Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Doa Abu Darda adalah daripada beberapa ayat-ayat al-Quran dijadikan satu bentuk doa yang di amalkan setiap hari. Amalkanlah doa ini sebagai munajat dan pergantungan diri kita kepada Allah SWT.
Doa Abu Darda.
Antara ayat-ayat al Quran yang menjadi intipati kepada doa Abu Darda.:
1. Surah At-Taubah ayat 129, "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.”
2. Surah Al-Kahfi ayat 39, " (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)
3. Surah At-Thalaq ayat 12, "Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu."
4. Surah Hud ayat 56, ” Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus."
Sahabat yang dikasihi,
Sesungguhnya kekuatan orang mukmin adalah bergantung sejauhmana dia berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT, dan dia yakin bahawa Allah SWT akan memberi pertolongan di jalan yang tidak disangka-sagka.
No comments:
Post a Comment