أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Husnul khatimah adalah kematian yang baik manakala su'ul khatimah pula adalah kematian yang buruk.
Beruntunglah sesiapa yang dipilih oleh Allah SWT mendapat husnul khatimah dan rugi dan malanglah sesiapa yang mendapat su'ul khatimah.
Apakah makna su'ul khatimah? Menurut Imam al-Ghazali dalam Ihya'Ulumiddin su'ul khatimah (kematian yang buruk) itu terdapat dua tingkat. Salah satu lebih besar daripada yang lain.
Pertama (yang lebih besar) : Keadaan hati yang sungguh dahsyat, bahawa hati menjadi keras, ketika sakaratul-maut dan melahirkan huru-hara, adakalanya oleh keraguan dan adakalanya oleh keingkaran. Lalu roh (nyawa) diambil dalam keadaan kerasnya keingkaran atau keraguan. Maka ikatan keingkaran yang mengeraskan hati itu menjadi dinding (hijab) di antaranya dan Allah Ta'ala untuk selama-lamanya. Dengan yang demikian akan terus-menerus mendapat siksaan yang berkekalan.
Kedua : Kurang dari yang pertama tadi, bahawa batinnya keras ketika mati, oleh kecintaan kepada sesuatu dari hal dunia dan keinginan dari keinginan-keinginan dunia. Maka membentuk yang demikian itu dalam batinya dan menenggelamkannya. Sehingga, tidak ada lagi dalam keadaan itu, tempat yang lapang untuk yang lain. Maka apabila nyawa diambil dan seseorang itu dalam keadaan yang demikian, maka tenggelamlah batinnya dengan yang demikian itu, membalikkan kepalanya ke dunia. Dan memalingkan mukanya ke dunia itu.
Manakala muka telah berpaling dari Allah Ta'ala, nescaya terjadilah hijab. Dan manakala telah terjadi hijab, nescaya turunlah azab. Kerana neraka Allah SWT yang menyala-nyala itu, tidak mengambil, selain orang-orang yang terhijab daripada Allah SWT. Adapun orang mukmin yang sejahtera batinya dari kecintaan kepada dunia, yang terarah cita-citanya kepada Allah Ta'ala, maka neraka mengatakan kepadanya: "Lalulah, hai mukmin! Sinarmu telah memadamkan api-baraku".
Sahabat yang dimuliakan,
Ciri-ciri su'ul khatimah adalah mengalami bencana setelah mendapatkan anugerah, mengalami kehinaan setelah kemuliaan, mengalami kemalangan setelah keberuntungan. Di dalam al-Quran, Allah SWT berfirman maksudnya : "Allah berikan perumpamaan satu negeri yang aman tenteram dan damai, rezekinya datang melimpah dari setiap penjuru lalu penduduk itu ingkar kepada nikmat Allah dan Allah menimpakan kepada mereka kelaparan dan ketakutan kerana apa yang telah mereka lakukan. (Surah an-Nahl ayat 112).
Begitulah gambaran negeri yang memperoleh su'ul khatimah adalah negeri yang mula-mula makmur, memperoleh rezeki dari berbagai penjuru tetapi kerana ingkar kepada Allah, mereka memperoleh bencana demi bencana. Dalam ciri yang lain adalah mengalami kederhakaan setelah memperoleh ketakwaan.
Orang yang masa mudanya sangat taat menjalankan ibadah, banyak melakukan amal soleh tetapi diujung hidupnya mempunyai kekayaan dan kemakmuran namun dengan kekayaan itu membuat dirinya ingkar kepada Allah diakhir hidupnya dia tergelincir mengalami su'ul khatimah (kematian yang buruk).
Di antara ciri-ciri su'ul khatimah adalah :
1. Mati dalam keadaan lupa kepada Allah. (tidak mampu mengucapkan kalimah "La ilaaha illallah" walaupun diajar berkali-kali)
2. Mati di dalam keadaan lalai mengerjakan ibadat. Iaitu tidak melaksanakan perkara yang di wajibkan seperti solat, puasa, zakat dan haji (walaupun berkemampuan).
3. Mati ketika sedang melakukan maksiat dan kemungkaran. Iaitu berkekalan melakukan dosa-dosa besar seperti berjudi, minum arak, berzina, membuka aurat, melakukan sihir kepada orang lain.
4. Mati dalam keadaan tidak mendapat keampunan daripada kedua ibu bapa. Menderhakai atau menyakiti hati kedua ibu bapa dan tidak sempat meminta ampun kepada mereka berdua.
5. Mati dalam keadaan tidak mengambil berat mengenai solat fardu. Sentiasa meninggalkan solat fardu samaada ketika sihat atau sakit.
6. Mati dalam keadaan tidak mengeluarkan zakat yang wajib. Zakat harta tidak pernah dikeluarkan walaupun mempunyai harta dan wang simpanan yang cukup nisabnya dan cukup masanya iaitu setahun.
7. Mati dalam keadaan memutuskan silaturahim, mengadu domba, mengaibkan orang lain, mengumpat dan membuat fitnah. Lebih-lebih lagi apabila kerja-kerja mengaibkan orang lain, mengumpat dan memfitnah disebarkan kepada manusia seluruh dunia melalui internet.
8. Mati dalam keadaan suka mengurangi timbangan (peniaga yang tidak jujur). Allah SWT amat murka kepada sesiapa yang berniaga dan mengurangkan timbangan.
Firman Allah SWT maksudnya : " Kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang mengurangkan (sukatan dan timbangan) iaitu orang-orang yang apabila menerima sukatan dari orang lain mereka minta di patuhi . Dan apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain mereka mengurangkannya" (Surah al-Muttaffifin ayat 1-3)
9. Mati dalam keadaan yang suka menipu dan mengelirukan kaum muslimin dalam perkara agama atau dunia.(terutama ulama jahat {ulama al-su'} dan pemimpin yang zalim)
10.Mati dalam keadaan mendustakan dan menghina alim ulama (menolak ulama muktabar) dan mengingkari mereka.
11. Mati dalam keadaan mendakwa menjadi wali Allah tanpa hak.
Sahabat yang dikasihi,
Untuk kita menjuhkan diri kita daripada su'ul khatimah terdapat beberapa cara yang dianjurkan oleh Islam iaitu :
1. Membanyakkan bersedekah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).”
(Hadis Riwayat al-Turmuzi)
2. Menjauhkan perkara-perkara bida'ah.
Imam Muslim, Imam An-Nisa'i dan Ibnu Majjah meriwayatkan satu hadis daripada Jarir bin Abdullah al-Bahiliy, katanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang merintis sunnah yang "baik" dalam Islam, maka ia mendapat pahalanya serta pahala orang yang beramal selepasnya, tanpa mengurangi sedikitpun pahala mereka. Dan barangsia yang merintis sunnah yang "jahat" dalam Islam, maka ia menanggung dosanya serta dosa orang yang beramal (dengan sunnah jahat tersebut) selepasnya, tanpa mengurangi sedikitpun dosa-dosa mereka".
Oleh itu perlulah meninggalkan semua dosa besar dan jangan berterusan melakukan dosa kecil . Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT.
3. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT.
Hendaklah kita sentiasa berdoa kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh agar di akhir hayat kita dalam keadaan beriman dan bertakwa dan dijauhi su'ul khatimah. Nabi SAW mengatakan doa dapat mengubah qadak dan qadar maka berdoalah sesungguhnya Allah SWT tidak akan menolak permintaan daripada hamba-hamba-Nya.
Sayyidina Umar Al-Khattab r.a pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa ini ketika bertawaf: “Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku. Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang celaka dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan.”
4. Memperbanyakkan kerja-kerja kebajikan dan ihsan.
Selain berusaha untuk selalu meningkatkan ibadah fardu dan sunat, maka perlu memperbanyak amalan ihsan, iaitu amalan yang memberi kebaikan kepada orang ramai, baik berupa ajakan untuk kembali kepada Allah (dakwah kepada Islam), menyebarkan ilmu, menyebarkan kasih sayang, menyebarkan amal soleh, dan selalu nasihat menasihati kepada hak dan kesabaran.
5. Meningkatkan ilmu Islam.
Meningkatkan ilmu yang akan meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT dan ilmu mengenai Islam. Dan sentiasa duduk di dalam Jamaah Islamiah semoga iman dan Islam kita terpelihara dan mampu beristiqamah.
Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berjihad dijalannya dalam barisan seolah-olah satu binaan yang tersusun kukuh”
(Surah as-Saff ayat 4)
‘Satu binaan yang tersusun kukuh’ bermaksud satu organisasi yang luas diikat dengan kesatuan dan kekuatan, sebahagian memperteguhkan sebahagian yang lain dengan caranya yang tersendiri, dan seluruh organisasi itu umpama satu organ yang hidup dan lengkap.
Marilah sama-sama kita beramal dengan amalan yang akan mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan menjauhkan daripada su'ul khatimah. Semoga kita semua dijauhi oleh Allah SWT mati yang buruk dan dikurniakan-Nya husnul khatimah dan di redai dan diberkati-Nya di dunia dan akhirat.

No comments:
Post a Comment