Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Istighfar sering diertikan dengan permohonan ampun kepada Allah SWT. atas dosa atau kesalahan yang dilakukan. Lazimnya jika seseorang melakukan kesalahan dan kemudian menyesal akan perbuatannya itu, maka istighfar yang disertai dengan niat taubat yang ikhlas akan dilafazkan dengan harapan agar dosa atau kesalahan yang dilakukan akan diampunkan oleh Allah SWT.
Jika dilihat pada pengertian istighfar, maka tiada perbezaan antara istighfar dan taubat. Dari satu sudut, istighfar dan taubat mempunyai maksud yang sama iaitu kembali kepada Allah SWT. Keduanya mempunyai persamaan dalam permohonan untuk menghapuskan segala noda dan dosa yang telah dilakukan.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud : "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali" (Hadis Riwayat Muslim).
Dan bacaan istigfar yang paling sempurna adalah sebagaimana yang terdapat dalam sahih
al- Bukhari dari Syaddad bin Aus r.a, dari Nabi SAW, baginda bersabda maksudnya : “Penghulu istigfar adalah apabila engkau mengucapkan :
Faedah dari bacaan ini adalah sebagaimana yang Nabi SAW sabdakan dari lanjutan hadis di atas, “Barangsiapa mengucapkannya pada siang hari dan meyakininya, lalu dia mati pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk penghuni syurga. Dan barangsiapa mengucapkannya pada malam hari dalam keadaan meyakininya, lalu dia mati sebelum waktu pagi, maka dia termasuk penghuni syurga.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Alangkah ruginya kita, jka amalan yang amat mudah tapi dijanjikan dengan syurga pun masih kita tidak amalkan. Semoga Allah memberi kekuatan agar kita mampu mengamalkannya.
Bacaan sayyidul istigfar (penghulu istighfar) ini meliputi makna taubat dan terdapat pula hak-hak keimanan. Di dalam bacaan ini juga terkandung kemurnian ibadah dan kesempurnaan ketundukan serta perasaan sangat megharapkan kepada Allah SWT. Sehingga bacaan zikir ini melebihi bacaan istigfar lainnya kerana keutamaan yang dimilikinya.

|

No comments:
Post a Comment