Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Cinta dan mencintai adalah fitrah yang lahir dari sanubari setiap insan yang bergelar manusia. Cinta itu sebenarnya indah apabila kita meletakkan cinta itu pada tempatnya. Maksudnya adalah cinta yang Allah redha...
Cinta yang Allah redha ialah cinta yang boleh membawa pasangan kita ke Syurga. Tidak inginkah membawa si dia ke Syurga? Syurga yang penuh dengan nilai cinta dan keindahan yang tiada tolok bandingnya… Jika benar kita ingin membawa si dia ke Syurga, jadi jalannya mesti dengan jalan yang Allah redha...
“Ya Allah, aku memohon cintaMu, cinta orang-orang yang mencintaiMu dan cinta kepada semua amalan yang boleh membawa kepada cinta dan sayang kepadaMu...”
Tidak mungkin Syurga di akhirat menjadi habuan kita, andai dunia bersalut neraka. Dunia adalah ladang akhirat, apa yang kita semai pada hidup yang sementara ini, itulah tuaian kita di akhirat kelak...
“Bercintalah sampai ke Syurga, wahai dua insan sedang bercinta…”
CINTA HAKIKI ialah cinta kepada Pemilik Cinta...
CINTA kerana RUPA, cinta yang PURA-PURA... bila MENINGKAT USIA, cinta LAYU bersama...
CINTA kerana WANG, sangat mudah TERBANG... ada WANG hati pun SAYANG, tiada wang cinta MELAYANG...
CINTA kerana PANGKAT, cinta yang TIDAK LEKAT... manakan bisa mendapat BERKAT jika hanya memandang DARJAT...
CINTA kerana ALLAH, itulah cinta HAKIKI.. rasa cinta yang TIADA MATI... bersemi lagi di SYURGA FIRDAUSI...
CINTA kerana WANG, sangat mudah TERBANG... ada WANG hati pun SAYANG, tiada wang cinta MELAYANG...
CINTA kerana PANGKAT, cinta yang TIDAK LEKAT... manakan bisa mendapat BERKAT jika hanya memandang DARJAT...
CINTA kerana ALLAH, itulah cinta HAKIKI.. rasa cinta yang TIADA MATI... bersemi lagi di SYURGA FIRDAUSI...
(Di petik daripada tulisan Syahmi Siti Nur)
No comments:
Post a Comment