Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Abu Hurairah ra berkata : Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya : "Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Keterangannya :
Dalam hadis yang lain sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :
“ Selagi akan terjadi dan nyata pada akhir zaman empat macam di kerjakan manusia :
Pertama : orang-orang (mudah sahaja mengerjakan riba’ dan) memakan harta riba’.
Kedua : orang-orang (dengan tak merasa takut-takut) mengerjakan zina.
Ketiga : orang-orang (sering) bersumpah (walau pun palsu , tak ambil peduli)
Keempat : orang-orang (suka) mengurangkan sukatan atau timbangan (pada jual beli)
Maka apabila berlaku dan telah nyata (di lakukan orang-orang seperti di lakukan itu) akan bertebaranlah penyakit dan bala yang akan di turunkan Allah dengan perang setengah akan setengahnya.”
Sahabat yang dimuliakan,

Riba telah menjadi sebahagian daripada sistem ekonomi yang dilaksanakan dalam masyarakat kita. Sehinggakan umat Islam menjadi keliru disebabkan tidak ada penerangan yang jelas halal haram dalam pelaburan amanah saham dan wang simpanan pekerja untuk hari tua (dimana pelaburan yang dilakukan?). Para pelajar bidang agama juga, terpaksa mengambil pinjaman pelajaran yang mengandungi unsur riba.
Semua produk yang ditawarkan seperti amanah saham, penggunaan kad kredit, pelaburan dibank-bank, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, insuran nyawa dan insuran kenderaan dan pinjaman kenderaan rata-rata di buat atas perjanjian menggunakan sistem riba. Ini tidak termasuk lagi sistem pajak gadai yang sedia ada di pasaran, pelaburan melalui internet (tidak jelas jual beli), sistem piramid , skim cepat kaya dan pinjaman tanpa lesen di panggil 'along' semuanya jelas terlibat melalui sistem riba yang diharamkan Islam.
Begitu hebat sekali sistem riba menguasai pasaran di dalam masyarakat kita, yang sedihnya mereka yang terlibat dalam sistem riba majoritinya adalah terdiri daripada orang-orang Islam sendiri sedangkan jelas Allah S.W.T mengharamkan sistem riba dan terdapat di dalam ayat al-Quran surah al-Baqarah ayat 278-279. Walaupun sudah ada altenatif menggunakan sistem muamalah secara Islam (melalui Bank Islam, Takaful dan sebagainya) tetapi kurang mendapat sambutan di kalangan orang Islam sendiri, kerana sistem riba sudah sebati dengan jiwa mereka dengan alasan sistem muamalah cara Islam lebih mahal dan menekan para peminjam berbanding dengan sistem konvensional.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Hai orang-orang yang beriman , bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah riba (yang belum di pungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba) maka ketahuilah , bahawa Allah dan RasulNya akan memerangimu . Dan jika kamu bertaubat (dari mengambil riba), maka bagimu pokok hartamu, kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.”
(Surah Al- Baqarah ayat 278-279)
Jelaslah kepada kita bahawa di zaman kita sekarang ini, ciri-ciri penguasaan sistem riba telah berlaku di dalam kehidupan kita, setidak-tidaknya debu-debu riba telah terkena pada kita. Oleh itu perlulah kita mengambil sikap pro aktif dan berhati-hati supaya kita tidak terlibat dengan riba untuk mengelakkan daripada mendapat kemurkaan Allah kerana sistem riba jelas haram dan berdosa besar jika kita menggunakannya. Gunakanlah sistem muamalah cara Islam walaupun secara zahirnya nampal lebih mahal tetapi hakikat sebenarnya ianya jauh lebih baik untuk jangka masa panjang dan yang lebih penting ianya membawa keberkatan daripada Allah S.W.T.

No comments:
Post a Comment