Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sahabat yang dirahmati Allah,
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang memulakan hidupnya pada waktu pagi dengan hatinya dilimpahi keamanan, sihat pada tubuh badannya dan mendapat cukup makanan pada hari itu, maka dia seolah-olah memiliki dunia keseluruhannya."
(Hadis Riwayat Tirmizi . no. 2346).
Hadis tersebut menjelaskan tiga asas untuk kesenangan hidup, iaitu aman daripada ketakutan, sihat tubuh badan dan tidak menanggung kelaparan. Tujuan yang terdapat pada hadis tersebut mendorong sasaran supaya menerima hidayat Ilahi kerana di dalamnya akan dijumpai ketiga-tiganya.

Namun, makanan dan kesihatan saling berhubung. Setiap orang memerlukan makanan, apalagi ketika kesihatannya terganggu. Maka, orang sakit lebih memerlukan makanan. Antara arahan Nabi SAW ketika melawat orang sakit ialah memberikannya makanan yang disukainya.
Dalam hadis yang lain menceritakan maksudnya: "Nabi SAW melawat seseorang, lalu bertanya: Apa yang awak ingin makan? Jawabnya: Saya inginkan roti gandwn. Dalam satu riwayat, jawapannya: Saya inginkan ka'k (iaitu sejenis roti yang bulat atau panjang yang diperbuat daripada tepung gandum dengan campuran susu dan gula atau lain-lainnya).

Nabi SAW lalu meminta bahawa sesiapa yang mempunyai roti gandum diharap dapat dihantarkan kepada saudaranya yang sakit. Dalam riwayat yang lain menjelaskan bahawa Nabi SAW masuk melawat orang sakit lalu bertanya: Adakah awak inginkan sesuatu? Adakah awak inginkan ka'k? Orang itu menjawab: Ya. Lalu sahabat-sahabat mencari untuknya (Hadis Riwayat Ibnu Majah, no. 1439 dan 1440).
Hadis di atas menjelaskan bahawa tubuh badan memerlukan makanan untuk kestabilannya, terutamanya ketika ia sakit kerana keperluan ketika itu lebih terdesak untuk memulihkan kesihatan. Dengan itu, apa-apa makanan yang diperlukan ketika itu hendaklah diadakan. Keadaan tersebut mendorong sasaran menerima dan menyakini Islam, kerana menguntungkan pesakit untuk memulihkan kesihatannya dan menguntungkan pelawat dengan pahala yang dijanjikan, di samping dapat membina hubungan baik di antara mereka.
No comments:
Post a Comment