Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: '"Apabila datangnya Ramadan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai atau dibelengu para syaitan" (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Imam Qurtubi berpegang kepada hadis Imam Bukhari dan Muslim di mana para syaitan diikat tanpa pengecualian.
Namun di situlah timbulnya kemusykilan. Kalau dah semuanya kena ikat, macam mana ramai yang boleh lagi dengan selamba buat maksiat tanpa rasa segan silu dibulan Ramadan?
Kemusykilan itu dijawab oleh Imam Qurtubi, “Pembelengguan kesemua syaitan tidak membawa makna tidak akan berlaku kejahatan dan maksiat kerana ada sebab-sebab lain berlakunya maksiat dan kejahatan seperti hawa nafsu yang jahat, adat kebiasan yang buruk dan syaitan-syaitan dikalangan manusia”.

Sahabat yang dimuliakan,
Berdasarkan hadis sahih di atas, iblis dan syaitan yang menjadi bala tentera iblis telah di rantai dibulan Ramadan tetapi kenapa pada bulan ini masih ada orang Islam yang tidak berpuasa dan melakukan maksiat? Kenapa amalan-amalan dosa masih dilakukan oleh manusia seperti tidak berpuasa, main judi, masih membuka aurat, masih melakukan penipuan, cepat marah, ambil rasuah dan membuat berita-berita fitnah?
Walaupun iblis dan kuncu-kuncunya telah diikat (secara fizikal) tetapi kesan daripada amalan syaitan yang menguasai hawa nafsu manusia masih bebas tidak diikat, maka hasil daripada kebiasaan (buruk) yang melekat di hati manusia inilah yang mendorong untuk manusia meneruskan melakukan dosa dan maksiat sebagaimana pendapat Imam Qurtubi seperti di atas.
Hasil daripada hasutan, bisikan, pujikan, dorongan iblis dan syaitan selama 11 bulan, kepada hati manusia hingga mendorongnya melakukan dosa dan maksiat (menjadi kebiasaan dan bersarang dihati) maka hati manusia telah menjadi hitam , keras, berkarat dan berpenyakit. Walaupun pendorongnya tidak ada tetapi kesan itu masih ada dan berlakulah amalan maksiat ynag berterusan.
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan sesuatu dosa, terbentuklah bintik hitam pada hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfar, maka bersihlah daripadanya bintik hitam itu. Dan apabila dia terus melakukan dosa, bertambahlah bintik hitam itu pada hatinya, sehingga tertutuplah seluruh hatinya, itulah karat yang disebut Allah SWT di dalam kitabNya: 'Sesekali tidak, sebenarnya apa yang mereka lakukan telah mengkaratkan(menutup) hati mereka'. Surah Al-Mutoffifin ayat 14.” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya : “Ketahuilah di dalam jasad itu ada segumpal daging, apabila dia baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila dia buruk maka buruklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itu adalah hati.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, dari Nu’man bin Basyir)
Oleh itu jauhilah segala bentuk dosa-dosa samaada kecil atau besar supaya hati kita sentiasa bersih dan sejahtera daripada segala syirik. nifak dan sifat mazmumah.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita menjalani ibadah puasa dengan hati yang ikhlas dan berpuasa semata-mata kerana Allah SWT dengan azam untuk menjadi mukmin yang bertakwa. Inilah masanya untuk kita bersihkan hati kita daripada segala selaput dosa yang bersarang di hati dan meningkatkan iman dan takwa dan menjaga perhubungan hati kita dengan Allah SWT setiap masa dan ketika.
No comments:
Post a Comment