Saturday, July 30, 2011

♥ Alhamdulillah.....Ramadhan Datang Lagi ♥

Assalammualaikum kepada sahabat dan sahabiah yang di rahmati ALLAH SWT sekalian.Selawat serta Salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW,kaum keluarga dan para sahabat Baginda.

♥ الحــــــمدلله ♥ Ramadhan Datang Lagi  bersama jutaan hikmah dan fadhilah. Ramadhan hadir dalam suasana yang begitu mendamaikan bagi setiap ummah.Kata orang, kehadirannya dinanti, pemergiannya ditangisi, ketiadaannya dirindui.begitu hebatnya bulan Ramadhan ini. menyejukkan hati dan membuka taubat buat semua insan. mendekatkan diri pada Tuhan dengan penuh keikhlasan.

Syukur alhamdulillah kerana kita akan merasai bulan Ramadhan yang penuh berkah pada tahun ini (Insya'ALLAH). tapi percayahkah sahabat dan sahabiah sekalian ada sekelompok golongan yang beragama Islam,yang tidak hairan dengan kedatangan Ramadhan??? malah bagi mereka Ramadhan satu konkongan (tidak bebas) untuk melakukan sesuatu perkara yang dilarang dalam bulan yang mulia ini...nauzubillah.dan ada pula sekelompok golongan bila tibanya Ramadhan sudah sibuk membuat persiapan untuk Hari Raya. Sungguh singkat pandangan dan pemikiran mereka tentang Ramadhan.maaf andai ada yang terasa.sebagai umat Islam kita perlu menghayati erti sebenar Bulan Ramadhan ini. Betapa ruginya jika kita mengabaikan bulan yang penuh kebaikan dimana setiap hamba-hamba ALLAH yang beriman berlumba-lumba mengejar pahala pada Bulan yang teristimewa.

Sahabat dan sahabiah,
Hakikat sebenar manusia zaman ini yang mengaku Islam tidak mengamali serta mengamati sepenuhnya. Islam pada hari ini hanya pada nama sahaja. Teringat akan satu peristiwa pada tahun lepas, sewaktu menyambut Ramadhan, dimana saya melihat sendiri banyak golongan yang tidak berpuasa,malah tanpa segan silu golongan ini makan dikhalayak ramai,yang hairannya mereka berbangga apabila tidak berpuasa. Mereka ini Islam, dilahirkan dalam keluarga Islam, sayangnya Islam mereka hanya pada gelaran saja, bila di tanya mengapa tidak puasa??? Jawap mereka "tak larat la..lapar". kanak-kanak yang berusia 7 tahun pun larat berpuasa inikan pula mereka yang dah berusia separuh abad masih 'tak larat'!. Ini yang sebenarnya berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini hakikat yang terjadi adalah realiti bukan lagi fantasi. Persoalannya yang perlu kita fikirkan mengapa perkara sebegini boleh terjadi??? padahal mereka ini bukan kanak-kanak yang masih boleh menerima nasihat. Malah mereka ini boleh dipanggil 'Ayah' untuk kanak-kanak yang berusia 7 tahun...astaghfirulallahal'adzim.

Sungguh saya sedih melihat golongan ini,kerana Islamnya hanya pada nama yang tertera di surat beranak dan kad pengenalan (IC) sahaja.sayangnya kerana mereka tidak mendalami apa yang diwajibkan keatas umat Islam. Sesungguhnya setiap yang diperintahkan oleh ALLAH SWT itu adalah yang terbaik buat kita (hamba-hamba-Nya). Percaya dan Yakinlah bahawa ALLAH tidak pernah membebankan hamba-hambanya. ALLAH Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, cubalah kita sebagai hambanya berfikir dengan akal yang diberi oleh-NYA, akan nikmat-nikmat yang telah kita perolehi...SubhanALLAH..terlalu banyak tidak terhitung dan terbalas nikmat yang ALLAH SWT beri kepada kita. Masih lagikah kita mahu mengingkari apa yang telah diperintahkan oleh -NYA kepada kita??? 'tepuk dada tanya selera ' itu untuk orang yang tidak berpuasa,tetapi 'tepuklah dada tanya Iman', ini bagi orang-orang yang bertaKwa kepada pencipta-NYA.

kepada golongan-golongan yang tidak berpuasa tiada niat untuk saya ghibah (mengata) kepada sesiapa, cuma sekadar perkongsian bersama dengan apa yang saya lihat, semoga apa yang ingin saya sampaikan ini,menjadi peringatan buat kita yang setiasa alpa (pesanan buat diri saya juga) dalam kehidupan duniawi yang sementara. Sungguh hati ini kecewa melihat umat Islam pada hari ini, lebih-lebih lagi yang sebangsa dengan saya, yang mengaku Islam dan mengucap dua kalimah syahadah sanggup mempermain-mainkan dan memperlekehkan hukum agama. Harapan saya sebagai saudara seIslam agar golongan seperti ini berubah dan mendapat petunjuk serta hidayah dari ALLAH SWT...Aamiin Ya Robbal Alamiin...Mudah-mudahan...Insya'ALLAH.

 firman ALLAH SWT,
(يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ (١٨٣

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa."
(Al Baqarah :183)

Sahabat dan sahabiah sekalian, kita sering dengar, terbaca akan kebaikan serta keistimewaan bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan keberkatan. Saya ingin berkongsi sedikit kelebihan didalam bulan yang mulia ini.semoga ianya membawa manfaat buat kita semua...Insya ALLAH.

Rasulullah SAW seringkali berdoa:
“Ya..ALLAH, berkatilah kami dalam bulan Syaaban, dan (panjangkan umur kami ) sehingga bertemu dengan Ramadhan.”

Betapa besarnya rahmat Ilahi bilamana kita dipanjangkan umur sehingga bertemu dengan Ramadhan...SubhanALLAH.

Sabda Rasulullah SAW:
“Antara Ramadhan ke Ramadhan adalah pengampunan ALLAH.”

Maksudnya sesiapa yang dipanjangkan umur sehingga dapat bertemu dengan Ramadhan, maka ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya (dosa kecil). Panjang umur bukan kerja kita, ia benar-benar hak mutlak ALLAH. Lantaran itu marilah kita mensyukurinya...Alhamdulillah....Alhamdulillah....Alhamdulillah.
 
Kelebihan Ramadhan
Bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihan antaranya :

1. Bulan diturunkan Al-Quran
Maksudnya: Bulan Ramadhan padanya diturunkan Al-Quran yang mempunyai keterangan-keterangan yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia seluruh alam.

2. Bulan penuh berkat
Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat, ditengahnya pengampunanNya dan akhirnya merdeka daripada api neraka.

Nabi SAW bersabda dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : "Apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu-pintu syurga, dihapuslah pintu-pintu neraka dan di ikatlah semua syaitan."

3. Bulan Penghapusan dosa
Maksudnya: Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu."

4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar
Lailatul Qadr merupakan hadiah ALLAH yang khusus hanya dapat diperolehi dalam bulan Ramadhan. Dengan segala keistimewaanya Lailatul Qadr itu :

إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ فِى لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ (١) وَمَآ أَدۡرَٮٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ (٢) لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٌ۬ مِّنۡ أَلۡفِ شَہۡرٍ۬ (٣) تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيہَا بِإِذۡنِ رَبِّہِم مِّن كُلِّ أَمۡرٍ۬ (٤)
سَلَـٰمٌ هِىَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ ( ٥

Maksudnya : "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3) Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (5)"
(Surah Al Qadr : 1-5)

Sahabat dan sahabiah yang dirahmati ALLAH sekalian,
Alhamdulillah...setinggi-tinggi kesyukuran kita rafakkan ke hadrat ALLAH SWT kerana kini kita makin menghampiri bulan-Nya yang terlalu istimewa, iaitu Bulan Ramadhan Al-Mubarak. dalam beberapa hari saja lagi, seluruh umat Islam akan ‘berpesta’  (bagi orang-orang yang beriman) menyambut kedatangan bulan mulia yang dinanti-nantikan saban tahun. Benar, kita belum tentu lagi dapat bersama dengannya kali ini, kerana ajal dan maut, tiada siapa yang mengetahui, kecuali ALLAH SWT. namun, Ramadhan tetap akan menjengah jua (insya'ALLAH), maka rugilah bagi sesiapa yang belum bersedia menerima kehadiran bulan yang penuh rahmat&nikmat dari Ilahi ini...SubhanALLAH.

Mudah-mudahan, dengan kesungguhan kita berusaha, dipermudahkan jua oleh ALLAH SWT untuk kita memperolehi nikmat Ramadhan. Sesungguhnya,Tiada daya dan upaya kita melainkan dengan bantuan serta taufiq dari ALLAH SWT jua. Semoga RAMADHAN kali ini adalah RAMADHAN yang TERBAIK sehingga KINI, bagi sahabat dan sahabiah juga diri saya ini ..... Insya ALLAH....Hargailah Bulan Ramadhan setiap kali ia tiba, kerana kita tidak mungkin akan merasainya ditahun-tahun yang akan datang....ALLAH HU AKBAR.


SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN SUCI RAMADHAN AL-MUBARAK  MARHABAN YA RAMADHAN ♥  semoga amal ibadah kita diterima di bulan yang mulia ini nanti. marilah kita bersama-sama memperkukuhkan Iman dan Takwa kepada-NYA serta mempereratkan ukhwah Islamiah... AAMIN YA ROBBAL ALAMIIN. 

Salam Ramadhan 1432H daripada saya Nor Azita Binti Hj Idris, andai ada tersilap kata,terguris hati selama saya menulis nota-nota kepada sahabat dan sahabiah sekalian,maaf saya pohon kerana saya insan yang masih belum sempurna...wassalam

azita_idris79@yahoo.com
islamyangterindah.blogspot
     (Ramadhan 1432H)

No comments: