Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Bersabda Rasulullah SAW kepada Abu Hurairah : “Pada hari kiamat kelak, Allah SWT akan turun kepada hamba-Nya untuk memberikan keputusan kepada mereka semua (yakni kita semua umat manusia). Setiap umat itu akan berlutut. Tiga golongan terawal yang akan dipanggil Allah adalah orang alim, orang kaya dan orang yang berperang di jalan Allah (syahid).”
ORANG ALIM
Allah bertanya kepada orang alim itu : “Bukankah Aku telah mengajarkanmu kitab yang telah Aku turunkan kepada Rasul-Ku?”
Orang itu menjawab. “Benar,wahai Tuhan.”
Allah kembali bertanya : ”Apa yang engkau kerjakan dengan ilmu yang kau miliki?”

Orang tersebut menjawab. ”Dengannya aku beribadat kepada-Mu di malam hari dan siang hari”
Malaikat berkata kepadanya. “Engkau berdusta”.
Allah berfirman maksudnya : “Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang alim”.
ORANG KAYA
Kemudian dipanggil orang kaya. Allah berfirman maksudnya : ”Engkau telah Aku beri rezeki sehingga berkeadaan cukup”.
Orang itu menjawab : ”Benar wahai Tuhan”.
Allah kemudian bertanya maksudnya : ”Apa yang telah engkau kerjakan dengan hartamu itu?”
Dia menjawab.”Dengannya aku bersilaturahim dan juga bersedekah.”
Allah berfirman kepadanya maksudnya : “Engkau dusta”.
Malaikat juga berkata begitu. Allah berfirman maksudnya : ”Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang dermawan.”
ORANG YANG TERBUNUH DALAM PEPERANGAN (SYAHID)
Kemudian didatangkan orang yang terbunuh selepas berperang di jalan Allah. Maka Allah berfirman maksudnya : ”Apa yang menyebabkanmu terbunuh?”
Dia menjawab.”Telah diperintahkan kepadaku untuk berjihad di jalan-Mu, maka aku berperang sehingga terbunuh.”
Maka Allah berfirman kepadanya maksudnya : ”Engkau berdusta”
Malaikat juga berkata begitu. Allah SWT berfirman maksudnya : ”Engkau hanya ingin dikatakan bahawa engkau seorang yang berani”.
Kemudian Rasulullah SAW menepuk lututku sambil bersabda : ”Wahai Abu Hurairah, ketiga-tiga orang itu adalah orang-orang yang pertama sekali merasakan seksaan api neraka pada hari kiamat.”
Sahabat yang dimuliakan,

Amalan yang hanya diterima oleh Allah SWT adalah amalan yang ikhlas iaitu amalan yang dilakukan semata-mata untuk mencari keredaan Allah SWT. Sesiapa yang beramal semata-mata mencari pujiaan manusia atau kerana tujuan-tujuan duniawi maka amalan tersebut akan di tolak oleh Allah SWT kerana pelakunya berniat untuk mendapat pujian atau habuan keduniaan.
No comments:
Post a Comment