Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sahabat yang dirahmati Allah,
Solat Tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sebagai salatullail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.
Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini.
Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik untuk tidur lengkap dengan doa-doanya.Bolehlah kita ringkaskan latihan untuk tidur malam seperti berikut :
1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.
2. Tunaikan solat Isyak sebelum tidur.
3. Bersihkan tempat tidur seperti tilam, bantal dan cadar dari habuk dan lain-lain kotoran.
4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.
5. Kurangkan masa tidur dari lapan jam sehari kepada tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bulan kedua kurangkan masa tidur malam kepada enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga kepada lima jam sehingga kita boleh tidur untuk masa tiga/empat jam sahaja.
Cara untuk kita tidur dan bangun juga mempunyai peraturan yang perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan mengelakkan diri dari dihidapi pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur melompat dari tidurnya boleh menghadapi risiko sakit jantung yang boleh membawa maut.
Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam.

Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.” ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )
Cara Mendirikan Solat Tahajjud
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya: “Amalan yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun sedikit.” (Hadis Riwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
1. Sebelum mengerjakan Solat Tahajjud baca doa berikut :
Tiada Illah melainkan Dikau, Maha Suci Dikau! Daku memohon ampun kepada-Mu bagi dosa-dosaku dan daku memohon kepada-Mu akan Rahmat-Mu. Ya Allah! Tambahkanlah padaku ilmu dan janganlah Dikau pesongkan hatiku setelah Dikau berikan petunjuk. Dan berikanlah daku Rahmat-Mu; Sesungguhnya Dikaulah yang melimpahkan rahmat! Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkanku dan kepada-Nyalah tempatku kembali.
2. Niat Solat Tahajjud:
Sahaja aku solat sunat tahajjud dua rakaat, kerana Allah Ta’ala.
3. Bacaan Surah selepas Al-Fatihah:
a) Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (7 kali)
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (11 kali)
Atau;
b) Rakaat pertama: Ayat Al-Kaafirun
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas
Atau;
c) 10 Ayat Terakhir, Surah Al-Imran,.
(Rasulullah SAW sering membaca ini pada solat Tahajjud Baginda.)
4. Selepas membaca tasbih pada sujud kedua dalam rakaat terakhir, bacalah doa berikut 3 kali:
5. Selesai salam solat Tahajud, bacalah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah SAW ini:.
.
.
6. Kemudian sambung baca Doa Solat Sunat Tahajjud berikut:~
Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar.
Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah!
Ya Allah! Berilah kami kebaikan di dunia dan kebajikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
Selawat Allah ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarga serta para sahabat sekeliannya. Segala puji hanyalah untuk Allah; Tuhan Pemelihara seluruh alam.!
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita amalkan solat tahajud tanda kita bersyukur di atas nikmat Allah SWT yang banyak telah kita kecapi. Solat tahajud sebenarnya dapat menjalin hubungan kasih kita kepada Allah SWT kerana di waktu dua pertiga malam waktu yang suci untuk bermunajat dan bertaubat kepada Allah SWT.
2 comments:
Salam Ustaz.
Saya dulu seorang yg lalai dalam solat.sekarang apabila insaf saya cuba qhoda kembali solat2 saya semampu saya.Kdg2 saya buat solat tahajud bila saya bangun pukul 5 atau 5:30 pagi.kdg2 saya qhoda solat.Apakah yg terbaik utk saya?solat tahajud kah atau Qhoda solat?
waalikumusalam, menurut ulama bagi seorang muslim yang pernah ditinggalkan solat wajib, maka wajib diqadakan solat tersebut bila ada waktu yg terluang. Solat tahajud adalah solat ditengah malam selepas tidur sebentar. Jika bagun daripada tidur dimalam hari eloklah solat tahajud kerana solat ini hanya boleh dilakukan diwaktu malam sedangkan solat qada boleh dilakukan bila-bila masa yg terluang. Dalam alquran ada menjelaskan bahawa salah satu ciri-ciri ahli syurga adalah mereka yg sering solat tahajud. waulahualam
Post a Comment