Friday, February 10, 2012

Kenapa Pakatan Rakyat Perlu Menguasai Putrajaya?


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Kehidupan di dunia ini umpama roda. Adakalanya seseorang itu berada di atas dan pada masa yang lain dia berada pula dibawah. Di dalam sejarah dunia dan tamadun manusia kita akan bertemu pertukaran golongan/dinasti yang memegang tampuk pemerentahan. Pertukaran ataupun silih berganti ketua negara adalah perkara biasa dan lumrah alam. Begitu juga dalam kerajaan khalifah Islam selepas Khulafa ar-Rasyidin kerajaan Islam ditakbir oleh Kerajaan Bani Umayyah, Bani Abbasiyah, Fatimiah dan Uthmaniyah.

Kenapa berlaku pertukaran kerajaan sedangkan kerajaan sebelumnya berpengalaman dan telah banyak melakukan pembangunan fizikal dan membantu rakyat?

Sebenarnya jika di kaji sejarah setiap peralihan kuasa daripada satu kerajaan kepada kerajaan yang lain puncanya adalah kerana pemerentah yang lama banyak pelakukan penyelewengan dalam pemerentahan seperti rasuah, mengutamakan ahli keluarga dan kroni, projek-projek kerajaan diagih-agihkan kepada puak-puak mereka sahaja, hak dan keperluan rakyat diabaikan. Pemimpin negara ketika itu hanya berseronok di istana-istana mewah dan menghabiskan harta negara untuk perkara-perkara kurang bermanfaat. Akibat daripada kelemahan inilah pihak pembangkang daripada bani/dinasti yang lain akan berusaha keras mengumpulkan pengikut-pengikutnya dan menjatuhkan kerajaan yang lama.

Di abad ke 21 kita boleh saksikan kerajaan-kerajaan demokrasi di dunia telah berlaku pertukaran kuasa  iaitu parti pemerentah yang telah memerintah puluhan tahun dapat dikalahkan dalam pilihanraya dan parti pembangkan pula mengambil alih kuasa. Contohnya di India Parti Kongres begitu lama memerentah negara India tetapi akhirnya parti tersebut jatuh dan digantikan oleh parti pembangkang. Di Amerika, Britain, Filipina, Thailand dan negara-negara Eropah sering bertukar tangan dengan parti pembangkang apabila tewas dalam pilihan raya umum mereka.

Dalam tahun 2010 suatu perubahan telah berlaku di Timur Tengah bagaimana  rakyat yang telah lama ditindas oleh pemerentah yang zalim, yang mengaut keuntungan hasil negara untuk kepentingan ahli keluarga pemerentah dan kuncu-kuncunya telah bangkit mempertahankan hak mereka dan meminta hak memerintah negara di serahkan  kepada rakyat seperti berlaku di Tunisia, Mesir, Libya, Yaman dan yang masih dalam proses kebangkitan rakyat adalah di Syria.

Dunia telah menyaksikan bagaimana Jemaah Islam Ikhwan Muslimin melalui
Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mencapai kemenangan besar dengan meraih 47.18 peratus undi berjaya memenangi pilihan raya bebas di Mesir dan telah menguasai Parlimen Mesir.

Firman Allah SWT maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad) : 'Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu '." (Surah Ali-Imran ayat 26)

Sahabat yang dimuliakan,
Dalam realiti di Malaysia, berdasarkan fakta sejarah dan perkembangan semasa berkemugkinan besar Pakatan Rakyat akan berjaya mengalahkan Barisan Nasional yang telah berkuasa memerentah selama 54 tahun (bermula Parti Perikatan dan digantikan dengan  Barisan National) dalam PRU 13.

Mengikut data-data  pengundi  bermula PRU 1 hingga PRU 12, beberapa penganalisa bebas dapati bahawa dalam PRU 13 Pakatan Rakyat akan dapat menguasai banyak negeri-negeri di Semenanjung dan akan memperolehi majoriti mudah dan mampu membentuk kerajaan dan menguasai Puterajaya.

PRU 12 sebenarnya memberi pukulan maut kepada Barisan Nasional kerana mengalami kekalahan yang paling teruk iaitu tidak mendapat majoriti 2/3 dan kehilangan 4 negeri dan tidak berjaya merampas kembali negeri Kelantan.

Pilihan raya negeri di Serawak baru-baru ini adalah satu petunjuk bahawa pengundi Cina tidak memberi sokongan kepada Barisan Nasional.  Sehinggakan Pakatan Rakyat dapat menambah kerusi Dewan Undangan Negeri, sebelum ini sukar diperolehi.

Analisa yang dibuat ini waalupun tidak 100% tepat tetapi terdapat kebenarannya yang boleh dipakai kerana kuasa penentu untuk PRU 13 adalah pengundi muda dan pengundi 'atas pagar'. Pengundi 'atas pagar' banyak bergantung kepada isu-isu semasa yang di mainkan oleh kedua-dua parti (BN dan PR). Media alternatif memainkan perana penting untuk menjelaskan isu semasa kepada pengundi 'atas pagar' dan pengundi muda. Isu NFC (National Feedlot Centre) menjadi isu hangat yang sukar ditepis dengan mudah oleh Barisan National.

Dalam kajian yang dibuat pengundi Cina dan India majoriti akan berpihak kepada Pakatan Rakyat dan pengundi muda juga majoriti akan menyokong Pakatan Rakyat disebabkan pengundi muda tidak mudah dipengaruhi oleh media pro kerajaan atau media letronik.

Salah satu faktor yang tidak boleh disangkal oleh Barisan Nasional bahawa negeri-negeri yang di kuasai oleh Pakatan Rakyat telah membuat banyak perubahan daripada bantuan dan khidmat kepada rakyat hinggakan keperluan asasi mereka diutamakan seperti rumah, bantuan kemiskinan dan hak memiliki geran tanah. Projek-projek kebajikan seperti pemberian air percuma, bantuan  pengurusan kematian (skim usia emas) dan bantuan-bantuan lain semuanya tidak pernah dibuat semasa pemerentahan kerajaan yang terdahulu. Hasil negeri seperti balak dan pasir juga bertambah perpuluh kali ganda daripada kerajaan sebelumnya, lapuran audit negara memuji ketelusan pentadbiran dan peningkatan hasil negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat, ini semua memberi saham yang tinggai kepada Pakatan Rakyat untuk menambat hati rakyat jelata dan mengekalkan momentum sokongan umum.

Sahabat yang dikasihi,
Faktor yang paling besar kenapa Pakatan Rakyat mampu menguasai Putrajaya adalah kerana rakyat yang dahagakan pemerentah yang telus, adil, tidak berlaku rasuah dan kekayaan negara dapat dikongsikan untuk semua rakyat. Terlalu banyak berlaku ketirisan wang negara hingga mencecah billion ringgit setahun , harga barang-barang keperluan asas dan minyak naik sedangkan Malaysia adalah salah satu pengeluar minyak dunia, pengangguran semakin meningkat (kurang peluang-peluang pekerjaan), rakyat di bebankan dengan perbelanjaan yang tinggi untuk mendapatkan pendidikan di IPTA dan IPTS, hutang negara mencecah ratusan billion bertambah setiap tahun (jika tidak dapat diatasi negara akan menuju muflis).

Beberapa perkara yang tidak di sukai oleh rakyat adalah hak untuk berhimpun secara aman dikenakan dengan syarat-sayarat yang ketat (menafikan hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan negara), masih mengekalkan tahanan tanpa bicara, para pelajar  tidak boleh bersuara kerana AUKU (akta universiti dan kolej), sistem keadilan masih tidak mengikut standard antarabangsa (terdapat pilih kasih dalam perbicaraan) dan tol-tol yang dikenakan kepada rakyat sangat membebankan sebaliknya keuntungan daripada kutipan tol hanya mengkayakan syarikat-syarikat kroni sahaja.

Umat Islam yang prihatin terhadap Islam dan cinta kepada keadilan dan akhlak Islam merasai bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak serius menangani gejala sosial hinggakan terdapat lebih 200,000 anak tidak sah taraf dan jumlah ini bertambah setiap hari. Ini adalah kerana Malaysia mendapat catar ke 10 di dunia negara yang suka berhibur. Penggalakkan pergaulan bebas di antara lelaki dan wanita. Penagih dadah semakin bertambah dan kadar jenayah juga  semakin bertambah setiap hari, seolah-olah tidak ada jalan untuk menghapuskannya.Displin para pelajar sekolah sangat membimbangkan kes-kes pergaduhan dan ponteng sekolah, mengikut kajian bebas 80% pelajar sekolah (menengah dan rendah) tidak melakukan solat, majoriti mereka tidak solat kerana tidak tahu cara-cara solat yang betul . Ini adalah kesan daripada kegagalan sistem pendidikan di sekolah-sekolah kerajaan.

Kerajaan ada membina masjid dan sekolah agama tetapi pada masa yang sama membiarkan kelab-kelab malam bercambah, pergaulan bebas muda mudi, muzik dan hiburan diberi keutamaan, kerja-kerja seperti ini umpama tangan kanan buat bangunan dan tangan kiri pula meruntuhkannya. Kerajaan tidak serius untuk melaksanakan hukum-hukum Allah seperti hudud dan qisas dan sentaiasa memberi alasan bahawa masyarakat majmuk sedangkan usaha-usaha kearah memberi kesedaran , kefahaman dan tarbiah tidak dijalankan hinggakan umat Islam sendiri  menghina dan mempertikaikan hukum-hukum Allah SWT.

Gejala murtad menjadi perkara serius diberitakan melebihi 200,000 orang. Tetapi bukti yang jelas apabila terdapat puluhan ribu memohon untuk menukar agama daripada agama Islam kepada bukan Islam, sedangkan hukum murtad yang lebih tegas tidak diluluskan di Parlimen walaupun pihak pembangkang telah membuat beberapa cadangan hukum yang lebih tegas.

Rakyat dan umat Islam yang berada dinegeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dapat merasai bahawa masjid-masjid dan surau-surau banyak mengadakan kuliah agama dan menyuburkan majis ilmu dan masjid-masjid telah berfungsi di hidupkan dengan aktiviti-aktiviti ke Islaman dan khidmat masyarakat, berbeza masjid-masjid yang berada di dalam pemerentahan kerajaan Barisan Nasional kerana ramai usatz-ustaz tidak diberikan tauliah untuk pengajar.

Sahabat yang dihormati,
Berjaya atau tidaknya Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya sebenarnya bergantung kepada ketentuan takdir daripada Allah SWT. Jika Allah SWT mengendaki Pakatan Rakyat menguasai Puterajaya pasti tidak siapa boleh menghalangnya. Contoh yang paling hampir  dalam PRU 12,  siapa sangka Pulau Pinang , Perak, Selangor dan Kedah berjaya ditawan oleh Pakatan Rakyat yang menjadi kubu kuat Barisan National? Dan ahli Parlimen Pakatan Rakyat berjumlah 40% daripada keselurauhan ahli Parlimen, tidak mustahil jika di izinkan Allah jumlah ahli Parlimen akan menjadi melebihi 50% pada PRU 13 dan mampu memerentah Malaysia walaupun dengan majoriti kecil.

Perkara yang paling penting untuk ke Puterajaya usaha-usaha gigih perlu berterusan samaada para pemimpin Pakatan Rakyat , penyokong dan ahli-ahlinya bekerja keras dan banyakkan mendekati rakyat dengan penuh hikmah.  Kempen yang perlu dijalankan perlulah bersih tidak perlu menggunakan bahasa yang kesat, menyerang peribadi parti lawan dan cuba gunakan pendekatan sopan dan menggunakan akhlak yang mulia. Jangan sampai niat hendak menang gerak-kerja Pakatan Rakyat terbawa-bawa menggunakan  berita yang tidak sahih dan tidak ada fakta dan bahan bukti.

Untuk umat Islam perkara yang cukup penting adalah doa dan solat hajat. Buatlah solat hajat sebanyak yang mungkin dan mohonlah kepada Allah SWT dengan hati yang khusyuk dan ikhlas semoga doa-doa kalian di terima oleh Allah SWT. Carilah masa-masa mustajab doa untuk menyatakan hajat kalian. Jika ditakdirkan doa kalian diterima oleh Allah SWT pasti Pakatan Rakyat akan berjaya menduduki Putrajaya , kerana Allah SWT akan memberi taufik dan hidayah-Nya mengubah majoriti hati rakyat Malaysia untuk memilih Pakatan Rakyat sebagai pemerentah yang menguasai Putrajaya.

Ayat Al-Quran yang menerangkan perkara ini ialah Firman Allah, Surah Yasin, ayat 82. yang maksudnya : “Hanya sesungguhnya keadaan Allah Taala, apabila mengkehendaki menjadikan ia akan sesuatu bahawa berkata Ia, baginya ‘Jadilah, maka jadilah ia.”

Majoriti rakyat menanti jika dengan izin Allah SWT Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya, mereka perlulah  menunaikan janji-janjinya untuk berkhidmat pada rakyat dan membuat "overhall" terhadap sistem yang ada oleh pemerintah yang lama. Janji perlu dikotakan dan jika kalian menanamkan azam untuk membuat islah, pembaharuan dan memulihkan kerosakkan yang ada insya Allah , Allah SWT akan tunaikan hajat kalian semua.






7 comments:

Anonymous said...

Ustaz, saya merasakan jika tidak di campur dengan unsur unsur politik, pembacaan di blog ini adalah lebih menarik.

Bolehkah jika topik dan isu politik di keluarkan?

GM

abubasyer said...

Assalamualaikum, saudara yang bertanya, sebenarnya blog ini bukan blog politik, blog ini adalah blog tazkirah. Hanya sekali sekala perlu juga saya komen perkembangan semasa yang berlaku. Terpulang kepada pembaca blog ini untuk menerimanya atau tidak, ini hanya pandangan saya di atas permintaan sebahagian pembaca pembaca blog ini.Wassalamualaikum.

Anonymous said...

Ostat, barang Ostat luaskan lagi jangkauan skop pemikiran. Ostat kena telek betul betul, selama kuasa PR ditampuk, selain Kelantan, puak mana yang tegar dan mati-matian mendatangkan ancaman dan bahana kepada bangsa Melayu. Memang bukan Pas. Telek lagi ya. Kalau ada makrifah lagi bagus.

Anonymous said...

Overhaul yang Pas buat di selangor adalah 1- Mengembungkan Poket.(Ana sudah kaya..mari jumpa ana) 2.Berebut kedudukan dan kuasa dalam Jabatan.(Melucut jawatan dan melantik bukan mengikut kredibiliti kerja tapi mengikut kecendungan mazhab politik tampa benar benar memikirkan impak kepada rakyat) 3.Campurangan dan keliru antara urusan kepartian dengan urusan Negeri. Ini khas merujuk kepada isu murtad yang merupakan Hal Negeri bawah kuasa sultan. Pas Biadab kepada tuanku. Lebih sudu dari kuah 4. Terutamanya PAS tidak mampu menahan asakan dan tekanan dari DAP yang menjadi peneraju dengan kekuatan sokongan padu kapir -sehinggakan gagal dalam mempertahankan dan memperkukuh perundangan dan enakmen yang bertujuan memperkasakan Islam, akhirnya PAS hanya bercakaran dan membuang Ahlinya sendiri tanpa menilai impaknya.

Anonymous said...

Assalamualaikum?...saya setuju dengan anonymous said?..saya suka baca dlm blog ni ttg artikel n ilmu yg disampaikan berkenaan agama Islam...tapi Jgn campur adukkan dengan politik....bg saya apabila agama dan politik disatukan seperti ini...hilang keyakinan kepada umat Islam yang lain untuk meneruskan usaha empunya blog ni berdakwah dengan betul...harap dapat hidekan artikel politik tu yer....terima kasih....

mencari sesewatu said...

nabi muhammad S.A.W tidak pernah..mendoa kan umat nya sdr..hancur..pada saya.itu satu kesilapan besar yg d laku kan pati pas..sepatut nya..ia menunjukan tauladan yg..baik..dan sepatutnya..parti pas..berusaha..kemudian berdoa..lepas tu berserah..biar ALLAH S.W.T. yg menentukan..dia berhak..atas segala-galanya..apa jua yg d lakukan oleh org2 kerajaan..yg x betul..biar ALLAH S.W.T.yg membalasnya..

mencari sesewatu said...

nabi muhammad S.A.W tidak pernah..mendoa kan umat nya sdr..hancur..pada saya.itu satu kesilapan besar yg d laku kan pati pas..sepatut nya..ia menunjukan tauladan yg..baik..dan sepatutnya..parti pas..berusaha..kemudian berdoa..lepas tu berserah..biar ALLAH S.W.T. yg menentukan..dia berhak..atas segala-galanya..apa jua yg d lakukan oleh org2 kerajaan..yg x betul..biar ALLAH S.W.T.yg membalasnya..