Sunday, June 28, 2009

Tauhid Kepada Allah


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Bila di lafaz sahaja Kalimah Syahadah “ Tiada Ilah di sembah melainkan Allah” ini bermakna seseorang itu telah mengaku, mengikrar dan mengumumkan bahawa Allah SWT  adalah Ilahnya, Allah SWT sebagai sembahannya, Allah SWT sebagai tempat dia berserah diri dan meminta pertolongan, tempat bertawakal dan tempat seharusnya di takuti . Allah SWT adalah tempat memohon segala harapan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari (keinginan) hawa nafsunya, maka sesungguhnya, syurga tempat tinggalnya." (Surah an-Naaziat ayat 40-41)

Suatu perkara yang kita kena didik dalam diri kita ialah rasa takut kepada Allah SWT dan kita asuh nafsu kita supaya tunduk di bawah telunjuk iman.Kalimah Syahadah yang kita ucapkan bermakna Allah SWT yang menghidupkan kita dan Allah SWT sahaja yang berkuasa mematikan kita bila-bila masa yang di kehendakiNya.

Allah SWT sahaja Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Dia yang mengatur dan mengubal UNDANG-UNDANG SEJAGAT termasuk alam tumbuhan, haiwan, jin dan juga manusia. 

Manusia tidak boleh memilih selain daripada undang-undang yang telah di tetapkan oleh Allah SWT. Undang-undang Allah SWT sudah cukup sempurna kerana Dia bersifat Maha Sempurna.

Bagi mereka-mereka yang angkuh dan merasa puas dengan kehidupan duniawi dan menafikan hak Allah SWT di muka bumi ini, maka tempat tinggal mereka adalah neraka Jahim.

Abu al-Abbas Abdullah bin Abbas, radiyallahu anhuma, berkata: Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku: "Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu?perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran lembaran telah kering (dakwatnya)". (Hadis Riwayat Tirmizi)

Bilamana seseorang itu mengaku Allah SWT sebagai Ilah maka dia juga mesti menerima dan mengaku Allah SWT sebagai Rabb, iaitu mengaku bahawa Allah SWT sebagai Pemilik dan Penguasa alam ini termasuk manusia itu sendiri.

Tauhid terbagi kepada dua :

1.Tauhid Uluhiyah (meng Esakan Allah SWT, menerima undang-undang dan mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah SWT)

2.Tauhid Rububiyah (meyakini segala sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT dan meyakini bahawa Allah SWT adalah Pemilik, Pencipta dan Penguasa alam semesta)

Apabila Tauhid ini (Tauhid Uluhiyah dan Tauhid Rububiyah) tidak ada dalam hati kita ini bermakna kita telah mensyirikkan dan menyekutukan Allah SWT. Tidak ada dosa yang lebih besar melainkan dosa mensyirikan Allah SWT. Di hari akhirat nanti dia ,tidak akan mengampunkan dosa mereka-mereka yang mensyirikanNya ketika di dunia ini.

Sahabat yang dimuliakan,
Syahadah yang kita ucapkan perlu kepada tuntutan, ingatlah bila mana kita mengucap sahaja Kalimah Syahadah, ini bermakna kita telah mencabut segala kekuasaan yang di kuasai oleh sesiapa sahaja dalam kehidupan kita dan di kembalikan kepada Kekuasaan Allah SWT. 

Manusia akan bebas dari belengu yang mengikat dirinya iaitu belengu adat istiadat yang di warisi dari datuk nenek moyang mereka yang bercangah dengan syariah Islam, belengu yang berupa undang-undang ciptaan manusia yang mengusai pemerentahan dan penguatkuasaan di dalam kehidupan harian yang mana ianya terang-terang bertentangan dengan Al- Quran dan Sunnah NabiNya dan belengu yang berupa hawa nafsu yang menguasai hati dan perasaannya.

Orang-orang arab jahiliyah percaya bahawa langit dan bumi di ciptakan oleh Allah SWT, tetapi apabila di ajak beriman kepada Allah SWT dengan pengakuan bahawa “Tiada Ilah yang di sembah melainkan Allah” maka mereka menolaknya di sebabkan mereka cukup sayang pada ilah-ilah yang lain iaitu sistem hidup dan adat istiadat “latta dan uzah” yang di warisi dari datuk nenek moyang mereka. Mereka tidak mahu meninggalkan amalan mengikut hawa nafsu yang menjadi sebagai ilah-ilah mereka. Hidup mereka telah sebati dengan perbuatan zina, bermain judi, minum arak, mengambil riba, menindas orang fakir miskin, membunuh anak perempuan dan meninggalkan hidup anak lelaki, tenung nasib dan lain-lain lagi. Mereka cukup faham apabila mereka mengucapkan sahaja kalimah ini mereka pasti dan terpaksa meninggalkan segala amalan-amalan jahiliyah yang telah sebati dalam kehidupan mereka seharian. Itulah sebabnya mereka bermati-matian memerangi dan menzalimi Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda.

Sahabat ayng dikasihi,
Apabila kita kaitkan suasana di zaman jahiliyah dahulu berbanding dengan suasana kita sekarang ini ada beberapa persamaan dari segi prinsip, walaupun suasana ketika itu tidak ada kemajuan sain dan teknologi. Hari ini manusia rata-rata menolak hukum-hukum Allah SWT, mereka menganggap hukum-hukum Allah s.w.t tidak sesuai di laksanakan dalam kehidupan sekarang ini kerana kepesatan kemajuan sain dan teknologi dan hidup di dunia tanpa sempadan. Alasan yang lain hidup dalam masyarakat majmuk perlu toleransi dan mengiktiraf kebebasan dan hak asasi manusia!

Ingatlah ! sebagai seorang mukmin yang beriman kepada Allah SWT dan rukun-rukun Iman yang lain dan beriman kepada Tauhid Uluhiyah dan Tauhid Rububiyah, maka kita perlu meyakini sepenuh hati bahawa keimanan tidak boleh di pisahkan dalam kehidupan. Apabila kita beriman kepada Allah SWT ini bermakna kita kena terima sistem hidup Isam yang sempurna. Islam merangkumi segala kehidupan manusia, dalam bidang ekonomi, politik, pemerentahan, pentadbiran, sosial, kewangan, kekeluargaan, kehakiman dan lain-lain lagi. Yakinilah bahawa undang-undang Islam dan hukum hudud sesuai di sepanjang zaman. Hanya perlaksanaannya sahaja perlu kepada peringkat demi peringkat berdasarkan keadaan semasa.

No comments: