Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Amr bin Syu'aib daripada ayahnya, daripada datuknya berkata : Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Dua jenis sifat, siapa yang memiliki kedua-duanya maka di catat di sisi Allah sebagai ahlu syukur (golongan yang bersyukur) dan sabar. Pertama, jika ia dalam hal agama selalu memperhatikan orang yang lebih tinggi untuk meniru dan mengikutinya, dan dalam hal dunia selalu melihat kepada orang yang lebih rendah daripadanya sehingga ia dapat bersyukur kepada Allah."
Hadis ini mengajar kita agar berusaha memiliki sifat zuhud, disamping qana'ah dan reda atas qadak dan qadar daripada Allah SWT. Dengan wujudnya sifat-sifat tersebut boleh membawa kepada rasa tenang dan sejahtera dalam melayari kehidupan. Orang yang bersifat seperti sifat tadi sebenarnya orang yang kaya kerana keperluannya dapat dikawal dan tidak perlu menadah tangan kepada orang lain, kaya secara batiniah itulah sebenarnya kaya yang hakiki.
Nabi SAW menjelaskan bahawa terdapat dua ciri-ciri golongan yang bersyukur dan sabar adalah seperti berikut :
Pertama, jika ia dalam hal agama selalu memperhatikan orang yang lebih tinggi untuk meniru dan mengikutinya.
Kedua , dalam hal dunia selalu melihat kepada orang yang lebih rendah daripadanya sehingga ia dapat bersyukur kepada Allah."
Huraiannya :

Dalam masaalah ibadat dan keagamaan dia akan melihat mereka yang lebih baik daripada dirinya sendiri, sentiasa berlumba-lumba untuk melakukan ibadah, amal soleh dan amal kebajikan. Merasai tidak puas-puas melakukan ketaatan kepada Allah SWT dan sentiasa menjadikan orang-orang soleh dan para ulama sebagai ikutan untuk melakukan ketaatan dan kebaikan.
Daripada Abdullah bin Mas’ud katanya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Tiada hasad dengki yang dibenarkan melainkan dalam dua perkara seseorang yang dikurniakan Allah harta yang banyak, lalu ia menyedekahkan harta itu dalam perkara-perkara yang hak dan benar. Sehinggalah hartanya habis dan seorang yang di kurniakan Allah dengan ilmu, lalu ia mengamalkan ilmunya itu serta mengajarkannya kepada orang lain. (Hadis Riwayat Bukhari).
Dalam hal seperti ini kita tidak dilarang jika berhasad dengki untuk mendapat kebaikan di sisi Allah Subhanahu Wataala. Malah ada kalanya dituntut oleh syarak. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Hadid, ayat 21:-
Maksudnya : "Berlumba-lumbalah kamu mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya luas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulnya yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikannya kepaa siapa yang dikehendakinya dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.
Orang mukmin akan sentiasa berfikiran positif di atas sedekah dan pengorbanan orang-orang kaya sehingga dia pun berniat dan berhajat untuk melakukan sedekah dan pengorbanan jika dikurniakan oleh Allah SWT harta dan kekayaan.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Seorang hamba yang dikurniakan Allah ilmu dan niat yang ikhlas, ia berkata, 'Seandainya aku memiliki harta, nescaya aku akan beramal sebagaimana yang diperbuat oleh si polan (golongan yang diberikah harta dan ilmu).' Dengan niatnya tersebut, maka pahala kedua-dua hamba ini sama."
(Hadis Riwayat Tirmizi).
Kedua , dalam hal dunia selalu melihat kepada orang yang lebih rendah daripadanya sehingga ia dapat bersyukur kepada Allah.
Untuk melahirkan kesyukuran di atas nikmat Allah SWT dia akan melihat dibawah iaitu keatas orang-orang fakir miskin, orang-orang cacat anggota dan mereka-mereka yang sedang menderita menghadapi penyakit yang serius.
Dengan dia memerhatikan orang yang fakir miskin dan anak-anak yatim yang memerlukan bantuan kewangan dan tidak mencukup untuk menyara kehidupan, begitu juga jika dilihat pula dinegara luar seperti di Sudan dan Somalia manusia mati kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi,akan menimbulkan keinsafan dirinya bahawa dia masih boleh makan dan minum dengan sempurna. Masih memiliki harta dan pekerjaan yang mampu menyara dirinya dan ahli keluarganya.
Melihat orang kurang upaya yang buta dan cacat anggota akan melahirkan rasa bersyukur kerana anggotanya cukup sifat dan sempurna. Betapa besarnya nikmat mata yang diberikan oleh Allah SWT kerana dapat melihat keindahan ciptaan Allah SWT. Begitu juga jika dibandingkan mereka yang uzur dan menderita menghadapi penyakit yang berbahaya seperti HIV dan barah dia akan insaf dan sedar betapa nikmatnya , nikmat sihat yang dikurniakan oleh Allah SWT.
Firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat Ku), maka sesungguhnya azab Ku sangat pedih.”
(Surah Ibrahim, ayat 7).
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
"Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab."
(Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)
Laksanakanlah sepenuhnya konsep syukur dalam aktiviti harian kita agar sentiasa cemerlang serta dapat membawa kebaikan kepada manusia lain. Ingatlah, bersyukur bukan setakat berkata 'alhamdulillah' tetapi bersyukur yang sebenarnya nampak penghayatan dalam kehidupan.
Tanda kita bersyukur diatas nikmat rezeki yang dikurniakan Allah SWT. kita laksanakan zakat, sedekah dan amal jariah. Tanda kita bersyukur diatas nikmat kesihatan tubuh badan dan akal fikiran kita melaksanakan ibadah dan amalan soleh dan sentiasa mentaati Allah dan Rasul-Nya. Dan tanda kita bersyukur diatas nikamat ilmu pengetahuan yang kita peroleh adalah kita pergunakan ia untuk menegakkan Islam dan melaksanakan peraturan hidup yang diturunkan Allah SWT. dan menjauhi larangan-Nya. Ilmu tersebut di amalkan dan disebarkan kepada orang lain.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita berusaha bersungguh-sungguh supaya kita semua termasuk di dalam golongan mereka yang bersyukur dan sabar yang dirahmati dan di redai oleh Allah SWT. Jika kita memiliki dua ciri-ciri tersebut yang dinyatakan di atas maka kita akan terpilih menjadi golongan tersebut. Tetapi jika kita berburuk sangka dengan Allah SWT, sentiasa mempersoalkan qadak dan qadar dan mengeluh panjang di atas ujian dan cubaan daripada Allah SWT maka kita akan menjadi golongan yang dimurkai oleh Allah SWT. dan akan mendapat azab dan seksaan daripada-Nya.
Ingatlah bahawa segala kesusahan dan penderitaan di dunia ini adalah bersifat sementara dan jika kita sabar dan tenang menghadapinya maka yakinlah bahawa setiap kesusahan itu ada kemudahan dan kebahagiaan. Allah SWT tidak akan sia-siakan doa dan hajat para hamba kepada-Nya.

2 comments:
Terima kasih.. Mohon utk dikongsi artikel ini..:)
Post a Comment