سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Huzaifah r.a berkata : “Orang-orang Islam yang lain bertanya Rasulullah SAW tentang kebaikan dan saya bertanya Rasulullah tentang kejahatan, kerana saya bimbang (takut) saya terjatuh kedalam kejahatan, lalu saya berkata kepada Rasulullah SAW, :
“Ya Rasulullah , kami sesungguhnya berada di dalam keadaan jahiliah dan kejahatan, tetapi Allah hantarkan kebaikan, apakah ada selepas kebaikan ini kejahatan?”
Rasulullah SAW menjawab : "Ya ada”
Kemudian saya bertanya lagi, “Apakah selepas kejahatan ini ada kebaikan?”
Rasulullah SAW menjawab “Ya ada, tetapi di dalamnya ada dakhan”
Kemudian saya bertanya kepada Rasulullah SAW “Apakah dakhan itu?”
Rasulullah SAW menjawab “Yang di maksudkan dakhan itu adalah suatu kaum yang mengambil suatu peraturan lain dari sunahku dan mengambil petunjuk lain dari petunjukku, kamu kenal mereka maka hendaklah kamu tolak mereka.”
Saya bertanya lagi : Adakah selepas itu (kebaikan), ada lagi kejahatan?”
Rasulullah SAW menjawab : “Ya ada, iaitu pendakwah (penyeru) yang berada di tepi jurang neraka, siapa yang menyahut seruan mereka akan di campakkan kedalam neraka”
Saya bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah perintahmu jika saya sampai pada masa itu (iaitu masa penyeru-penyeru yang menyeru di tepi jurang neraka)?”
Rasulullah SAW menjawab : “ Hendaklah kamu duduk bersama-sama Jemaah Muslimin dan ikut imam mereka”
Kemudian saya bertanya lagi : “Jika tiada jemaah dan tiada imam, macamana?”
Rasulullah SAW menjawab : “Hendaklah kamu jauhkan dari semua kumpulan itu. Jangan dekat dengan kumpulan itu walau pun kamu terpaksa berpaut di batang pokok, hatta sampai kamu mati di situ di dalam keadaan kamu berpaut di pokok itu”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Berdasarkan hadis di atas, dapatlah kita mengambil pengajaran bahawa setiap individu muslim perlulah berhati-hati di dalam kehidupan ini kerana di takuti terjebak dan mengikuti banyak kumpulan-kumpulan di dalam masyarakat yang tidak mengambil Al-Quran dan sunah sebagai asas perjuangan mereka. Mereka mengambil idealogi nationalis, sosialis, kapitalis dan perkauman, yang di gelar oleh Rasulullah s.a.w sebagai “dakhan”. Kadangkala kumpulan –kumpulan seperti ini melaungkan selogan Islam, tetapi hakikat sebenarnya mereka adalah sekular.
Mereka-mereka inilah yang mengajak dan menyeru umat Islam menuju kejurang neraka, kita boleh kenal peribadi-peribadi mereka yang mempertahankan undang-undang ciptaan manusia, menentang hukum hudud dan memutuskan sesuatu permasalaan umat Islam berdasarkan peraturan yang bercangah dengan syariat Islam atau pun kumpulan ajaran sesat yang menyelewing dari akidah Islam.
Sahabat yang dimuliakan.
Oleh itu marilah sama-sama kita duduk di dalam saf Jemaah Islam yang sebenar untuk menjalankan tugas-tugas dakwah “amal makruf nahi mungkar”dan meneruskan proses tarbiah di dalam barisan yang tersusun rapi dan sentiasa istiqamah hinggalah kita bertemu Allah SWT dalam keadaan reda meredai.
No comments:
Post a Comment