Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Persaudaraan (ukhuwah) di dalam Islam tidak akan menjadi suci, murni, kukuh dan saling tolong menolong di atas dasar kebajikan melainkan jika terjadi kerana Allah SWT. di dalam mencari keredan-Nya. Banyak hadis Nabi SAW yang membenarkan kenyataan ini.
Pertama : Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, " Tiga perkara siapa yang ada padanya akan dapat merasa kemanisan iman, iaitu : 1.Bahawa Allah dan Rasul-Nya lebih dikasihi daripada yang selainnya. 2. Seseorang itu kasih kepada seseorang dan tiadalah ia kasih kepadanya melainkan kerana Allah. 3. Bahawa ia benci untuk kembali menjadi kekufuran sebagaimana ia benci untuk dimasukkan ke dalam api neraka." (Hadis Riwayat Bukhari)
Kedua : Nabi SAW bersabda yang bermaksud, "Dan dua orang berkasih-kasihan dalam agama Allah dan begitu juga apabila berhimpun." (Hadis Riwayat Bukhari)
Ketiga : Nabi SAW bersabda yang bermaksud, "Bahawa seorang lelaki yang menziarahi saudaranya di desa. Maka Allah SWT. mengutuskan seorang malaikat mengikuti dalam perjalanannya, maka manakala malaikat bertemu dengan lelaki itu ia bertanya. "Ada urusan apa?"
Jawab lelaki itu, "Aku hendak menemui saudaraku di desa ini."
Malaikat bertanya lagi, "Ada apa-apa yang dibawanya?"
"Tidak! Melainkan aku kesana kerana aku kasih kepadanya."
Lalu berkata malaikat, "Aku malaikat utusan Allah SWT. untuk memberitahu bahawa Allah SWT. kasihkan engkau sebagaimana engkau kasihkan saudaramu."
(Hadis Riwayat Muslim)
Sahabat yang dimuliakan,
Perlu diingat bahawa persaudaraan dalam Islam tidak akan menjadi jujur kerana Allah SWT dan mencari keredaan-Nya melainkan apabila persaudaraan itu didorong oleh keimanan dan untuk memperolehi ketakwaan. Ini kerana tiada persaudaraan tanpa iman dan tiada persahabatan tanpa takwa.
Firman Allah SWT yang bermaksud :"Bahawa orang-orang yang beriman itu bersaudara."
(Surah al-Hujurat ayat 10)
Firman-Nya lagi dalam al-Quran yang bermaksud : "Pada hari ini sahabat-sahabat karib. Sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengannya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)."
(Surah az-Zukhruf ayat 67)
Individu yang dibentuk di atas tapak keimanan dan ketakwaan, apabila menjalani persahabatan maka persahabatan itu benar-benar ikhalas semata-mata kerana Allah SWT, bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah SWT. Dalam satu hadis Nabi SAW ada menyatakan bahawa salah satu golongan yang mendapat perlindungan Allah SWT.di hari akhirat nanti adalah insan yang bertemu dan berpisah semata-mata kerana Allah SWT.
Sahabat yang dihormati,
Terdapat banyak jalan untuk mengukuhkan ikatan ukhuwah, dan sekiranya anggota masyarakat berpegang dengannya dan melaksanakan di dalam kehidupan mereka nescaya akan bertambah kuatlah persaudaraan sesama mereka.
Antaranya adalah seperti berikut :
1. Nyatakan rasa kasihmu pada saudaramu.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Jika seseorang itu kasih akan saudaranya, beritahulah kepadanya." (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi).
2. Minta supaya saudaramu mendoakanmu sebelum berpisah.
Saidina Umar al-Khattab r.a berkata, "Saya minta izin kepada baginda SAW untuk mengerjakan umrah." Baginda SAW membenarkan dan berpesan, "Jangan lupa bila berdoa untuk kami bersama." (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi)
3. Bermanis muka ketika bertemu.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Janganlah kamu memandang hina terhadap kebaikan walaupun kecil, walaupun bermanis muka ketika bertemu dengan kawan-kawan."
4. Segeralah bersalam apabila bertemu.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Tiadalah dua orang Islam yang bertemu lalu bersalaman melainkan dosa mereka akan diampunkan sebelum berpisah."
5. Selalu menziarahi saudaranya dari masa kesemasa (satu tempuh yang tidak terlalu kerap dan tidak terlalu jarang).
Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Siapa yang mengunjungi orang sakit atau menziarahi saudara seagama dengannya menyerulah penyeru (malaikat), engkau baik, perjalanan engkau juga baik dan engkau akan menduduki rumah di syurga."
Dalam riwayat yang lain Nabi SAW. bersabda yang bermaksud, "Ziarahilah saudaramu untuk menambahkan kasih sayang."
6. Memberi ucapan tahniah kepada saudaranya dan menyukakan hatinya.
"Siapa yang menemui saudaranya dengan apa-apa yang menyukakan, nescaya Allah Azzawajalla akan menyukakannya pada hari kiamat."
7. Memberi hadiah kepada saudaranya ketika-ketika yang munasabah.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud, "Hendaklah kamu memberi hadiah, ia boleh membangkitkan kasih sayang dan menghapuskan rasa dendam di hati."
(Hadis Riwayat Dailami dari Anas)
8.Laksanakan tanggungjawab persaudaraan dengan sempurna.
Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."
(Hadis Riwayat Muslim).
Sahabat yang dikasihi,
Marilah kita bina semula ikatan persaudaraan Islam yang mungkin tergugat dengan perbezaan pandangan. Apabila kita bina semula kekuatan ukuwah Islamiah sebenarnya iblis dan syaitan cukup cemburu kerana usaha-usahanya untuk memecah belahkan perpaduan sesama muslim gagal dicapai. Sesungguhnya jika umat islam bersatu dan menyerahkan diri kepada Allah SWT insya Allah rahmat dan keberkatan akan dikurniakan oleh Allah SWT.

No comments:
Post a Comment