Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Masuk sahaja waktu magrib 1 Ramadan , maka bermulalah bulan Ramadan al-Mubarak yang penuh rahmat dan berkat. Segala-galanya tidak sama dengan 11 bulan yang lalu kerana dibulan ini segala amalan sunat kita akan diganjari sebagai pahala fardu dan segala amalan yg difardukan akan digandakan berlipat kali ganda. Berbanyak-banyak bersyukurlah kepada Allah SWT kerana Allah SWT telah pilih kita hidup di dalam bulan Ramadan sedangkan ramai saudara-saudara kita telah pergi dijemput oleh Allah SWT tanpa dapat bertemu Ramadan untuk tahun ini.
Firman Allah SWT dalam surah al-fath ayat 29 bermaksud :
"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang (rahmah) sesama mereka".
Sabda Rasulullah SAW. dari Abu Hurairah r.a maksudnya :"Ketika Allah SWT menentukan takdir makhluk-Nya , Dia menuliskan di dalam kitab-Nya di atas Arasy : 'Sesungguhnya rahmat-Ku mengalahkan (mengatasi) Marah-Ku'. "
(Hadis Muttafaqun 'Alaih , Bukhari dan Muslim )
Begitu juga dengan sabda Rasulullah SAW dari Abu Hurairah r.a maksudnya :"Allah SWT memiliki 100 rahmat. Dari rahmat-rahmat itu dia menurunkan 1 rahmat untuk para jin , manusia , haiwan dan binatang melata. Dengan rahmat itu juga para makhluk dapat berkasih sayang , berlemah lembut , dan dengannya juga binatang buas menyayangi anak-anaknya. Allah SWT mengakhirkan 99 rahmat-Nya yang akan diberikan kepada hamba-hamba-Nya pada hari kiamat nanti." (Hadis Muttafaqun 'alaih , Bukhari dan Muslim )
Sahabat yang dimuliakan,
Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Allah Taala akan memberikan pahala yang tersebut kepada sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa untuk berbuka puasa sama ada dengan sebiji buah tamar (kurma) atau segelas air sejuk atau dengan sedikit susu yang bercampur air. Bulan Ramadan juga ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat, pertengahannya dipenuhi dengan keampunan dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus dari neraka". (Hadis diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dalam kitab sahihnya).
Kita sedang berada di awal bulan Ramadan (1-10 Ramadan) Iaitu 'permulaannya rahmat'. Ketika inilah Allah SWT memberikan rahmat-Nya yang tidak putus-putus kepada kita sebagai hamba-hamba-Nya. Kasih sayang Allah meliputi seluruh langit dan bumi.
Kita masih bernafas dan sihat tubuh badan kerana rahmat Allah. Kita telah diberi-Nya rezeki yang tak putus-putus, masih beriman dan bertakwa dan masih berpeluang menjalani ibadah puasa dibulan yang mulia ini atas rahmat Allah. Hidup dan mati kita, diterima-Nya amal ibadah dan amal soleh kita dihari akhirat dan dimasukkan kedalam syurga-Nya seluas langit dan bumi adalah kerana rahmat-Nya.
Dari Jabir, ia berkata: Saya pernah mendengar Nabi SAW. bersabda maksudnya : "Amal saleh seseorang diantara kamu tidak dapat memasukkannya ke dalam syurga dan tidak dapat menjauhkannya dari azab api neraka dan tidak pula aku, kecuali dengan rahmat Allah."
(Hadis Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadis tersebut masuknya kita ke dalam syurga Allah SWT. adalah disebabkan dengan rahmat Allah bukan dengan amalan yang kita laksanakan. Walaubagaimana pun untuk mendapat rahmat Allah SWT kita perlu membuat amal soleh, amal kebaikan dan beribadah dengan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT, semoga dengan ketaatan kita mengikut perintah Allah SWT. didunia dan meninggalkan larangan-Nya kita akan terpilih diantara hamba-Nya yang dirahmati dan dikasihi. Oleh itu dengan sifat Maha Pemurah dan Maha Penyayang Allah SWT, Dia memasuki kita ke dalam syurga-Nya dengan rahmat-Nya.
Nabi SAW. menjelaskan bahawa amal ibadah yang kita kerjakan bukanlah pasti bagi Allah SWT. masukkan kita didalam syurga-Nya, kerana betapa ramai orang yang beribadah tetapi apabila ada sahaja sedetik saja rasa ujub atau riak dalam dirinya maka seluruh amalannya tak akan diterima oleh Allah SWT.
Janganlah kita merasa puas dengan sedikitnya amal soleh dan ama libadah yang telah kita laksanakan. Kita perlu berdoa dan memohon supaya Allah SWT sentiasa memberi taufik dan hidayah-Nya dan rahmat-Nya dalam kehidupan kita seharian.
Bayangkan betapa besarnya kerajaan Allah SWT. rahmat dan kasih sayang-Nya hanya 1 rahmat saja sudah mencakupi keperluaan semua makhluk-Nya terdiri daripada jin, manusia, binatang-binatang,tumbuh-tumbuhan dan makhluk-Nya yang lain. 99 rahmat lagi Allah akan kurniakan dihari akhirat nanti. Oleh itu jadilah kita hamba Allah yang bersyukur dengan mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segalalarangan-Nya.
Sahabat yang dikasihi,
Kadang-kala kita lebih yakin pada diri kita sendiri atau kita lebih suka bergantung kepada sesama makhluk lebih daripada bergantung dan bertawakal kepada Allah SWT. Manusia sanggup bersusah payah berjumpa orang lain demi mengadu rasa hati dan derita sehingga dia lupa untuk mengadu kepada Allah SWT sedangkan Dia senantiasa mendengar rintihan hamba-hamba-Nya dengan penuh rahmat.
Ini semua kerana insan merasakan Allah itu jauh darinya dan dia lupakan firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk"
Allah tidak jauh daripada setiap hamba. Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah.
Oleh itu dengan tibanya Ramadan kali ini maka inilah masanya kita cuba meningkatkan amal ibadah kita dan perbanyakkan solat sunat, zikir, membaca al-Quran, menuntut ilmu, bersedekah dan amal-amal yang lain. Apabila seseorang menjaga agamanya, memelihara tanggungjawabnya sebagaimana dititah perintahkan Allah SWT kepadanya, maka dia akan merasa betapa Allah SWT bersama dengannya semua urusannya. Gunakan sepenuhnya dibulan Ramadan ini untuk kita sentiasa berdoa dan bermunajat semoga di fasa pertama ini kita memperolehi rahmat AllahSWT.
No comments:
Post a Comment