Saturday, April 11, 2015

Kemuskilan Agama : Perkahwinan Dalam Islam.

Soalan Ke Lapan Puluh Empat : Bolehkan ustaz jelaskan tujuan perkahwinan di dalam Islam dan ciri-ciri peribadi bakal suami atau isteri yang ada sebelum bernikah.

Jawapan :

Perkahwinan menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul (aqad nikah) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.  . Allah SWT. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina.

Hukum hukum perkahwinan dalam Islam

1. Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya. Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.

2. Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.

3. Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, samaada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat.

4. Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

Hikmah Perkahwinan :

1. Cara yang halal untuk menyalurkanm nafsu seks melalui ini manakala perzinaan liwat dan pelacuran sebagainya dapat dielakkan.

2. Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman.

3. Memelihara kesucian diri.

4. Melaksanakan tuntutan syariat.

5. Menjaga keturunan :

6. Sebagai Media Pendidikan: 

Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak.

7. Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab.

8. Dapat mengeratkan silaturahim.

Dalil Pensyariatan

Firman Allah SWT maksudnya, " Wahai manusia! bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam) dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa)  dari (diri)nya, dan dari keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang ramai..." (Surah An-Nisaa': ayat 1 )

Pemilihan Calon

Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di dalam Islam. Namun, ia hanyalah panduan dan tiada paksaan untuk mengikut panduan-panduan ini.

Ciri-ciri Bakal Suami. Yang Baik.

1. Beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT.

2. Bertanggungjawab terhadap semua benda.

3. Memiliki akhlak-akhlak yang terpuji.

4. Berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar.

5. Tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya.

6. Rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.

Ciri-ciri Bakal Isteri Yang Baik.

1. Beriman dan solehah.

2. Rupa paras yang cantik dan elok.

3. Memiliki akhlak-akhlak yang terpuji.

4. Menentukan mas kahwin yang rendah.

5. Wanita yang subur.

6. Masih dara.(untuk lelaki bujang)

7. Berasal dari keturunan yang baik.

8. Bukan keturunan terdekat.

9. Tidak memandang harta semata-mata.

Melihat Bakal Suami Atau Isteri :

Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangan sahaja.

Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk merisik(melihat tunang)dan meminang: "Daripada Abu Hurairah r.a. berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya? Jawabnya tidak (kata lelaki itu kepada Rasullullah).Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)

Hadis Rasullullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang:
"Daripada Ibnu Umar r.a. bahawa Rasullullah SAW telah bersabda: "Kamu tidak boleh meminang tunang saudara kamu sehingga dia (membuat ketetapan untuk) memutuskannya". (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) - Asy-Syaikhan

Nikah :

Rukun Nikah :

1. Pengantin lelaki

2. Pengantin perempuan

3. Wali.

4. Dua orang saksi

5. Ijab dan kabul (akad nikah)

Syarat Bakal Suami.

1. Islam.

2. Lelaki yang tertentu.

3. Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri

4. Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut

5. Bukan dalam ihram haji atau umrah

6. Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan

7. Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa

8. Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri

Syarat Bakal Isteri

1. Islam.

2. Perempuan yang tertentu

3. Bukan perempuan mahram dengan bakal suami

4. Bukan seorang khunsa

5. Bukan dalam ihram haji atau umrah

6. Tidak dalam idah

7. Bukan isteri orang 

Syarat Wali.

1. Islam, bukan kafir dan murtad

2. Lelaki dan bukannya perempuan

3. Baligh

4. Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan

5. Bukan dalam ihram haji atau umrah

6. Tidak fasik

7. Tidak cacat akal fikiran, terlalu tua dan sebagainya

8. Merdeka.

9. Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya

No comments: