Sahabat yang dirahmati Allah,
Setelah Malaikat Israfil a.s. meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa Padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.
Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib dan masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Sahabat yang dimuliakan,
Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a menghadap Rasulullah s.a.w dan bertanya:
"WahaiRasulullah, tolong uraikan kepadaku mengenai firman Allah s.w.t. :
'Pada saat sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris"
(Surah Naba' ayat 18)
Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.
Lalu baginda menjawab : "Wahai Muaz, engkau telah bertanya kepadaku, perkara yang amat besar, bahwa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris . Maka dinyatakan apakah12 barisan tersebut :
BARISAN PERTAMA
Digiring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati tetangganya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka..."
BARISAN KEDUA
Digiring dari kubur berbentuk babi hutan. Suara dari sisi Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meninggalkan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka..."
BARISAN KETIGA
Merekaberbentuk keledai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka..."
BARISAN KEEMPAT
Digiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancuran keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli"
BARISAN KELIMA
Digiring dari kubur dengan bau busuk dari bangkai. Ketika itu Allah s.w.t. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan durhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula merasa takut kepada Allah s.w.t. , maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka..."
BARISAN KEENAM
Digiringdari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Merekaadalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka..."
BARISAN KETUJUH
Digiringdari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka..."
BARISAN KEDELAPAN
Digiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas."Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka..."
BARISAN KESEMBILAN
Digiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka..."
BARISAN KESEPULUH
Digiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang durhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka..."
BARISAN KESEBELAS
Digiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran."Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Neraka..."
BARISAN KEDUA BELAS
Mereka digiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang berama saleh dan banyak berbuat baik.
Mereka menjauhi perbuatan durhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah Syurga, mendapat ampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih."
Sahabat yang dirahmati Allah,
Marilah sama-sama kita muhasabah diri kita, kedudukan kita sekarang ini berada dibarisan mana? Adakah kita berada disalah satu dari barisan pertama hingga ke dua belas? Jika kita berada di barisan pertama hingga ke sebelas adalah amat malang sekali kerana mereka yang berada dibarisan ini akan dihumbankan kedalam Neraka kerana dosa dan kesalahan mereka ketika di dunia dan mereka tak sempat hendak bertaubat.
Jika kita berada dibarisan ke dua belas alhamdulillah kerana barisan ini sahaja akan terselamat daripada azab Allah s.w.t. dan kita akan dihisab dengan mudah dan akan meniti sirat seperti kilat dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Marilah sama-sama kita muhasabah diri kita, kedudukan kita sekarang ini berada dibarisan mana? Adakah kita berada disalah satu dari barisan pertama hingga ke dua belas? Jika kita berada di barisan pertama hingga ke sebelas adalah amat malang sekali kerana mereka yang berada dibarisan ini akan dihumbankan kedalam Neraka kerana dosa dan kesalahan mereka ketika di dunia dan mereka tak sempat hendak bertaubat.
Jika kita berada dibarisan ke dua belas alhamdulillah kerana barisan ini sahaja akan terselamat daripada azab Allah s.w.t. dan kita akan dihisab dengan mudah dan akan meniti sirat seperti kilat dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Marilah sama-sama kita beristighfar, bertaubat dan berdo'a kepada Allah s.w.t semoga kita terpilih menjadi hamba Allah yang dirahmati dan diredhai, di ampunkan dosa-dosa kita dan dimasukkan kedalam barisan ke dua belas yang terselamat daripada siksaan api Neraka.
No comments:
Post a Comment