Monday, July 6, 2009

Sepuluh Wasiat Hassan Al-Banna

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
As-Syahid Imam Hassan Al-Banna memberi pesanan 10 Wasiat untuk di baca , di renung dan terus di amalkan katanya :

1.Bangunlah sembahyang serta merta apabila saudara mendengar azan walau bagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran, atau tatapilah buku-buku , atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkan zikrullah , dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.

3.Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul, kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apa pun jua kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang di kehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan , dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asas gerakan Dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10.Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak mengunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskanlah perlaksanaannya.

Sahabat yang dimuliakan,
Walaupun pesanan As Syahid Imam Hassan Al- Banna dalam sepuluh perkara nampak ringkas, tetapi kalau di kaji setiap pesanan beliau mempunyai makna yang cukup mendalam. Beliau mengajak untuk membaiki akhlak dan keperibadian, meningkatkan ilmu pengetahuan, melahirkan ukuwah dan kasih sayang dan bersungguh-sungguh di dalam kerja-kerja dakwah dan tarbiyyah dan tetap istiqamah.

Apabila umat Islam berpecah dan bercakaran sesama sendiri dan tidak kembali kepada ajaran Islam sebenar, maka akan hilanglah kuasa dan kepimpinannya. Kekuatan umat Islam perlu di kembalikan seperti sediakala seperti pimpinan Rasulullah s.a.w dan Khalifah ar- Rasyidin.

As Syahid Imam Hassan Al- Banna sendiri telah menubuhkan Gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir dengan tujuan dan matlamat yang satu iaitu mengembalikan balik cara hidup Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat baginda, seterusnya untuk memulihkan kembali Kerajaan Khilafah Islamiyah yang telah di runtuhkan oleh ‘tentera-tentera Salib morden’walaupun terpaksa melalui tribulasi dan ujian-ujian yang berpanjangan.

No comments: