أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:
"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."
(Bahagian Kedua - Hak kepada Sirat, Hak kepada Malik (penjaga neraka), Hak Ridhwan (penjaga syurga), Hak kepada Nabi SAW dan Hak kepada Allah SWT)
KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI
NERAKA PADA HARI AKHIRAT)
1. Membuang tabiat suka mengumpat, 2. bersikap warak, 3. suka membantu orang beriman dan 4. suka berjemaah.
1. Membuang tabiat suka mengumpat.
Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati, tentu sekali kamu benci memakannya. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(Surah al-Hujarat ayat 12)
Jabir dan Abu Sa'id menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, " Awaslah dari mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras dari zina. Sesungguhnya seseorang itu berzina ia bertaubat, maka Allah SWT menerima taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yang mengumpat, tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampuni oleh orang yang diumpat." (Hadis Riwayat Ibn Abid Dunya)
2. Bersikap warak.
Jiwa seorang mukmin sentiasa berhat-hati di dalam kehidupan di dunia ini, sentiasa peka dan sensitif kalau-kalau ada perbuatan, percakapan dan niat dihatinya yang mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah. Dia bukankan saja meninggalkan yang haram tetapi dia juga meninggalkan perkara-perkara yang makruh , syubhah dan boleh mendatangkan fitnah.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud, " Seorang hamba tidak dapat mencapai tingkat muttaqin hingga ia meninggalkan apa-apa yang tidak berdosa kerana khuatir terjerumus pada apa-apa yang berdosa." (Hadis Riwayat Tarmidzi)
Berdasarkah hadis di atas adalah merupakan ungkapan dan gambaran sifat warak. Sifat warak adalah sifat berhati-hati dalam menghindari larangan Allah SWT.
3. Suka membantu orang beriman.
Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya." (Hadis Riwayat Muslim).
4. Suka berjemaah.
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Hendaklah kamu berada dalam jemaah sesungguhnya tangan Allah itu berada dalam jemaah" (Hadis Riwayat Tibrani 447 /12).
Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : “Barangsiapa yang menginginkan tempat tinggal di syurga maka hendaklah berada dalam jemaah" (Hadis Sahih riwayat Tirmidzi no 2165, Ibn Majah dan Humaidi).
Islam yang ingin kita hayati ini tidak boleh dipisahkan dengan jemaah. Kerana jemaah adalah sunah Rasulullah SAW. Daripada jemaah yang dibentuk oelh Nabi SAW inilah yang telah melahirkan Daulah Islamiah (negara Islam Madinah).
Dan maksud sabda Rasulullah SAW. yang diriwayatkan dari Huzaifah al-Yaman : " Wajiblah kamu bersama jemaah muslimin dan pimpinan mereka."
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab." (Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)
Oleh itu apabila kita berusaha untuk menegakkan hukum-hukum Allah SWT di dalam Daulah Islamiah maka perlu dimulakan dengan jemaah. Tidak mungkin Islam yang lengkap dan sempurna hanya dilakukan oleh individu-individu sahaja tanpa wujud satu barisan jemaah yang lengkap dan sempurna.
KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
1. Menangis lantaran takutkan Allah SWT, 2. berbuat baik kepada ibu bapa, 3. bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan 4. memperelok akhlak.
1. Menangis lantaran takutkan Allah SWT.
Nabi S.A.W. bersabda yang maksudnya : "Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat, kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang mentitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah." (Hadis Riwayat Abu Naim)
Sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan air mata yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefarduan yang telah difardukan oleh Allah.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
2. Berbuat baik kepada ibu bapa.
Firman Allah SWT. bermaksud: "Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk ayat 23).
Nabi SAW pernah bersabda maksudnya : “Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!” Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab: “Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga.” (Hadis riwayat Muslim)
Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: "Saya telah bertanya kepada Rasulullah SAW : "Apakah perbuatan disukai oleh Allah?"
Lalu baginda bersabda maksudnya : : "Sembahyang pada waktunya."
"Kemudian apa?"tanya saya lagi.
Baginda SAW. menjawab : "Berbakti kepada kedua ibu bapa."
Saya bertanya : "Apa lagi ?"
Jawab baginda : "Berjihad pada jalan Allah."
3. Bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi.
Sabda Nabi SAW maksudnya : “Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah”
( Hadis Riwayat al-Baihaqi )
Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :
“Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).”
(Hadis Riwayat al-Turmuzi)
Nabi SAW bersabda maksudnya : ‘Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan.Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya’. (Hadis Riwayat Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah SAW lalu bertanya : "Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ?" Nabi SAW menjawab : "Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu"
( Hadis Riwayat Bukhari )
4. Memperelok akhlak.
Akhlak ataupun budipekerti memegang peranan penting dalam kehidupan manusia. Akhlak yang baik akan membezakan antara manusia dengan hewan. Manusia yang berakhlak mulia, dapat menjaga kemuliaan dan kesucian jiwanya, dapat mengalahkan tekanan hawa nafsu syahwat syaitan, berpegang teguh kepada sendi-sendi agama. Menghindarkan diri dari sifat-sifat kecurangan, kerakusan dan kezaliman. Manusia yang berakhlak mulia, suka tolong menolong sesama insan dan makhluk lainnya.
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya (kelak diakhirat) dari pada akhlak yang mulia.”
Nabi SAW.bersabda yang bermaksud: "Orang mukmin yang paling sempurna imannya, ialah yang paling baik akhlaknya."(Hadis Riwayat Ahmad)
Dari An-Nawwas bin Samaan r.a dari Nabi SAW, baginda bersabda maksudnya : “Kebaikan adalah akhlak yang baik sedangkan dosa adalah apa yang terlintas di jiwamu tetapi kamu benci atau takut diketahui oleh orang lain”
(Hadis Riwayat Imam Muslim ; hadis no. 2553, Imam Ahmad ; 4/182, At-Turmuzi ; hadis no. 2389, Ad-Darimi ; 2/322, Imam Bukhari dalam kitabnya “Al-Adab Al-Mufrad” ; hal. 295, 302 . Hadis ini ditashhih oleh Ibnu Hibban; Sahih Ibn Hibban, hal. 397.)
KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
1. Berasa reda dengan qadak Allah, 2. bersabar menerima bala, 3. bersyukur ke atas nikmat Allah dan 4. bertaubat dari melakukan maksiat.
1. Berasa reda dengan qadak Allah.
Kesemua peristiwa berlaku di dunia ini, termasuk ke atas diri kita adalah sesuatu ketentuaan Allah SWT yang diciptakan sebagai ujian dan dugaan, untuk Allah SWT menguji hamba-hamba-Nya samaada ia ingin bersabar atau tidak. Samaada ia hendak reda atau pun tidak. Samaada ia berbaik sangka kepada Allah SWT atau pun tidak.
Allah SWT berfirman maksudnya : "Apakah kamu belum tahu bahwa Allah mengetahui apa yang ada di langit dan bumi, sesungguhnya hal itu telah ada dalam Kitab, sesungguhnya itu bagi Allah sangat mudah"
(Surah Al-Hajj ayat 70)
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Allah SWT berfirman maksudnya : 'Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku'."
(Hadis RiwayatAl-Bukhari)
Berdasrkan hadis di atas hanya doalah satu-satu cara yang boleh di buat untuk merubah apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Ulama mencadangkan bahawa bila kita berdoa perlu berulang-ulang kali jangan jemu-jemu dan berserah bulat kepada Allah SWT.
Maksud hadis qudsi "Aku sesuai dengan prasangka hamba-Ku kepada diri-Ku"
Bahawa bila kita yakin Allah akan beri kebahagiaan untuk membina rumah tangga muslim dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah dan mendapat husnul khatimah, maka keyakinan itu akan ditunaikan oleh Allah SWT.
2. Bersabar menerima bala.
Allah SWT. menguji hamba-Nya dengan bala atau menjadikan penyakit yang di hadapi adalah sebagai ubat pembersih untuk mengeluarkan semua kotoran dan penyakit hati yang ada pada hamba-Nya, yang kalau seandainya kotoran dan penyakit tersebut tidak dibersihkan maka dia akan celaka (kerana dosa-dosanya), atau paling kurang berkurang pahala dan derajatnya di sisi Allah SWT. Oleh kerena itu hendaklah kita bersabar supaya meraih pahala yang sempurna dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT.
Firman Allah S.W.T. maksudnya : "Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala buat mereka tanpa batas."
(Surah az-Zumar ayat 10) .
Daripada Abu Hurairah r.a. dan Abu Sa’id r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Tidaklah seorang Muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah gulanaan hingga duri yang menusuknya melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya (dosa-doasnya)."
(Hadis Riwayat Bukhari)
3. Bersyukur ke atas nikmat Allah
Firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim ayat 7, yang bermaksud : "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kamu."
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur" (Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)
4. Bertaubat dari melakukan maksiat.
Firman Allah SWT. yang bermaksud :
“Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga dan tidak dianiaya (dirugikan) sedikitpun.” (Surah Maryam ayat 60)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :“Barangsiapa bertaubat kepada Allah sebelum matahari terbit dari barat, nescaya Allah akan menerima taubat orang tersebut.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali" (Hadis Riwayat Muslim).
KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI SAW
1. Berselawat ke atas baginda, 2. berpegang dengan syariat, 3. bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), 4. menyayangi para sahabat, dan 5. bersaing dalam mencari keredaan Allah.
1. Berselawat ke atas baginda.
Jalan untuk melahirkan kecintaan kita kepada Nabi SAW adalah dengan kita banyakkan berselawat. Allah SWT berfirman maksudnya : “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”.
(Surah al-Ahzab ayat 56)
Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : " Sesuatu doa terdinding (terhalang) sehinggalah seseorang yang berdoa berselawat kepada Nabi SAW "
(Hadis Riwayat At-Tabaraani)
Sabda Nabi SAW maksudnya : " Dan sesiapa berselawat kepadaku sekali, nescaya Allah akan selawat ke atasnya 10 selawat, menghapuskan daripadanya 10 kejahatan (dosa) dan mengangkatkannya 10 darjat." (Hadis Riwayat Bukhari, Ahmad, Nasa'i dan Al-Hakim)
Sabda Nabi SAW. maksudnya : "Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari kiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku" (Hadis Riwayat An-Nasa'i dan Ibnu Hibban)
2. Berpegang dengan syariat.
Firman Allah SWT maksudnya : "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai; dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Dia (Allah) menjinakkan hati kamu sehingga kamu menjadi bersaudara dengan nikmat-Nya (nikmat Allah), padahal (dahulunya) kamu berada di pinggir lubang neraka, lalu Dia (Allah) selamatkan kamu. Demikianlah Allah menyatakan ayat-ayat-Nya (tanda-tanda Allah) kepada kamu agar kamu mendapat petunjuk." (Surah Ali-Imran ayat 103)
3. Bergantung kepada as-Sunnah (Hadis)
Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud : “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya: iaitu Kitab Allah dan sunnah Rasulullah SAW.” (Hadis Riwayat Imam Malik)
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesungguhnya barangsiapa diantara kalian masih hidup nescaya bakal menyaksikan banyak perselisihan. kerana itu berpegang teguhlah kepada sunahku dan sunnah Khulafaur Rasyidin yang lurus (mendapat petunjuk) dan gigitlah dengan gigi geraham kalian. Dan jauhilah olehmu hal-hal baru kerana sesungguhnya semua bidah itu sesat." (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi, Hadis Hasan Sahih)
4. Menyayangi para sahabat.
Apa yang jelas, sehebat mana pun manusia yang datang selepas para sahabat Rasulullah SAW, tiada seorang pun yang dapat menandingi ketinggian dan ganjaran pahala yang dikurniakan Allah SWT kepada mereka.
Firman Allah SWT maksudnya. :
"Sesungguhnya Allah reda kepada orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah satu pohon, Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka, Allah menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya)". (Surah al-Fath ayat 18)
Orang-orang mukmin yang melakukan perjanjian setia kepada Rasulullah SAW. adalah para sahabat, dengan itu ayat di atas adalah jelas Allah memuji para sahabat yang melakukan perjanjian setia dengan Rasulullah. Allah telah menjelaskan bahawa Allah telah reda kepada mereka.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : "Jangan kamu memaki sahabatku, jangan kamu memaki sahabatku, demi Allah yang diriku di dalam kekuasaannya, jika salah seorang dari kamu membelanjakan emas (pada jalan Allah) seperti Gunung Uhud banyaknya, tidak sama satu 'mud'(cupak) yang dibelanjakan oleh mereka dan tidak sama setengah 'mud' pun yang dibelanjakan oleh mereka." (Hadis Riwayat Muslim, Sahih Muslim tahqiq Mohamad Fuad Abdul Baqi, Mesir, ‘Isa al-Babi, 1955, hlm 1967.)
Oleh itu kita perlulah menyayangi para sahabat Rasulullah SAW yang banyak berjasa menegakkan agama Allah SWT di muka bumi.
5. Bersaing dalam mencari keredaan Allah.
Orang beriman digalakkan berlumba-lumba mengerjakan amal soleh, amal ibadah dan kerja-kerja kebajikan untuk mencari keredaan Allah SWT. Jika dia berharta maka hartanya disalurkan dijalan Allah SWT, bersedekah dan membantu orang-orang miskin. Begitu juga dengan ilmu pengetahuan perlu diajarkan dan dimanfaatkan untuk orang lain.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadis) serta diajarkannya pula kepada orang lain”.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Allah SWT berfirman maksudnya :
“Dan berlumba-lumbalah kamu kepada keampunan dari Tuhan kalian dan berlumba-lumbalah mencari syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa”
(Surah Ali Imran : ayat 133)
KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT
1. Mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah manusia dari kemungkaran, 2. menyukai ketaatan dan 3. membenci kemaksiatan.
1. Mengajak manusia ke arah kebaikan dan mencegah manusia dari kemugkaran.
Amar makruf nahi mungkar merupakan mahkota bagi sifat-sifat orang-orang beriman dalam masyarakat muslim, iaitu orang-orang yang menjual diri mereka kepada Allah, mereka memberikan nyawa dan harta mereka dengan reda di jalan Allah SWT.
Firman Allah SWT maksudnya : "Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat, yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat makruf dan mencegah berbuat mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu. (Surah at-Taubah ayat 112).
Al-Quran al karim telah menjadikan rahasia kebaikan yang menjadikan umat Islam istimewa adalah kerana ia mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan beriman kepada Allah.
Firman Allah SWT maksudnya : "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah." (Surah Ali Imran ayat 110)
2. Menyukai ketaatan.
Taat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya adalah sifat mulia yang dituntut bagi diamalkan oleh setiap orang Islam. Taat yang dimaksudkan itu ialah kesetiaan menjunjung serta mengerjakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Setiap orang Islam dikehendaki menumpukan sepenuh taat setia tanpa sedikit pun berbelah bagi kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Taat setia yang penuh ialah mengerjakan semua perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Firman Allah SWT dalam surah al-Ma’idah ayat 92: "Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah, dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan Rasul-Nya) . Oleh itu jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata".
Firman Allah diatas jelas menunjukkan bahawa perintah agar mentaati Allah SWT itu adalah perintah yang tegas, tiada sebarang tolak ansur lagi, Jika ada manusia yang enggan mentaati perintah itu maka terpulanglah kepada dirinya sendiri. Rasulullah SAW telah menyempurna –kan tanggungjawabnya menyampaikan perintah tersebut dengan jelas dan nyata.
3. Membenci kemaksiatan.
Sabda Rasulullah SAW : Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah. sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla. (Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: “Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya.” Ini dipersetujui oleh al-Zahabi.)
Maksiat itu bukanlah suatu yang perlu dipromosikan dan perbuatan maksiat itu perlulah dibenci. Ini kerana jika ianya sering dicanang merata maka ianya menjadi suatu kebiasaan. Maksiat itu ada bezanya. Ada maksiat secara tertutup dan ada juga maksiat secara terbuka. Maksiat secara tertutup perlulah ditutup serapatnya. Namun maksiat secara terbuka perlulah digerakkan tindakan dalam mencegahnya. Kita bimbang apabila maksiat itu dianggap biasa, maka ianya sebenarnya sedang memanggil azab Allah. Maksiat secara terbuka adalah satu dosa purba dahulu kala yang sudah dimodenkan.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri kita sendiri dan melihat adakah amalan dan perbuatan kita setiap hari semakin mendekatkan diri kita kepada Allah SWT atau semakin jauh daripada Allah SWT. Semua hak-hak yang dijelaskan oleh Imam Syafie perlulah kita penuhi dan amalkan supaya ianya akan memudahkan perjalanan hidup kita di dunia dan hari akhirat.

No comments:
Post a Comment