Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Selalu kita berdoa kepada Allah supaya sentiasa diberkan-Nya kita hidayah (petunjuk) dan taufik. Cuma, perlulah kita ingat bahawa hidayah dan taufik ini adalah berbeza pengertiannya. Sekiranya seseorang itu sudah ingin kepada agama dan ingin hendak melaksanakan hidup secara lslam, kemudian dia pun belajar mengenai agama serta syariat-syariatnya (tauhid, fikah dan tasawuf), maka dia dikatakan sudah mendapat hidayah (petunjuk) daripada Allah SWT.
Dia sudah mendapat hidayah (petunjuk) dari Allah SWT iaitu Allah SWT sudah ketuk pintu hatinya supaya ingin beragama. Dia sudah ingin melaksanakan hidupnya secara Islam, cara makan minumnya, cara susunan rumahtangganya, cara kenduri kendaranya dan sebagainya. Dan ilmu pun sedikit sebanyak sudah dipelajari iaitu ilmu syariat. Tetapi dia belum tentu lagi mendapat taufik dari Allah SWT.
Orang yang mendapat taufik ialah apabila dia melaksanakan ilmu yang dipelajarinya itu, pelaksanaannya tepat dan betul. Jadi bagi orangorang yang sudah mendapat hidayah (petunjuk) kemudian melaksanakan apa yang dipelajarinya itu dengan betul, maka bererti dia telah mendapat taufik bersama. Ertinya, dia telah dapat kedua-dua hidayah dan taufik dari Allah SWT.
Tiada seorang hamba pun dapat atau boleh melakukan amal kebaikan kecuali dengan mendapat hidayah dan taufik daripada Allah SWT . Sebaliknya tiada yang melakukan kejahatan kecuali kerana Allah SWT telah melepaskannya dari inayah dan taufik. Manusia tidak berdaya untuk menghendaki sesuatu kecuali dengan kehendak Allah SWT, maka barulah ia dapat melaksanakannya.
Firman Allah Ta'ala:
إِنَّكَ لَا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk." (Surah al- Qasas ayat 56)
Ibnu Katsir rahimahullah berkata: "Allah berfirman kepada Rasul-Nya shallallahu 'alaihi wasallam, 'sesungguhnya engkau tidak boleh memberikan hidayah kepada orang yang engkau cintai.' Maksudnya: itu bukan urusanmu. Tetapi, kewajibanmu hanya menyampaikan dan Allah akan memberi hidayah (petunjuk ) kepada siapa yang dikehendaki-Nya.
Dia yang memiliki hikmah yang mendalam dan alasan yang kuat, sebagaimana firman Allah SWT maksudnya : "Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat hidayah (petunjuk), akan tetapi Allah-lah yang memberi hidayah (petunjuk) siapa yang dikehendaki-Nya." (Surah al Baqarah ayat 272)
Dan juga firman-Nya yang bermaksud : "Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman - walaupun kamu sangat menginginkannya-." (Surah Yusuf ayat 103) .
Bahkan ayat ini lebih khusus daripada ayat yang lainnya. Maksudnya, Allah lah yang paling mengetahui orang yang berhak mendapat hidayah dari orang-orang yang tersesat. (Tafsir al-Qur'an al-'Adzim, III/ 523).
Sahabat yang dimuliakan,
Seorang yang telah mendapat hidayah dan taufik adalah seorang yang dipilih oleh Allah SWT. Mula-mula hatinya telah diketuk oleh Allah untuk ingin kepada beragama serta ingin melaksanakan hidupnya cara lslam hingga mendorong dia mempelajari ilmu syariat. Kemudian apabila dia melaksanakan tindak tanduknya, perjuangan dan jihadnya, perbuatan dan usaha ikhtiarnya, semuanya tepat dengan ilmu syariat yang di pelajarinya.
Dalam hal ini, kadang-kadang kita dapati setengah-setengah orang itu sudah ingin kepada agama dan sudah ingin melaksanakan hidupnya cara lslam dan dia pula sudahpun mempelajari ilmu syariat samada di bidang tauhidnya. fikah dan tasawufnya tetapi apabila dia cuba melaksanakan tindak tanduk serta perbuatan dan usaha ikhtiarnya, didapati tidak tepat dengan ilmu yang dipelajarinya. Ada saja salahnya. Orang demikian sudah mendapat hidayah (petunjuk) tetapi tidak mendapat taufik dari Allah SWT.
Sebab itu, kadang-kadang perbuatannya berlawanan saja dengan syariat, berlawanan dengan kehendak Allah serta berlawanan dengan Al-Quran dan sunnah. Padahal ilmunya sudah tepat dan keinginannya pun sudah ada. Dan kerana itu jugalah, kita mesti selalu memohon kepada Allah dua-dua sekali iaitu taufik dan hidayah. Janganlah kita memohon kepada Allah akan hidayah (petunjuk) saja. Hendaklah kita minta taufik dari-Nya disamping kita memohon hidayah (petunjuk). Kalau kita mendapat petunjuk dan taufik dari Allah, maka setiap perbuatan kita serta cakap-cakap kita sesuai dengan kehendak Allah, tepat dengan kehendak syariat serta Al-Quran dan sunnah. Orang yang telah mendapat kedua-dua hidayah dan taufik inilah yang dikatakan orang yang sudah mendapat hikmah. Orang yang mendapat hidayah sahaja, belum tentu dia berhikmah.
Sahabat yang dikasihi,
Dalam hadis riwayat Muslim terdapat kisah Abu Talib tidak mendapat hidayah daripada Allah SWT walaupun Nabi SAW berhajat supaya bapa saudara baginda mengucap kalimah syahadah.
Hadis riwayat Musayyab bin Hazn Radhiyallahu’anhu, ia berkata: Ketika Abu Talib menjelang kematian, Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. datang menemuinya. Ternyata di sana sudah ada Abu Jahal dan Abdullah bin Abu Umayyah bin Mughirah.
Lalu Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda yang bermaksud : "Wahai pamanku, ucapkanlah: Laa ilaaha illallah, ucapan yang dapat kujadikan saksi terhadapmu di sisi Allah. "
Tetapi Abu Jahal dan Abdullah bin Abu Umayyah berkata : "Hai Abu Talib, apakah engkau membenci agama Abdul Muthalib?"
Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. terus-menerus menawarkan kalimat tersebut dan mengulang-ulang ucapan itu kepada Abu Talib, sampai ia mengatakan ucapan terakhir kepada mereka, bahwa ia tetap pada agama Abdul Muthalib dan tidak mau mengucapkan: Laa ilaaha illallah.
Lalu Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda maksudnya : "Sungguh, demi Allah, aku pasti akan memintakan ampunan buatmu, selama aku tidak dilarang melakukan hal itu untukmu."
Kemudian Allah Taala menurunkan firman-Nya yang bermaksud : "Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik, walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat mereka, sesudah jelas bagi mereka, bahwasanya orang-orang musyrik itu penghuni neraka Jahim."
Dan mengenai Abu Talib, Allah Taala menurunkan firman-Nya yang bermaksud : "Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk."
(Hadis Shahih Muslim No.35)
Sahabat,
Pengajaran yang boleh kita perolehi daripada hadis di atas adalah kita perlu sentiasa berdoa dan memohon kepada Allah SWT semoga Dia menetapkan hati dan jiwa kita supaya sentiasa kekal dengan hidayah dan taufik dan istiqamah dengan iman dan Islam hingga kita bertemu dengan Allah SWT dalam keadaan reda meredai.

No comments:
Post a Comment