Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud , "Maafkanlah kesalahan orang yang murah hati (dermawan).Sesungguhnya Allah melihat tangannya jika dia terjatuh.Seorang pemurah hati dekat kepada Allah,dekat kepada manusia dan dekat kepada Syurga.Seorang yang bodoh tapi murah hati (dermawan) lebih di sukai Allah daripada seorang alim (tekun beribadah) tapi bakhil"
(HadisRawahul at Tabrani)
Muhammad bin Yahya tergolong seorang yang kaya, tetapi kedekut. Kedekutnya telah mencapai tahap yang maksima iaitu kedekut yang agak luar biasa sehingga teman-temanya ramai membuat bidalan mengenainya.
Suatu hari seorang lelaki melihat seorang kaum kerabat Muhammad bin Yahya memakai baju yang sudah lusuh dan bertampal."Apakah Muhammad bin Yahya tidak mahu memberimu pakaian barang sehelai apabila melihat keadaanmu seperti ini?''tanya lelaki itu kepada kenalan Muhammad bin Yahya.
"Engkau senang saja bercakap seperti ini. Demi Allah sekiranya dia mempunyai rumah dari Baghdad hingga ke Naubah (negeri Sudan) yang di penuhi dengan jarum,kemudian datang Nabi Yakkub bersama para Nabi lainya dan juga para malaikat merayu kepada Muhammad bin Yahya agar sudi meminjam sebatang jarum kepada Nabi Yakkub untuk menjahit baju Nabi Yusuf yang di katakan koyak di belakangnya akibat di tarik oleh Zulaikha, nescaya Muhammad bin Yahya tidak mahu memberinya pinjam. Bagaimana dia akan memberi saya sehelai pakaian secara percuma?Mustahil''
Seseorang yang pernah bertanya kepada seorang jiran Muhammad bin Yahya;"Apakah ada orang-orang tertentu menghadiri hidangan Muhammad bin Yahya?''
"Ada''jawab jiran itu.
''Siapa?''tanya orang itu lagi.
''Para malaikat pencatat amal" .jawabnya.
"Oh....kalau begitu tidak ada orang yang menumpang makan di rumah dia''.
''Ada,bahkan ramai.''jawab jiran Muhammad.
"Siapa mereka?"
"Ya,lalat-lalat itu.''jawabnya lagi.
Imam Ghazali menceritakan pula bahawa seseorang telah bertamu ke rumah temanya yang terkenal bakhil.Sehingga berjam-jam dia bertamu, tapi tidak di hidangkan apa-apa makanan, akibatnya si tetamu merasa lapar.Tiba-tiba si tuan rumah mengambil gitar dan bertanya kepada tetamunya "lagu apa yang engkau inginkan?''
"Lagu daging goreng".jawab tetamunya.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud, "Tidak akan berkumpul dalam hati seorang hamba bersifat bakhil dan keimanan"
Wahai sahabatku,
Ramadhan mula membuka tabirnya, bermulalah satu episod perjuangan diri menahan pelbagai anasir yang dapat mengurangkan segala pahala yang tersedia ada.Berhati-hatilah sahabat dari sekadar mendapat lapar dahaga sahaja kerana kegagalan kita membenteras gejala perosak amal puasa kita.Bagi ibu-ibu tentu telah terfikir apakah juadah istimewa yg bakal terhidang untuk berbuka hari ini....pesanan ...jika memasak juadah tu ingatlah jiran terhampir apa salahya berkongsi rasa walau sedikit,inilah jalan yg termudah untuk bersedekah.Jika bersedekah, jangan mengharap balasan pula....lakukan dengan ikhlas mudah-mudahan dengan pemberian kita itu membuat mereka gembira...dan rezeki kita pun beroleh keberkatan.

Semoga bukan bulan Ramadhan sahaja kita berpusu-pusu membuat amal sedekah dan segala amal yg baik tetapi hendaklah kita teruskan menjadi budaya diri kita...serta menjadi contoh kepada anak-anak kita agar mengamalkan sikap suka bersedekah.Amanat pesanan ini juga saya tujukan kepada diri saya sendiri agar tidak terleka bila duduk di atas kesenangan pada orang yang di bawah dalam kesedihan.
~~SALAM RAMADHAN~SALAM AMAL - NUR HUSRAH ~

No comments:
Post a Comment