أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Puasa dalam agama Islam atau Shaum (dalam Bahasa Arab صوم) secara bahasa ertinya menahan atau mencegah. Menurut syariat Islam, puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari, dengan syarat tertentu, untuk meningkatkan ketakwaan seorang muslim.
Perintah puasa difirmankan oleh Allah pada Al-Quran surat Al-Baqarah ayat 183. maksudnya :“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertakwa. “ (Surah al-Baqarah ayat 183)

Berpuasa merupakan salah satu dari lima Rukun Islam. Terdapat puasa wajib dan puasa sunat, namun tata caranya tetap sama.
Untuk pendidikan/latihan rohani
1. Mendidik jiwa agar dapat menguasai diri
2. Mendidik nafsu agar tidak senantiasa dimanjakan dan dituruti
3. Mendidik jiwa untuk dapat memegang amanah dengan sebik-baiknya
4. Mendidik kesabaran dan ketabahan
Untuk perbaikan pergaulan :
Orang yang berpuasa akan merasakan segala kesusahan fakir miskin yang banyak menderita kelaparan dan kekurangan. Dengan demikian akan timbul rasa suka menolong kepada orang-orang yang menderita.
Untuk kesihatan :
Sebagai rasa syukur atas segala nikmat Allah
Sahabat yang dimuliakan,
Alhamdulillah jika kita dipanjangkan umur, kita akan menemui Ramadan lagi pada tahun ini insya Allah ianya dijangka jatuh pada hari Isnin 01 Ogos 2011. Dengan kedatangan Ramadan umat Islam seluruh dunia akan mengerjakan ibadah puasa wajib selama sebulan.
Sempena Ramadan yang akan menjelang ini, saya ingin meminta maaf zahir dan batin kepada semua sahabat-sahabat di blog ini yang pernah menyentuh perasaan kalian. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada kalian semua semoga Ramadan tahun ini adalah Ramadan terbaik untuk kalian hayati di dalamnya dan diakhir Ramadan nanti kalian semua menjadi orang-orang yang bertakwa dan diampunkan segala dosa.
Kemunculan Ramadan menjadikan hati orang mukmin tidak sabar lagi untuk mengambil peluang semaksima mungkin dibulan yang penuh berkat ini demi mendapatkan bekalan iman dan meningkatkan takwa kepada Allah SWT.
Disetiap penghujung bulan Syaaban, Rasulullah SAW berdiri berkhutbah mengingatkan para sahabat r.a tentang kelebihan Ramadan.
KHUTBAH RASULULLAH SAW DI PENGHUJUNG BULAN SYAABAN :
Wahai sekalian manusia kini muncul kepadamu satu bulan yang besar dan mulia,
* bulan yang teramat berkat,
* bulan yang didalamnya terdapat satu malam yang lebih tinggi nilainya dari pada seribu bulan.
* Inilah bulan Allah memfardukan keatasmu berpuasa disiang hari dan
* menjadikan solat tarawih sebagai sunnah di malam hari
* sesiapa yang ingin mendekatkan dirinya kepada Allah melalui amalan sunnah di bulan Ramadan maka di balasi kepada dengan ganjaran seolah-olah melaksanakan amalan fardu di bulan lain pada tahun itu,
* dan barangsiapa melakukan satu amalan fardu maka akan di balasi 70 kali amalan fardu di bulan lain pada tahun itu.
* Inilah sesungguhnya bulan kesabaran dan
* kesabaran yang sejati tiada lain balasannya kecuali syurga,
* inilah bulan simpati terhadap sesama manusia
* di bulan inilah rezeki orang- orang beriman di tambah,
* Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka puasa pada orang yang berpuasa maka ;
1. kepadanya dibalas dengan keampunan dari dosanya dan

2. di bebaskan dari api neraka, dan juga
3. memperolehi ganjaran yang sama seperti orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang berpuasa.
Setelah selesai Rasulullah berkhutbah maka para sahabat bertanya termasuk juga Salman Al-Farisi : "Ya Rasulullah tidak kesemua dari kami dapat memberikan kepada orang berpuasa untuk berbuka?"
Maka Rasulullah SAW menjawab dengan sabdanya yang bermaksud : "Allah akan mengaruniakan pahala kepada orang yang memberi walaupun ;
1. hanya sebiji tamar@sebiji kurma dan
2. seteguk air dan
3. sehirup susu untuk orang berbuka puasa.
* inilah bulan yang pada Awalnya Allah menurunkan rahmat,
* di Pertengahannya Allah menurunkan pengampunan dan
* di Akhirnya Allah membebaskan hambaNya dari api neraka.
(Hadis Riwayat Salman al-Farisi )
Rasulullah SAW bersabda kepada Sayidina Ali k.wj. yang bermaksud :
"Wahai Ali ! Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan menjauhi (perbuatan) haram dan perbualan kosong, maka Allah Maha Pengasih akan meredainya dan mewajibkannya masuk kedalam syurga."
Sahabat yang dikasihi,
Semoga Ramadan pada tahun ini merupakan Ramadan yang terbaik dan berjaya kita lalui sepenuhnya dan mendapat rahmat (belas kasih Allah), maghfirah (keampunanNya) dan itqum minannar (selamat dari api neraka).
Berpuasa di bulan Ramadan adalah merupakan peluang keemasan bagi setiap muslim untuk meningkatkan ketakwaaan diri , menambah rasa kesyukuran atas setiap nikmat yang dikurniakan oleh Allah dan peluang untuk mendapat keampunan daripadaNya.
Firman Allah SWT maksudnya :
“Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” (Surah al-Ahzab ayat 35)
Dari Abu Ummah r.a. beliau berkata : Saya berkata, "Wahai Rasulullah, perintahkan kepadaku untuk melakukan suatu perbuatan". Baginda bersabda : 'Kerjakanlah puasa kerana tidak ada amalan yang setanding dengannya'. Saya berkata : 'Wahai Rasulullah, perintahkan kepadaku untuk melakukan suatu perbuatan'. Baginda bersabda : 'Kerjakan puasa kerana tiada amalan yang setanding dengannya'. Saya berkata : 'Wahai Rasulullah, perintahkan kepadaku suatu perbuatan'. Baginda bersabda : 'Kerjakan puasa kerana tiada suatu amalan pun yang dapat menyamainya'." (Hadis Riwayat An-Nasai dan Ibnu Khusaimah)
Dari Abu Sa'id r.a., beliau berkata : Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : " Tidaklah seorang hamba berpuasa sehari dimana dia berada di jalan Allah kecuali dengan berpuasa sehari itu Allah akan menjauhkan dirinya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh musim." (Hadis Riwayat Al-Bukhari, At-Tarmidzi dan An-Nasai)
Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT :
"Ya Allah terimalah ibadah puasa kami, solat wajib dan sunat kami, solat tarawih kami , qiyamullail kami, sedekah kami, iktikaf kami serta tadarrus kami dibulanMu yang mulia ini."
"Ya Allah pertemukanlah kami 'malam lailatul qadar' malam yang penuh berkat dan malam yang lebih baik daripada 1000 bulan"
"Ya Allah, terimalah semua ibadah-ibadah kami, taqarrub atau usaha kami mendekatkan hati dan diri kami kepadaMu dan jadikanlah kami semua orang orang yang muttaqin dan di beri pengampunanMu."
"Ya Allah berikanlah kepada kami rahmat-Mu, keampunan-Mu dan pembebasan daripada seksaan api neraka dan terimalah doa dan amalan kami. Tidak ada siapa yang dapat mengkabulkan doa kami melainkan Engkau, wahai Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang"

No comments:
Post a Comment