Sahabat Rasulullah SAW iaitu ‘Utsman bin Abil ‘Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu,“Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah dan rancu”. Rasulullah SAW menjawab, “Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Akupun melakukan hal itu dan Allah SWT. menghilangkan gangguan itu dariku” (Hadis Riwayat Muslim)
Huraiannya :
Tanpa syak lagi sesungguhnya syaitan adalah punca kepada was-was. Mereka yang was-was mentaati syaitan, menyahut seruannya dan mengikuti perintahnya. Mereka berpaling daripada sunnah dan jalan baginda sehinggalah seseorang mereka menganggap apabila dia berwuduk sama seperti wuduk Rasulullah SAW atau mandi seperti baginda tetapi hati masih ragu-ragu dan merasai masih tidak bersih dan tidak hilang hadasnya.
Ibnul Qayyim berkata, “Termasuk tipu daya syaitan yang banyak menggangu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwudhu) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat”. Was-was itu membuat mereka tersiksa dan tidak nyaman"
Was-was adalah berpunca dari kurang faham sifat Islam ini. Sedang Nabi SAW memberitahu kita: “Agama itu mudah. Tiada seorang yang memberat-beratkannya melainkan dia menjadi susah. Maka bersederhanalah, dekatilah yang tepat dan gembirakanlah mereka”(Hadis Riwayat al-Bukhari).
Oleh itu marilah sama-sama kita jauhi diri kita daripada perasaan was-was yang di bisikkan oleh syaitan. Sentiasalah mengingati Allah SWT dan sering membaca doa perlindung daripada gangguan syaitan, sesungguhnya syaitan itu lemah dan tidak berupaya menganggu kita jika hati dan jiwa kita benar-benar yakin kepada Allah SWT.

No comments:
Post a Comment