Assalamualaiakum,
Ramadhan!
Kedatanganmu dinantikan bagaikan kekasih yang merindu...
Kau telah pergi selama sebelas bulan, hatiku amat merinduimu.
Kini kau hampir menampakkan wajahmu yang berseri-seri bagaikan bulan purnama.
Aku harap Tuhanku izinkan aku bertemu denganmu pada tahun ini.
Kedatanganmu membawa 1000 rahmat, 1000 pengampunan dan pembebasan daripada api neraka.
Kaulah bulan kesabaran, bulan tarbiyah, bulan tazkiah, bulan rahmat, bulan pengampunan, bulan mujahadah bulan muraqabah, bulan ibadah, bulan sedekah dan bulan pembebasan dari api neraka !
Beruntunglah sesiapa yang menghayatimu dengan beramal ibadah, beramal soleh, qiyamulail ,bersedekah dengan mengharapkan reda Allah.
Ramadhan!
Bila kau datang maka di buka semua pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu-pintu neraka.
Ahli-ahli kubur bergembira kerana direhatkan dari seksaan kerana menghormati kehadiranmu.
Iblis dan syaitan telah dibelenggu diikat dan dirantai ditengah lautan samudra tanda menghormati kehadiranmu.
Ramadhan!
Kedatanganmu disambut dengan gembira oleh golongan muttaqin dan mereka menangisi kerana pemergianmu.Di tangisi kerana seistimewaanmu tak serupa dengan kebaikan sebelas bulan yang lain.
Nabi SAW bersabda bahawa celakalah sesiapa yang namanya masih ada tercatat dipintu neraka sedangkan kehadiranmu tak membawa kebaikan kepadanya.
Berbahagialah sesiapa yang namanya dicatat dipintu syurga kerana mendapat pengampunan daripada Allah setelah kau pergi meninggalkannya.
Ramadhan!
Kau datang membawa ibadah puasa yang penuh dengan keistimewaannya :
* Pintu Syurga Rayyan khusus untuk orang berpuasa.
* Menjadi benteng daripada api neraka,
* Menjadi tirai penghadang daripada hawa nafsu.
* Bau mulut orang berpuasa lebih wangi daripada kasturi disisi Allah
* Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan menyambut hari raya dan ketika bertemu dengan Allah di hari akhirat.
* Keseluruhan aktiviti orang berpuasa dikira sebagai ibadah, samaada tidurnya , diamnya dan bangunnya mendapat ganjaran disisi Allah.
* Doa orang-orang berpuasa sangat mustajab disisi Allah.
* Semua amalan sunat pahalanya sama dengan amalan wajib dibulan yang lain dan semua amalan wajib digandakan kepada 70 kali pahala wajib dibulan yang lain.
* Menjamu orang berpuasa mendapat pahala sama dengan orang yang berpuasa tidak dikurangkan walaupun sedikit.
* Malaikat akan mendoakan dan memohon keampunan disisi Allah sesiapa yang menjamu orang berpuasa dan berbuka bersama jemaah
Ramadhan!
Madrasah tarbiah yang kau miliki boleh membawa kepada takwa kepada Allah .
Takwa adalah pakaian orang-orang mukmin dan sesiapa yang paling tinggi takwnya dia adalah orang yang paling mulia disisi Allah.
Kehadiranmu benar-benar akan mendidik hati dan jiwa orang mukmin.
Keberkatanmu melatih manusia untuk memiliki sifat mahmudah iaitu sifat sabar, tawaduk, pemurah, baik sangka, takwa, tawakkal, lemah lembut, rendah diri, bersyukur dan sopan santun
Kemuliaanmu menjadikan insan mampu menjauhi daripada segala sifat-sifat mazmumah iaitu sifat marah, suka mengumpat, sombong, bongkak, takbur, iri hati, ujub , batu api dan hasad dengki.
Alangkah indahnya tarbiah dari madrasahmu memberi kesan dan kekuatan untuk muttaqin bertahajjud, berikhtikaf dan berqiyamulail sepanjang kehadiranmu , mengadap wajah kehadrat Rabbul Jalil, di rumah Allah, terutama di sepuluh malam terakhir.
Ramadan!
Kedatanganmu membawa hadiah besar iatu malam lailatul qadar. Malam yang penuh berkat dan lebih baik daripada 1000 bulan.
Beruntunglah, beruntunglah! Sesiapa yang bertemu malam itu.
Malam yang dibuka pintu rahmat, keberkatan, rezeki, ketenangan dan kedamaian.
Ramadhan!
Segala natijah tarbiah rohiyah dan jasmaniah yang kau bawa akan menjadikan pakaian orang mukmin di pergunakan untuk menghadapi cabaran hidup di sebelas bulan yang akan datang.
Ahlan wasahlan ya Ramadan!
Rinduku sentiasa menanti kedatanganmu semoga kau menjadi tetamu agungku.
Aku berdoa agar kau adalah Ramadan terbaik buatku dan sahabat-sahabatku dapat di hayati dan memuliakan setiap saat kehadiranmu disisi kami.
No comments:
Post a Comment