaku kerana suami telah bertaklik. Taklik ialah perkataan Arab yang memberi maksud (dalam bahasa Melayu) bergantung, tergantung atau bergantungan. Biasanya diterjemahkan sebagai cerai bersyarat. Manakala daripada segi Istilahnya, ialah perceraian yang berlaku kerana suami telah melafazkan talak atau cerai ke atas isteri dengan syarat-syarat atau peristiwa yang tertentu. Seperti kata suami “apabila saya meninggalkan isteri selama empat bulan tanpa nafkah, dan isteri telah mengadu kepada hakim syarie serta telah membuat bayaran RM1 bagi pihak diri saya, maka jika sabit kesalahan, pada masa itu jatuhlah satu talak khalie”. 

Fasakh :

Fasakh ertinya menurut bahasa ialah rosak atau putus. Manakala menurut syarak pula, pembatalan nikah disebabkan oleh sesuatu sifat yang dibenarkan syarak, misalnya, perkahwinan suami isteri yang difasakhkan oleh kadi disebabkan oleh suaminya tidak mempu memberi nafkah kepada isterinya.

Fasakh tidak boleh mengurangkan bilangan talaknya. Fasakh hanya boleh dituntut oleh isteri sekiranya terdapat beberapa sebab atau kecacatan yang terdapat pada pihak suaminya.

Mengikut mazhab Shafie, seorang isteri boleh menuntut Fasakh melalui kadi atau mahkamah disebabkan oleh :
1. Kekurangan suaminya seperti gila (berkekalan atau sekejab);
2. Penyakit kusta;
3. Penyakit sopak;
4. Penyakit yang menghalang mereka daripada melakukan persetubuhan;
5. Suami tidak mampu memberi nafkah belanja kepada isterinya seperti makan dan minum serta tempat tinggal, pakaian,
6. Tidak memberi mahar dengan cara tunai sebelum bersetubuh kerana kepapaan atau muflis atau sebagainya;
7. Suami tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan isterinya terlalu lama dan tidak memberi khabar berita;
8. Suami yang menzalimi dan memudaratkan isterinya;
9. Suami yang fasik serta melakukan maksiat terhadap Allah dan tidak menunaikan kewajipan kepada Allah; dan
10.Suami dijatuhkan hukuman penjara disebabkan kesalahan jenayah.
11. Murtad salah seorang (suami atau isteri).

Pembahasan Talak Raj'i dan Talak Ba’in

1. Talak Raj'i (rujuk)

Talak Raj'i adalah talak di mana suami boleh merujuk kembali isteri yang diceraikannya itu dan diletakkan kembali di bawah jagaannya selama iddah masih belum tamat. Ini boleh dilakukan dengan niat dan keinginan yang semata-mata untuk merujuk kembali kepada isterinya.

2. Talak Ba'in (nyata)

Talak Ba'in adalah talak di mana suami tidak lagi dapat merujuk kembali akan isterinya atau dengan erti kata yang lain talak yang memisahkan sama sekali isteri dari suaminya. Talak Ba'in pula dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Ba'in Sughra dan Ba'in Kubra.

i. Talak Ba'in Sughra

Talak Ba'in Sughra adalah talak yang kurang dari 3 kali. Maksudnya bila seseoranq suami menjatuhkan talak kali yang pertama (1) atau kali yang kedua (2) ke atas isterinya kemudian si suami tidak pula merujuk kembali akan isterinya itu sehinggalah tamat tempoh iddah, maka dengan sendirinya talak ini jatuh menjadi Talak Ba'in Sughra. Suami masih boleh berkahwin semula dengan bekas isterinya yang ditalak itu tetapi dengan syarat mestilah diakad nikahkan yang baru serta membayar mahar kahwin dan memenuhi syarat-syarat dan rukun perkahwinan.

 ii. Talak Ba'in Kubra

Talak Ba'in Kubra adalah talak yang kali ke tiga (3) dijatuhkan oleh suami ke atas isterinya. Dengan jatuhnya talak kali ke tiga ini, maka terpisahlah seorang isteri dari suaminya sama sekali. Pasangan yang bercerai pada bilangan talak yang ke tiga tidak lagi boleh dirujuk atau untuk berkahwin semula sehinggalah bekas isteri itu berkahwin dengan lelaki lain dan disetubuhinya. Selepas itu wanita ini bercerai semula dengan suami keduanya maka dengan cara ini suami yang pertama bolehlah berkahwin semula dengan bekas isterinya itu.

Sahabat yang dikasihi,
Untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat perlulah suami isteri memahami tanggungjawab masing-masing. Perkahwinan yang sebenarnya bukan setakat perkahwinan yang sementara di dunia ini tetapi perkahwinan ini akan berpanjangan di syurga nanti apabila masing-masing layak memasuki syurga Allah SWT. Di syurga nanti akan dipertemukan kembali semua ahli keluarga suami, isteri ,anak-anak cucu-cicit dan lain-lain lagi, yang dekat dan jauh.

Nilai sebenar yang perlu kalian letakkan sebelum berpisah dengan pasangan kalian (bercerai) jika terpaksa berpisah adalah nilai Allah SWT, nila agama dan nilai dosa dan pahala. Jangan letakkan nilai harta, rupa paras, pangkat dan kedudukan kerjaya. Jika bersama boleh menjauhkan kalian daripada rahmat Allah dan menjauhkan daripada syurga lebih baik berpisah daripada menaggung dosa. Pertemuan dan perpisahan adalah resam kehidupan duniawi pilihlah yang terbaik untuk masa hadapan kalian di akhirat bukannya di dunia yang serba fana yang tidak akan kekal.

Orang Mukmin Sentiasa Berdoa dan Memohon Pertolongan Allah SWT Dalam Semua Urusan

Ű§Ù„ŰłَّÙ„Ű§َمُ Űčَلَيْكُم

Űłْمِ Ű§Ù„Ù„Ù‡ِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ْمنِ Ű§Ù„Ű±َّŰ­ِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad  SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Di dalam satu hadis qudsi riwayat Muslim bagaimana Allah SWT menjelaskan kekuasaan dan keagungan-Nya dan meminta manusia supaya berserah diri hanya kepada-Nya dan sentiasa bertawakal dan meminta apa sahaja hajat yang diperlukan dan Dia sentiasa bersedia mengkabulkan segala doa dan permohonan hamba-hamba-Nya ketika di dunia ini.

Dari Abi Dzarr Al-Ghoffari r.a. dari Nabi SAW  yang diriwayatkan dari Allah Azza wajalla: Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah berfirman maksudnya :

"Hai hamba-Ku! Sesungguhnya Aku haramkan perilaku zalim atas diri-Ku dan Aku jadikan di antaramu haram maka janganlah kamu saling menzalimi.

Hai hamba-Ku! Kamu semua sesat kecuali orang yang telah Kami beri petunjuk maka hendaklah minta petunjuk kepada-Ku, pasti Aku beri petunjuk.

Hai hamba-Ku! Kamu semuanya lapar kecuali yang telah Aku beri makan, hendaklah kamu minta makan kepada-Ku, pasti Aku memberi makan padamu.

Hai hamba-Ku! Kamu semua telanjang kecuali yang telah Aku beri pakaian, hendaklah kamu minta pakaian kepada-Ku, pasti Aku memberi pakaian padamu.

Hai hamba-Ku! Sungguh kalian lakukan kesalahan siang dan malam dan Aku mengampuni dosa-dosa itu semua maka mintalah ampun kepada-Ku, pasti Aku akan mengampuni kalian.

Hai hamba-Ku! Sungguh kalian tidak dapat membinasakan Aku dan kalian tidak dapat memberi manfaat kepada-Ku.

Hai hamba-Ku! Jika orang terdahulu dan orang yang terakhir daripadamu, manusia dan jin semuanya, mereka itu berhati takwa seperti paling takwa diantaramu, hal itu tidak akan menambah kerajaan-Ku sedikit juga.

Hai hamba-Ku! Jika yang pertama dan terakhir daripadamu, manusia dan jin seluruhnya, mereka berhati jahat seperti paling jahat diantaramu, itu tidak akan mengurangi kerajaan-Ku sedikitpun.

Hai hamba-Ku! Jika orang terdahulu dan terakhir diantaramu, manusia dan jin semuanya, mereka berada di bumi yang satu, mereka meminta kepada-Ku maka Aku berikan setiap orang permintaannya, hal itu tidaklah mengurangi apa yang ada pada-Ku, melainkan seperti sebatang jarum dimasukkan ke laut.

Hai hamba-Ku Sungguh itu semua amal perbuatanmu. Aku catat semuanya bagimu sekalian kemudian Kami membalasnya.

Maka barangsiapa mendapat kebaikan hendaklah bersyukur kepada Allah dan barangsiapa mendapat selain itu maka janganlah ia menyalahkan kecuali dirinya sendiri."

(Hadis Riwayat Muslim no. 117)

Huraiannya :

Berdasarkan hadis tersebut terdapat 10 perkara yang dijelaskan oleh Allah SWT untuk kita patuhi semua arahan-arahan-Nya dan mintalah apa sahaja keperluan dan hajat-hajat kita nescaya semuanya akan dimakbulkan-Nya

Pertama : Hai hamba-Ku! Sesungguhnya Aku haramkan perilaku zalim atas diri-Ku dan Aku jadikan di antaramu haram maka janganlah kamu saling menzalimi.

Manusia tidak boleh menzalimi sesama manusia kerana balasan orang yang zalim ketika di dunia adalah neraka Jahanam.

Rasulullah SAW  bersabda maksudnya : "Neraka berdebat dengan syurga, neraka berkata: 'Aku akan dimasuki oleh orang yang zalim dan takbur (sombong) '. Syurga pula berkata: 'Aku akan dimasuki oleh orang yang lemah dan miskin'. Maka Allah Azza Wa Jalla berfirman kepada neraka: 'Kamu adalah seksaan-Ku. Aku akan menyeksa siapa saja yang Aku kehendaki melaluimu'. Allah berfirman: 'Aku gunakan kamu untuk menimpakan bencana terhadap siapa saja yang Aku kehendaki'. Allah berfirman pula kepada syurga: 'Kamu adalah rahmat-Ku. Aku akan berikan rahmat Ku melalui kamu kepada siapa saja yang Aku kehendaki. Kedua-dua dari kamu Aku akan diisi hingga penuh'."

Kedua : Hai hamba-Ku! Kamu semua sesat kecuali orang yang telah Kami beri petunjuk maka hendaklah minta petunjuk kepada-Ku, pasti Aku beri petunjuk.

Manusia sentiasa berada di dalam kesesatan kerana dorongan hawa nafsu dan bisikan syaitan maka kalian perlulah kembali beriman kepada Allah SWT dan kembali kepada ajaran Islam, cari dan mohonlah petunjuk daripada Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Orang-orang Yahudi berpecah menjadi 71 golongan, satu masuk syurga dan 70 dalam neraka. Orang-orang Nasrani juga berpecah menjadi 72 golongan, 71 dalam neraka dan satu masuk ke syurga. Dan demi jiwa Muhammad yang ada dalam kekuasaanNya sesungguhnya ummatku akan berpecah menjadi 73 golongan , satu masuk syurga dan 72 masuk dalam neraka. Rasulullah ditanya: Siapakah mereka (yang masuk syurga itu)?, Baginda menjawab : "Al Jama'ah". (Hadis Riwayat Ibnu Majah, no. 3994)

Berdasarkan hadis di atas jelaslah kepada kita bahawa daripada 73 golongan umat Islam hanya 1 golongan sahaja yang akan  masuk syurga sedangkan 72 golongan yang lain sesat dan akan masuk neraka. Oleh itu kita mohonlah kepada Allah SWT supaya diberi-Nya taufik dan hidayah (petunjuk) supaya Dia menyelamatkan kita daripada kesesatan.

Ketiga : Hai hamba-Ku! Kamu semuanya lapar kecuali yang telah Aku beri makan, hendaklah kamu minta makan kepada-Ku, pasti Aku memberi makan padamu.

Kebanyakan kita apabila merasa lapar tidak pernah terlintas untuk meminta kepada Allah SWT, kita banyak bergantung kepada wang yang ada dalam simpanan poket kita dan kita merasakan seolah-olah kedai makan yang menjual makanan itu adalah tempat kita menghilangkan lapar, sikap seperti ini kurang bertawakal dan pergantungan kepada Allah SWT.

Hasil daripada kurang bertawakal dan berdoa dan banyak bergantung kepada makhluk maka makanan yang kita makan tidak membawa keberkatan dan akan membawa banyak penyakit. Sekarang kita ubah tabiat kebiasaan , bila lapar mintalah kepada Tuhan supaya kita dijauhi daripada makanan yang haram dan syubahat. Bukankah Allah SWT yang menciptakan makanan dan minuman dan diri kita sendiri maka akan terbina hubungan hati kita dengan Allah SWT. Ini juga zikir kepada Allah SWT, kita ingat Dia apabila berhajat sesuatu.

Keempat :Hai hamba-Ku! Kamu semua telanjang kecuali yang telah Aku beri pakaian, hendaklah kamu minta pakaian kepada-Ku, pasti Aku memberi pakaian padamu.

Adakah pernah berlaku dalam hidup kita apabila kita hendak baju kita meminta kepada Allah SWT? Haikkat sebenarnya kita perlu meminta kepada Allah SWT supaya pakaian yang kita pakai tidak melanggar syariat Islam dan menutup aurat. Kenapa ramai dikalangan muslimah masih belum lagi berkeinginan untuk menutup aurat dan yang menutup aurat pula tidak sempurna pemakaian tudungnya?. Oleh itu mintalah pakaian kepada Allah SWT supaya pakian kita sesuai dan sempurna menutup aurat seperti kehendak Allah SWT.

Kelima : Hai hamba-Ku! Sungguh kalian lakukan kesalahan siang dan malam dan Aku mengampuni dosa-dosa itu semua maka mintalah ampun kepada-Ku, pasti Aku akan mengampuni kalian.
Terdapat banyak ayat-ayat Al-Quran, yang menyebutkan bahawa taubat itu berfungsi sebagai pengecualian dari ancaman azab yang akan diberikan kepada orang-orang yang melakukan kesalahan.

Firman Allah SWT. yang bermaksud :
“kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan masuk Syurga dan tidak dianiaya (dirugikan) sedikitpun.” (Surah Maryam ayat 60)

Sabda Nabi SAW. yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah membuka tangan selebar-lebarnya pada waktu siang untuk menerima taubat mereka yang melakukan dosa pada waktu malam, dan membuka tangan selebar-lebarnya pada waktu malam untuk menerima taubat mereka yang melakukan dosa pada waktu siang. Hal ini berkekalan sehinggalah matahari terbit dari sebelah barat." (Hadis Riwayat Muslim)

Keenam : Hai hamba-Ku! Sungguh kalian tidak dapat membinasakan Aku dan kalian tidak dapat memberi manfaat kepada-Ku.

Sesungguhnya Allah SWT memiliki sifat-sifat kesempurnaan. Dia tidak berhajat langsung daripada hamba-hamba-Nya. Kebaikan dan kejahatan yang kalian lakukan adalah untuk diri kalian sendiri tidak akan menjejaskan keagungan Allah SWT.

Ketujuh : Jika orang terdahulu dan orang yang terakhir daripadamu, manusia dan jin semuanya, mereka itu berhati takwa seperti paling takwa diantaramu, hal itu tidak akan menambah kerajaan-Ku sedikit juga.

Sifat takwa adalah sifat yang mulia, semakin tinggi seseorang takwanya kepada Allah SWT maka semakin mulia dia disisi Allah SWT. Takwa manusia seluruhnya tidak akan menambahkan kemuliaan kerajaan Allah SWT. tetapi ia menambahkan kemuliaan kepada diri manusia sendiri.

Ketujuh : Jika yang pertama dan terakhir daripadamu, manusia dan jin seluruhnya, mereka berhati jahat seperti paling jahat diantaramu, itu tidak akan mengurangi kerajaan-Ku sedikitpun.

Berlawanan daripada sifat takwa adalah sifat fujur (jahat) . Jika sifat ini dimiliki oleh semua manusia dan jin maka ianya tidak akan mencacatkan kemuliaan kerajaan Allah SWT. Malah sifat mazmumah ini akan mendatangkan mudarat kepada diri manusia sendiri jika tidak dibuangkan dan digantikan dengan sifat takwa.

Kelapan : Hai hamba-Ku! Jika orang terdahulu dan terakhir diantaramu, manusia dan jin semuanya, mereka berada di bumi yang satu, mereka meminta kepada-Ku maka Aku berikan setiap orang permintaannya, hal itu tidaklah mengurangi apa yang ada pada-Ku, melainkan seperti sebatang jarum dimasukkan ke laut.

Betapa banyaknya nikmat dan rahmat Allah SWT kepada seluruh makhluknya termasuk kepada jin dan manusia. Firman Allah SWT maksudnya "Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.
(Surah al-Kahfi ayat 109)

Kesembilan : Hai hamba-Ku Sungguh itu semua amal perbuatanmu. Aku catat semuanya bagimu sekalian kemudian Kami membalasnya.

Firman Allah SWT maksudnya "Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarrah, nescaya dia akan melihat (balasannya). Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasannya)" (Surah az-Zalzalah ayat 7-8)

Dalam ayat yang lain firman Allah SWT maksudnya : "Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia." (Surah Ar-Ra'd ayat 11)

Kesepuluh : Maka barangsiapa mendapat kebaikan hendaklah bersyukur kepada Allah dan barangsiapa mendapat selain itu maka janganlah ia menyalahkan kecuali dirinya sendiri.

Segala kebaikan itu adalah datangnya daripada Allah SWT dan hendaklah manusia bersyukur kepada nikmat dan kurniaan daripada-Nya. Jika berlaku musibah atau bala maka bersabarlah ini adalah sifat terpuji.

Allah berfirman bermaksud: “ Maka ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingatimu dan syukurlah atas nikmat- Ku dan janganlah sekali2 kamu kufuri nikmat Ku. ” (Surah al-Baqarah, ayat 152).

Sahabat yang dimuliakan,
Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantungkanlah diri kalian hanya kepada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadikanlah diri kalian gembira kerana Allah. Ketika orang lain bahagia dengan kekasih-kekasih mereka, jadikan diri kalian rasa bahagia dengan Allah. Dan ketika orang-orang lain pergi menghadap raja-raja dan pemimpin-pemimpin mereka untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadikan dirimu betul-betul mencintai Allah.

Rasulullah SAW mengajarkan  untuk kita berdoa:

"‘Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tidak ada Tuhan kecuali Engkau. Engkau telah menciptakan diriku, sedangkan aku adalah hamba-Mu dan aku berada di atas perjanjian-Mu sebatas kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan perbuatanku. Aku mengakui nikmat yang Engkau limpahkan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku, maka ampunilah aku, karena tidak ada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.”(Hadis riwayat Bukhari)