Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Untuk menjaga akidah kita supaya tidak dicemarkan oleh kepercayaan dan amalan syirik dan kurafat maka kita perlulah sentiasa mendekatkan diri dengan al-Quran dan sunah Rasulullah S.A.W. Banyak terdapat ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi S.A.W. yang melarang umatnya daripada kepercayaan yang membawa kepada syirik dan juga kepercayaan kurafat .
Di dalam kepercayaan masyarakat melayu terdapat beberapa kepercayaan dan amalan yang dipegang turun temurun yang mana kepercayaan tersebut boleh menjejaskan akidah kita kerana pergantungan kepada kejadian tersebut. Oleh itu perlulah kita jauhi perkara syirik, kurafat dan kepercayaan yang tidak ada sandaran yang sahih :
Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
1. Mempercayai bulan safar membawa sial dan bala bencana.
2. Mempercayai burung hantu berbunyi diwaktu malam akan ada orang nak mati atau ada bala bencana.
3. Percaya bahawa apabila hujan panas ada orang nak mati.
4. Percaya kalaulah cicik berbunyi maknanya betullah cakap kita.
5. Biawak lintas jalan ada petanda urusan hari itu gagal tak boleh diteruskan. Jika diteruskan akan gagal.
6. Bila ada kupu-kupu masuk rumah akan ada tetamu nak datang ke rumah.
7. Bila tangan kanan bergerak-gerak akan ada rezeki, begitu juga bila tangan kiri bergerak akan habiskan rezeki yang ada.
8. Telik tapak tangan dan mempercayai urat-urat tertentu boleh membawa tuah atau sebaliknya.
9. Apabila ada pingan pecah maka akan ada bala nak datang atau ada sesuatu kemalangan akan berlaku.
10. Bila makan tersedak ada orang sebut nama kita atau ada orang sedang mengingati kita.
Masyarakat melayu morden pula percaya :
1. Rahsia tarikh lahir untuk motivasi diri.
2. Nombor tertentu membawa tuah dan nombor tertentu membawa bencana. Contoh no. 8888,9999 boleh bawa tuah dan no. 4444, 13 bawa musibah.
3. Percaya setiap individu ada nombor peribadi yang bertuah.(Nombor 1 hingga 9)
4. Percaya bahawa dalam bulan Januari hingga bulan Disember terdapat bintang-bintang tertentu jika lahir dalam bulan tersebut ada tuah-tuah tertentu dan keburukan-keburukan tertentu. Contoh bila lahir pada 20 Januari- 18 Februari (Bintang Aquarius) dan 22 Desember - 19 Januari (Bintang Capricorn). dan lain-lain.
{Kepercayaan ini telah berakar umbi dalam masyarakat kita terutama belia dan remaja oleh itu kita perlu menjelaskan kepada masyarakat percaya pada bintang ini adalah boleh bawa kepada syirik)
Sahabat yang dimuliakan,
Kita wajib membuangkan segala bentuk kepercayaan orang-orang melayu yang tidak ada nas dalam al-Quran dan hadis Nabi S.A.W. kerana semua perkara ghaib mestilah ada nas dan rujukkan kepada dua sumber tersebut.
Sabda Nabi S.A.W. yang maksudnya : " Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan al-Sunnah Rasul-Nya."
(Hadis Riwayat Malik)
Perlu ditegaskan bahawa Islam amat menitikberatkan persoalan akidah, syariah dan akhlak dalam kehidupan muslim seharian. Oleh itu, apa saja amalan, perkataan dan kepercayaan yang tidak berasaskan kepada sumber yang dijelaskan di atas adalah ditolak. Ini berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, “Dan berjaga-jagalah kamu. Jauhkanlah diri kamu daripada perkara baru (bidaah) kerana setiap perkara yang diadakan itu bidaah, dan setiap bidaah itu sesat. (Hadis riwayat Abu Dawud)
Rasulullah S.A.W. menyatakan melalui sabdanya yang bermaksud: "Tidak ada penularan penyakit (tanpa izin Allah), tidak ada penentuan nasib dengan burung, tiada kemudaratan burung hantu, dan tiada bala bencana bulan Safar". (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Sabda Nabi S.A.W. bermaksud: “Barangsiapa datang kepada tukang tenung (bomoh), kemudian dia membenarkan perkataannya, maka sembahyangnya tidak diterima oleh Allah selama 40 hari.”(Hadis Riwayat Muslim).
Tambahan daripada itu, Rasulullah S.A.W. juga mengingatkan bahawa orang yang mempercayai keburukan itu datangnya daripada sesuatu selain daripada Allah adalah syirik, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: "Menyandarkan keburukan kepada sesuatu adalah syirik, dan tidak termasuk dalam golongan kami melainkan orang yang beriman sahaja, dan Allah akan menghilangkan syirik itu dengan tawakkal".
(Hadis Riwayat Ibnu Majah).
Kepercayaan dan amalan khurafat hanya boleh dibanteras jika seseorang itu berpegang teguh kepada ajaran Islam dengan menjadikan al-Quran dan sunah sebagai rujukan dalam segala tindakan.
Disebabkan sejak turun temurun masyarakat melayu percaya bulan Safar dikaitkan dengan bala bencana dan musibah,hingga menerbitkan beberapa amalan khurafaat dan tahyul dengan harapan dapat menangkis dan menolak musibah tersebut.Amalan-amalan khurafat bulan safar seperti mandi safar, membuat ancak, melarang mengadakan kenduri kahwin dan percaya adanya burung hantu sebagai tanda kematian masih berurat nadi dalam kehidupan masakini.
Amalan, fahaman dan kepercayaan seperti ini bukan sahaja bercanggah dengan syariat Islam tetapi juga boleh menyebabkan rosaknya akidah.Nahas dan bala bencana bukan hanya berlaku dalam bulan Safar . Kepercayaan seperti ini perlu ditolak kerana Allah Taala telah memberi amaran kesan dalam surah At Taubah ayat 51 yang bermaksud:
"Katakanlah (Wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal”
Baru-baru ini satu kepercayaan karut sotong dijadikan manusia untuk menentukan menang atau kalahnya suatu perlawanan bola sepak. Di ramalkan dalam perlawanan Piala Suzuki bahawa Indonesia akan menang melawan Malaysia, dengan izin Allah berlaku sebaliknya Malayasia menang perlawanan tersebut, ini menunjukkan tidak ada siapa yang tahu akan berlakunya perkara akan datang melainkan Allah S.W.T. Apa yang disangka-sangka oleh manusia adalah daripada bisikan syaitan untuk menyesatkan akidah manusia.
Sekarang ini kita kita digemparkan ramai pakar motivasi mengunakan kaedah tarik lahir untuk menentukan kejayaan masa depan, apakah benar dakwaan tersebut?
Yang pasti kaedah tersebut tidak menepati kaedah yang dibenarkan oleh syarak. Kerana setiap anak yang lahir tidak kira masa, hari, bulan, tahun semuanya sama saja tetapi yang mencurakkan anak tadi samaada akan jadi majusi, nasrani, yahudi atau Islam adalah kedua ibu bapanya dan suasana disekelilingnya.
Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Setiap anak dilahirkan di atas fitrah (bersih), kedua orangtuanyalah yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani, atau Majusi.' (Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari no. 1278 dan Muslim no. 2658 dari hadits Abu Hurairah)
Kenapa kita menggunakan suatu kaedah yang boleh menimbulkan keraguan dan boleh membawa risiko yang besar jika keyakinan seseorang kepada tarikh lahirnya dan dia tak yakin dengan qadak dan qadar Allah S.W.T.? Sedangkan semua perkara ghaib adalah berada di dalam ilmu Allah S.W.T.
Walaupun mereka yang menggunakan kaedah 'rahsia tarikh lahir' berkata bahawa ini adalah satu cara untuk mengenal diri dan potensi diri untuk maju kehadapan, tetapi kaedah yang dijalankan adalah sama seperti seorang yang meramalkan masa hadapan seperti cara orang bukan Islam gunakan (telik nasib). Sedangkan telik nasib haram disisi Islam.
Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W di dunia ini lebih 1430 tahun yang lalu, telah sempurna dan lengkap. Di dalam al-Quran sendiri, hadis-hadis Nabi S.A.W, tulisan ulama-ulama muktabar daripada sahabat Nabi S.A.W. , tabiin, tabi-tabiin dan ulama mazhab cukup jelas memberikan kaedah untuk mendidik manusia untuk melahirkan insan beriman dan bertakwa. Kenapa kita menggunakan kaedah yang meragukan dan tidak ada nas yang jelas dan kaedah ini tidak pernah diamalkan oleh ulama-ulama terdahulu?
Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Sesungguhnya arak, judi, penyembahan berhala dan bertilik nasib adalah najis (haram) dan ia daripada perbuatan syaitan.” (Surah al-Maidah, ayat 90)
Dr. Ustaz Haji Zahazan bin Mohamad berkata di dalam mengupas tafsir al-Quran diradio IKIM (Isnin-Jumaat jam 6.30 pagi) bahawa kepercayaan kepada nombor-nombor tertentu boleh membawa tuah dan kepercayaan kepada rahsia tarikh lahir adalah syirik dan boleh menjejaskan akidah.
Umat Islam perlulah kembali kepada kaedah pendidikan Islam yang sebenarnya dan janganlah mudah terpengaruh kepada satu kaedah baru yang meragukan dan boleh menjejaskan akidah dan kepercayaan kita kepada Allah S.W.T.
Berbagai cara orang kafir cuba memesongkan akidah umat Islam, kepercayaan orang-orang Cina kepada huruf tertentu dan 'feng shui' telah mempengaruhi umat Islam dengan memilih nombor tertentu untuk plat kereta, meletakkan hantaran dengan bilangan hantaran 6666, 8888, 11,111 semua ini amalan kurafat dan tak ada kena mengena langsung dengan kebahagiaan rumah tangga. Asas Iman, Islam dan takwa saja yang akan menjamin kerukunan rumah tangga bukan nombor tertentu.
Kita boleh menggunakan bilangan 1, 3, 7, 10, 21, 33 , 40 dan 100 untuk berzikir kerana ada nas hadis daripada Rasulullah S.A.W untuk menggunakan bilangan tersebut.
Contoh angka 40 yang di suruh Nabi S.A.W. Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”
Sabda Rasulullah SAW maksudnya : “Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus AS “La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”
Sahabt yang dikasihi,
Marilah kita meninggalkan semua amalan-amalan dan kepercayaan syirik dan kurafat samaada datangnya daripada budaya orang melayu, cina, barat atau daripada daripada kaedah-kaedah tertentu yang meragukan dan syubahat. Supaya kita dapat menjaga akidah dan keyakinan kita kepada Allah S.W.T.
Ingat! Dosa syrik adalah dosa yang paling besar dan tidak akan diampunkan oleh Allah S.W.T. Oleh itu berhati-hati dan berwaspada supaya akidah kita sentiasa bersih dan tidak ada kecacatannya, hingga kita menemui Allah S.W.T dalam keadaan Dia reda kepada kita dan kita reda kepaba-Nya.
Sentiasalah gunakan nas al-Quran dan hadis dan berfikirlah secara logik dan rasional, insya Allah tidak akan terlibat dengan syirik dan kurafat .
Madah pujangga Islam :
Tanpa agama manusia binasa,
Tanpa ilmu manusia buta,
Tanpa iman manusia sengsara,
Tanpa ukhwah manusia tersiksa.
Ada agama datangnya pelita,
Ada ilmu datangnya harta,
Ada harta datangnya derma,
Ada ukhwah datangnya saudara.

1 comment:
Mohon kongsi. Jazakallahu khair. =)
Post a Comment