Saturday, March 10, 2012

Anak Derhaka Membuang Ibunya di Bajet Hotel.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dalam Harian Metro, Jumaat, 9 Mac 2012 , Berita hadapan : Tinggal ibu lumpuh di hotel. Tangisan kerana anak . Seorang ibu berasal daripada Pengerang, Johor, Faridah Maulud 66 tahun ditinggalkan oleh anaknya dihotel bajet Kuala Lumpur.

Ibu itu ditemui oleh seorang kakitangan hotel semasa memeriksa bilik yang disewa anaknya yang berusia 27 tahun. Dia ditemui dalam keadaan tertiarap selama 4 hari yang lalu.
Faridah Maulud, kini dijaga oleh kakitangan hotel yang membantunya membersihkan diri dan menukarkan lampin pakai buangnya. Dia bersungguh-sungguh ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan pihak hotel yang banyak membentunya.
 

Ibu di tinggal di hotel bajet
Namun sayang seribu kali sayang, ada seorang insan yang sanggup menjadi anak derhaka kerana menginggalkan ibunya yang dalam keadaan lumpuh di sebuah hotel bajet berseorangan. Inilah tanda-tanda akhir zaman ramai anak-anak derhaka dilahirkan oleh sistem pendidikan yang hanya mengutamakan bidang akademik sedangkan mata pelajaran agama dijadikan pilihan bukan keutamaan. Tidak wujud pendidikan yang bersepadu diantara iman, akhlak, ilmu dan amalan.

Sahabat yang dimuliakan,
Alangkah sedihnya hati seorang ibu, membesarkan anaknya diberikan susunya dengan penuh kasih sayang dimanja dan dibelai semasa kecil, jika sakit seorang ibu sanggup berjaga malam dan sanggup berkorban apa saja asalkan anaknya sihat dan membesar menjadi insan berguna, beriman dan bertakwa. Seorang ibu bersusah payah menghantar anaknya kesekolah, menyiapkan baju, buku, wang saku, bekalan semata-mata ingin melihat anaknya berjaya dalam pelajaran. Ibu tidak mengharapkan kemewahan dan tidak suka menyusahkan anaknya, harapan seorang ibu disaat dia tua dan sakit dan tidak berdaya menguruskan diri sendiri, saat inilah harapannya agar anaknya dapat membantunya kerana keuzuran ini sehinggalah dia kembali menemui Allah SWT. 

Tetapi... harapan ini hanya tinggal harapan, kasih sayang yang diharapkan tidak kunjung tiba, si anak yang diharapkan telah membuangnya tanpa belas kasihan, ditinggalkan keseorangan dalam keadaan lumpuh tidak bermaya, kelaparan dan tidak berupaya membesihkan diri sendiri.

Wahai anak derhaka!! Inikah balasan yang kau berikan kepada ibumu?? Di manakah sifat perikemanusiaan dan timbang rasa?? Di manakah iman kamu?? Inikah cara kau melayan ibumu??Kenapakah hati kamu seperti hati syiatan yang tidak ada belas kasihan?? Sanggup melihat ibumu mati kelaparan dan terbiar tanpa diuruskan?? Apakah kamu rasa kamu akan selamat dan melepaskan amanah ini kepada orang lain?? Ingat wahai anak derhaka, kamu tidak akan cium bau syurga, tanpa reda ibumu , Allah SWT tidak akan reda padamu. Di dunia ini pasti kamu akan mendapat bala dan musibah, hidupmu akan sengsara , jiwamu tidak akan tenteram, rezekimu akan sempit dan kau pasti akan dihina dan hidup terseksa kerana kau menzalimi ibumu sendiri.

Alaqamah seorang sahabat Nabi SAW  yang beriman dan bertakwa, bukan seorang yang derhaka kepada ibunya, tidak ada niat langsung untuk menyakiti hati ibunya, tetapi tanpa disedarinya hati ibunya terguris kerana dia mengutamakan isterinya daripada ibunya, disaat kematiannya semasa nazak hampir-hampir tidak mampu mengucap kalimah Lailahaillallah jika ibunya tidak memaafkannya. Tetapi akhirnya dia mampu mengucap kalimah
Lailahaillallah, setelah ibunya memaafkan kesalahannya.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud :" Dosa yang paling besar ialah mensyrikkan Allah , derhaka pada ibu bapa dan membunuh orang”
(Hadis riwayat Anas bin Malik)

Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “ Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira (memberi keredan), maka sesungguhnya ia membuat reda Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah”  (Hadis riyawat Bukhari )

Anak derhaka tidak akan mencium bau syurga dan haram baginya untuk memasuki syurga Allah SWT.

Nabi SAW memberi wasiat kepada Saidina Ali k.wj : "Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu syurga yang berbunyi "Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (mengasut)."

Dalam al-Quran Allah SWT memerintahkan orang beriman agar berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Firman Allah SWT yang bermaksud : "Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;(dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." (Surah al-Luqman ayat 14)

Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita mendidik anak-anak kita semua menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Supaya peristiwa pahit yang menimpa masyarakat kita tidak berulang menimpa diri kita sendiri. Ajarlah anak-anak dengan akhlak Islam dan adab sopan, dan menghormati orang tua terutama ibu bapa.

Kita pula perlulah menjadi anak-anak yang soleh dan solehah untuk kedua ibu bapa kita sendiri, jika mereka sudah meninggal dunia banyakkanlah berdoa dan bersedekah untuk mereka di alam barzakh, jika ibu bapa kita masih hidup dekati dan sayangi mereka, ambillah tanggungjawab untuk membela mereka disaat mereka tua dan tidak mampu mengurus diri sendiri, jika kita lakukan kebaikan untuk ibu bapa kita maka balasannya nanti anak-anak kita akan lakukan perkara yang sama keatas diri kita insya Allah.

3 comments:

uMMi diNiy said...

Ya Allah..sanggup anak ini buat macam ni pada ibu..Semoga dia diberi hidayah dan petunjuk dari Allah

abubasyer said...

Assalamualaikum, Ummi Diniy, dunia hari ini ramai melahirkan anak-anak derhaka kerana sistem pendidikan yg terdapat disekolah-sekolah tidak menjurus kepada pelajar yang beriman dan bertakwa sehingga melahirkan hamba Allah yg bertakwa dan anak-anak yg soleh. Oleh itu perlulah kita mendidik anak-anak kita dan ahli keluarga kita supaya mereka memiliki akhlak yg mulia dan ilmu Islam yg sempurna, teruskan tarbiah dan nasihat kepada anak-anak kita dan para remaja kita semua. Wasslam

Ayiq98 said...

Laiilahahillah moga ank ini diteri azab kubur dan dunia yang setimpal dengan perbuatanya