Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Dari Abu Said Al-Khudri ra dari Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : ”Sesungguhnya dunia itu manis dan lazat, dan sesungguhnya Allah menitipkannya padamu, kemudian melihat bagaimana kamu menggunakannya. Maka hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita, kerana fitnah pertama yang menimpa bani Israil disebabkan wanita”
(Hadis Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadis diatas Nabi S.A.W. mengingatkan kita bahawa terdapat dua perkara di dunia ini perlu kepada berhati-hati dan waspada iaitu terhadap keseronokan dunia dan fitnah terhadap wanita. Huraiannya adalah seperti berikut :
Pertama : Keseronokan Dunia.
Di dalam dunia terdapat segala perhiasannya. Rumah yang dibina tersergam indah dengan perabut dan perhiasannya, kerderaan-kenderaan mewah, saham-saham pelaburan, ladang-ladang pertanian yang luas, binatang-binatang ternakan, kilang-kilang perusahaan yang mengeluarkan produk untuk kemudahan manusia, keseronokan mempunyai anak-anak yang berjaya dalam kerjaya, isteri-isteri yang sentiasa berhias dan sebagainya jika semua kenikmatan ini menyebabkan kita lupa kepada Allah S.W.T. dan tanggungjawab terhadap-Nya, tidak mahu berdakwah dan berjihad dijalan-Nya maka sebenarnya kita telah terpengaruh dengan dunia ini dan amaran ini telah diberikan oleh Allah S.W.T.
Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Katakanlah: 'Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan Nya". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. " (Surah at-Taubah ayat 24)
Ayat ini menjelaskan tentang fokas cinta dan kasih kita kepada Allah dan Rasul-Nya semata-mata. Jangan sekali-kali semua yang disebut di atas boleh mengalihkan cinta kita kepada Allah dan Rasul, juga jangan sekali-kali semua itu menjadi punca kita leka serta lalai dari mematuhi perintah Allah dan Rasul-Nya. Bukan bermaksud kita perlu buang kasih kita kepada semua itu, tetapi yang dimaksudkan ialah jangan kita lebih mengasihi semua itu dari Allah, Rasul-Nya dan berjuang ke jalan Allah.
Kerana semua itu akan boleh menjauhkan kita dari Allah, Rasul-Nya dan jihad di jalan-Nya. Kita mungkin akan meninggalkan sembahyang kerana sibuk melayani kerenah anak isteri atau suami, kita mungkin lupa beramal dan mengikut ajaran Rasulullah S.A.W. , apabila kita mula leka dengan komitment-komitment yang lain, dan kita mungkin akan lupa dengan tugasan jihad, iaitu berjuang di jalan Allah, kerana leka dengan urusan perniagaan serta leka menguruskan harta benda dunia, sehingga kita tidak mahu mengeluarkan sumbangan kepada jihad fi sabillah.
Dalam ayat yang lain Allah S.W.T. berfirman maksudnya : "Wahai orang orang yang beriman , sesungguhnya di antara isteri-isteri dan anak anakmu, ada yang menjadi musuhmu , kerana itu berhati-hatilah teradap mereka. Namun jika kamu maafkan, kamu santuni, dan kamu ampuni kesalahan mereka, maka Allah Maha Pengampun dan Panyayang. Sesungguhnya cinta terhadap harta dan anak-anakmu adalah cubaan belaka. Padahal disisi Allah ada pahala yang lebih besar dari itu. (Surah at-Tagabun ayat 14-15)
Alllah S.W.T. menjadikan kehidupan manusia di atas dunia ini dan dibekalkan bagi mereka segala keperluan untuk hidup didunia. Keperluan asasi bagi manusia semuanya sama, sama beriman atau sebaliknya. Itulah sifat pemurah Allah S.W.T.
Firman AllahS.W.T.
ÙÙَ ۧÙَّŰ°ِÙ ŰźَÙَÙَ ÙَÙُÙ ْ Ù َۧ ÙِÙ Ű§ÙŰŁَ۱ْ۶ِ ŰŹَÙ ِÙŰčًۧ
Maksudnya; "Dialah Tuhan yang menjadikan bagi kamu semua perkara yang ada di bumi."
Sebagaimana yang telah dibincangkan Allah S.W.T. menjadikan kehidupan ini dan semua yang ada padanya sebagai ujian kepada manusia, dan dapat menilai siapakah manusia yang paling baik amalannya. Di akhirat nanti kedudukan manusia ditentukan beradasarkan apa yang mereka lakukan ketika di dunia dan akhir kesudahan kehidupan mereka. Kehidupan didunia hanyalah sementara sahaja.
Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya : "Jadilah engkau di dunia seolah-olah orang berjalan, diwaktu petang engkau tidak menunggu pagi dan apabila diwaktu pagi tidak menunggu petang, perumpamaan aku dan dunia seperti orang musafir duduk berteduh dibawah pokok kemudian bangun dan meninggalkannya."
Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Tapak kaki manusia tidak akan berganjak sehingga ditanya empat perkara; untuk apa badannya digunakan, umurnya untuk apa dihabiskan, hartanya dari mana ia diperolehi dan untuk apa ia dibelanjakan."
Bagaimana menggunakan dunia supaya ia menjadi membawa manfaat diakhirat?
1. Harta yang dimiliki hendaklah digunakan pada perkara yang dibenarkan oleh syarak seperti memberi nafkah kepada orang yang wajib diberi nafakah, haji, umrah, membeli pakaian untuk menutup aurat, menuntut ilmu dan lain-lain. Maka harta tersebut akan membawa ke akhirat. Bukan digunakan untuk perkara maksiat dan sia-sia.
2. Umur yang Allah berikan kepada kita hendaklah digunakan untuk mengabdikan diri kepadaNya dan jangan sekali–kali digunakan untuk melakukan maksiat atau perkara yang sia-sia kerana umur yang diberikan kepada manusia dirahsiakan tempohnya.
3. Amanah pangkat, kekuasaan, kedudukan dan jawatan yang di berikan hendaklah digunakan untuk melaksanakan keadilan, kewajipan dan tanggungjawab dengan sebaiknya. Semua amanah dan tanggungjawab akan dipertanggungjawabkan di kahirat nanti.
4. Anak-anak yang menjadi kembanggaan setiap pasangan suami isteri hendaklah dididik supaya menjadi anak yang soleh supaya ia sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya.
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Bila seorang anak Adam meninggal dunia maka amalnya terputus kecuali tiga hal, 1. Sedekah jariah, 2. Ilmu yang bermanfaat dan
3. Anak soleh yang mendoakan kepada orang tuanya."
(Hadis Riwayat Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa’i dan Ahmad)
5. Menuntut ilmu dengan tujuan untuk menunaikan kewajipan dan menghampirkan diri kepada Allah S.W.T. bukan hanya untuk mendapatkan habuan dunia..
Segala urusan dunia yang dilakukan oleh manusia akan menjadi ibadah dan membawa ke akhirat dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah S.W.T. Orang mukmin akan menggunakan kesempatan hidup di dunia dengan berhati-hati dan tidak mudah dilekakan dan kemanisan dan keseronokannya.
Kedua : Fitnah Terhadap Wanita .
Nabi S.A.W. berpesan berhati-hatilah terhadap wanita, kerana fitnah pertama yang menimpa bani Israil disebabkan wanita. Kenapakah wanita menjadi punca berlakunya fitnah kepada umat nabi-nabi yang terdahulu?
Contoh fitnah wanita berlaku dizaman Nabi Musa a.s. , bagaimana Qarun menggunakan wanita pelacur untuk menjatuhkan maruh Nabi Musa a.s. supaya dia membuat fitnah kepada Nabi Musa a.s. Kerana fitnah tersebut baginda berdoa kepada Allah S.W.T. supaya menimpakan bala kepada Qarun, dengan izin Allah S.W.T. bumi telah membenamkan Qarun dan hartanya keperut bumi dengan perintah baginda.
Nabi Yahya a.s. dibunuh oleh raja yang zalim di zaman baginda, kerana angkara wanita jahat yang mempengaruhi raja supaya membunuh Nabi Yahya a.s. disebabkan tidak puas hati dengan fatwa yang dijatuhkan baginda kepada wanita tersebut.
Islam melarang memandang kepada benda-benda yang haram, seperti seorang wanita memandang kepada lelaki ajnabi dan seorang lelaki memandang kepada wanita. Kerana pandangan mata itu lamanya mungkin cuma satu atau dua saat, namun bekasnya dapat kekal di dalam hati sepanjang hayat!!
Firman Allah yang bermaksud :-
“Dan katakanlah olehmu (Muhammad), kepada orang-orang perempuan yang beriman: Hendaklah mereka itu memejamkan setengah daripada pandangan mata mereka….” (Surah An Nur ayat 31)
Tubuh wanita juga boleh menimbulkan fitnah. Fitnah yang bagaimana? Mempamerkan kecantikan tubuh terutamanya dengan membuka aurat adalah satu fitnah yang pasti. Hal ini akan membawa fitnah bagi setiap lelaki apabila seorang wanita tidak menutup auratnya, apalagi kalau ia memamerkan bentuk tubuhnya yang seharusnya mereka tutupi dan sembunyikan. Apatah lagi dengan ‘trend’ golongan kini yang suka menggayakan busana-busana ‘muslimah’ yang kononnya berpakaian menurut Islam dan berhias berlebih-lebihan (bertabaruj) sehingga menyebabkan lelaki tergoda. Ini juga merupakan suatu fitnah.
Keluar rumah tanpa ada keperluan, atau meninggalkan tanggung jawab rumahtangga merupakan satu fitnah wanita yang timbul dari golongan wanita kini terutamanya yang telah bekerjaya ataupun golongan wanita muda-mudi. Betapa ramai kaum wanita disebabkan mengejar urusan dunia, mereka tinggalkan anak-anak mereka, mereka serahkan urusan anak mereka sepenuhnya kepada pembanturumah sehingga menimbulkan kurang kasih sayang ibu dengan anak-anaknya.
Sabda Rasulullah SAW :”Tidak halal bagi seorang perempuan yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, jika hendak bepergian sejauh perjalanan sehari dan semalam, melainkan jika bersama seorang mahramnya.” (Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Turmudzi dari Abi Hurairah r.a.)
Apa yang lebih teruk lagi apabila wanita ingin dijadikan ‘barang dagangan’ atau dalam bahasa yang lebih lembutnya, inginkan diri mereka dipaparkan di dalam iklan, media massa, majalah, televisyen, suratkhabar, dan sebagainya. Bahkan penilaian terhadap mereka dilakukan secara fizikal sahaja yakni pada luaran.
Bercampurgaul antara lelaki dan perempuan dalam berbagai tempat, baik di dalam lingkungan pekerjaan, pendidikan dan sebagainya, mengakibatkan terjadinya perbuatan maksiat seperti zina, pergaulan bebas, perselingkuhan dan lain sebagainya.
Rasulullah SAW telah bersabda : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka janganlah ia bertemu sendirian di satu tempat dengan seorang wanita yang tidak ada sertanya mahram daripadanya, kerana sesungguhnya yang ketiganya tentu syaitan.” (Hadis Riwayat Ahmad dari Jabir r.a.)
Ramai wanita berlumba-lumba menjadi artis (penyanyi dan pelakon) untuk mendapat glamor dengan pakaian yang mendedahkan aurat, pergaulan bebas dan berhias pada wajah dan berpakaian seksi, ini semuanya adalah tabaruj dan haram dan akan membawa kepada keruntuhan akhlak masyarakat Islam kerana genarasi muda-mudi terbawa-bawa dengan akhlak mereka yang tidak sopan.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Dan janganlah mereka menghentakkan kaki-kaki mereka, agar diketahui barang apa yang tersembunyi daripada perhiasaan-perhiasan mereka.” (Surah An Nur ayat 31)
Aisyah r.a. berkata: “Tidak, demi Allah! Tidak pernah Rasulullah S.A.W. menyentuhkan tangannya dengan tangan seorang perempuan lain, hanya ia membai’at mereka itu dengan percakapan.”(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Turmudzi).
Hal ini sebenarnya merupakan satu propoganda musuh-musuh Islam, musuh-musuh Islam terutama Yahudi dan Nasrani, ingin merosakkan umat Islam melalui wanita. Mereka membuka ‘laluan’ pekerjaan yang hanya untuk wanita, sehingga terjadinya pengangguran di kalangan lelaki, akhirnya timbullah kerosakan. Mereka merosakkan akidah umat Islam melalui wanita dengan menanamkan pelbagai syubhat, diantaranya persamaan taraf lelaki dan wanita dan menentang hukum Islam terutama poligami dan pembahgiaan harta pusaka.
Rasulullah S.A.W. pernah bertanya pada Iblis maksudnya ; “Wahai Iblis bagaimanakah cara kamu bertindak terhadap makhluk Allah?”
Berkata Iblis ; “Ya Nabi Allah, aku dengan makhluk Allah ada beberapa cara dan tektik yang aku gunakan mengikut keperluan semasa seperti berikut ;
Pertama : "Terhadap perempuan-perempuan aku akan naikkan nafsu dan syahwatnya dengan merenggangkan kedua peha kepada lelaki yang bukan suaminya, sehingga setengahnya itu mengeluarkan benih yang salah (menjadi anak zina) yang dikeji oleh Allah.”
Walaupun Iblis akan menggunakan tektik mempengaruhi kaum wanita yang lemah imannya untuk melakukan maksiat tetapi bagi wanita solehah yang bertakwa dan menjaga kehormatan diri dan membawa akhlak Islam perkara godaan tersebut akan dapat di atasi .
Islam meletakkan kemulian kepada wanita solehah dengan menganggap wanita solehah itu adalah sebaik-baik perhiasan dunia. Nabi S.A.W. bersabda yang bermaksud " Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita solehah.
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita berwaspada dan jangan terpedaya dengan kenikmatan dunia yang sementara, kerana benda yang tidak kekal kita jadikan alat sahaja bukan matlamat semasa kita hidup di dunia ini kerana kehidupan yang kekal adalah di hari akhirat. Begitu juga janganlah kita tertipu dengan fitnah wanita yang datang daripada wanita yang lemah imannya sehingga mendorong kita melakukan maksiat kepada Allah S.W.T.
Ingatlah wahai lelaki mukmin! Jika kalian tewas dengan wanita di dunia ini (melakukan maksiat) kalian akan terlepas untuk memiliki bidadari bermata jeli yang disediakan oleh Allah S.W.T. di syurga nanti.

No comments:
Post a Comment