Thursday, June 23, 2011

Tidak Suci Air Kencing Menyebabkan Seksa Kubur

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

ISLAM SANGAT MEMANDANG BERAT tentang masaalah BERSUCI (THAHARAH) sebelum mendirikan solat dan ibadat2 lain...AIR KENCING ADALAH tergolong ke dalam najis dan wajib disucikan.. Apabila seseorang Muslim bersikap sambil lewa dan meringan2kan kewajipan ini dan tidak BENAR-BENAR BERUSAHA untuk bersuci dari air kencingnya (dengan menentukan ia benar2 habis keluar dari kemaluannya) maka ia telah melakukan DOSA BESAR. INI MENGAKIBATKAN SOLAT yang dilakukannya TIDAK SAH...

Dari Ibnu Abbas r.anhuma, katanya: Nabi SAW. telah melewati dua buah kubur seraya bersabda: Sesungguhnya kedua-dua penghuni kubur ini sedang diazab kerana dosa besar yang dilakukan..adapun salah seorang dari mereka berjalan dengan membawa 'namimah' (fitnah antara orang ramai), dan yg kedua pula TIDAK BENAR-BENAR BERSUCI DARI KECINGNYA.. (Dikeluarkan oleh Al Bukhari dan Muslim di dalam kitab sahih kedua-Dduanya)... Iaitu tidak berjaga-jaga dari air kencing dari mengenai tubuhnya dan pakaiannya

Dalam sebuah hadis yg lain, Rasulullah SAW. bersabda: "BERSUCILAH DARI AIR KENCING, kerana kebanyakkan azab kubur adalah disebabkannya (air kencing yang tidak suci dari tubuh dan pakaiannya).." (H.R. Ad Daruqutni)

Umat Islam hari ini kurang SANGAT memberi perhatian serius masaalah buang air kecil..Banyak di kalangan umat Islam meniru cara orang-orang bukan Islam buang air kecil di tempat yang terdedah, sambil berdiri, dan air untuk membasuh air kencing yg sangat sedikit atau tiada air langsung.. Perhatikanlah di hentian-hentian lebuhraya, dibangunan-bangunan pejabat, atau di mana juga...Bukan tidak ada tempat membuang air kecil yang bertutup, tetapi tidak digunakan...Akibatnya, secara tidak disedari, air kencing terpercik ke ke tubuh dan ke pakaian, yg menyebabkan tubuh serta pakaiannya tidak suci dan tidak boleh di guna untuk bersolat...

(Di petik daripada tulisan Ramli Joned)

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Saya mohon penjelasan sekiranya sudah kencing sebaik sblm menunaikan solat dan sudah pasti akn habisnya kencing itu dan bersuci dgn betul tetapi ketika sedang solat atau sblm solat terasa spt terkencing ttp tidak mengeluarkan sebarang air,apakah hukumnya solat itu? Adakah rasa terkencing itu hanya rasa was-was yg dipengaruhi syaitan atau sebaliknya? Apakah yg perlu dilakukan slps itu? Berwuduk semula atau meneruskan solat spt biasa? Terima kasih.