Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda Rasulullah S.A.W maksudnya : "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang yang asing".
(Hadis Riwayat Muslim)
Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar.
Selepas generasi awal sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. datang pula beberapa generasi, kelemahan di kalangan pemimpin Islam mula berlaku. Sehingga kerajaan Islam gugur satu demi satu dan berakhir dengan kejatuhan Khilafah Islamiyah (Kerajaan Usmaniah ) di Turki. Serentak dengan itu pengaruh sekularisma yang di taja oleh penjajah Kristian telah menjalar keseluruh negara yang di perintah oleh pemimpin Islam, hingga kini tidak ada lagi yang terkecuali akhirnya Islam menjadi dagang.

Hampit 99% negara-negara Islam hari ini , para pemimpinnya yang memiliki kekuasaan telah mengambil undang-undang dan peraturan hidup yang bukan dari ajaran Islam samaada dari segi muamalat, undang-undang jenayah, ekonomi dan pendidikan.Berbagai-bagai fahaman dan idealogi bercampur –aduk dengan Islam dan akhirnya perbuatan makruf di pandang mungkar dan yang mungkar di pandang makruf. Hukum hudud, qisas dan takzir dipandang sepi.
Rata-rata umat Islam menjadi keliru dan tidak dapat membezakan yang hak dan yang batil. Umat Islam hari ini amat mudah mempercayai berita fitnah, tuduh menuduh seseorang berzina atau liwat adalah perkara biasa. Melebalkan ulama sebagai menyeleweng dan mempertikaikan fatwa ulama tanpa melihat hujah-hujah yang diberikan telah menjadi suatu budaya baru. Orang-orang jahil dipilih memegang kekuasaan hinggakan perkara asas menutup aurat pun mereka tak mahu patuhi. Lebih malang lagi ada diantara mereka cuba mempromosikan 'busanah muslimah' hakikat sebenarnya ianya adalah 'busanah jahiliah' (pakaian mendedahkan aurat) dan ini satu fitnah kepada Islam!
Terdapat satu hadis yangmenjelaskan akan berlaku nanti di akhir zaman umat Islam akan menganggap perkara mungkar itu baik dan mulia sedangkan orang yang berakhlak Islam akan menjadi suatu yang cukup asing.
Di riwayatkan oleh Abu Umamah Al-Bahili, daripada Nabi S.A.W. sabdanya yang bermaksud : “Bagaimana kamu jika durhaka perempuan kamu dan buas (jahat) pemuda-pemuda kamu dan kamu tinggalkan jihad kamu?”
Bertanya sahabat-sahabat : “Sungguh begitukah akan lahir wahai Rasulullah?”
Jawab baginda : “Demi jiwaku dalam genggamanNya, maka lebih dasyat lagi daripada itu akan berlaku.”
“Apakah lebih dasyat daripada itu wahai Rasulullah?”
Jawab baginda : “Bagaimana kamu jika kamu tidak menyeru kepada kebajikan dan tidak mencegah kejahatan?”
Bertanya sahabat-sahabat : “ Begitukah akan lahir wahai Rasulullah?”
Jawab baginda : “ Ya . Demi jiwaku dalam genggamanNya, malahan lebih dasyat daripada itu.”
“Apakah lebih dasyat daripada itu?”
Jawab baginda : “ Bagaimana kamu jika kamu menghitungkan perkara baik itu jahat dan kejahatan itu baik?”
Bertanya sahabat-sahabat : “ Begitukah akan lahir wahai Rasulullah?”
Jawab baginda : “ Ya. Demi jiwaku dalam genggamanNya, malahan lebih dasyat daripada itu akan berlaku.”
Bertanya sahabat-sahabat : “ Apakah yang lebih dasyat daripada itu?”
Jawab baginda : “ Bagaimana kamu jika kamu menyeru kepada kejahatan dan melarang daripada makruf?”
Bertanya sahabat-sahabat : “ Begitukah akan lahir wahai Rasulullah?”
Jawab baginda : “ Ya. Demi jiwaku dalam genggamanNya, malahan lebih dasyat daripada itu akan berlaku.”
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Aku bersumpah Aku akan datangkan kepada mereka fitnah hingga menjadi seorang penyantun dalam keadaan terpinga-pinga.”
Sahabat yang dimuliakan,
Untuk mengembalikan balik Islam di tempatnya yang asal perlu kepada pengorbanan yang berterusan, perlu kembali kepada sistem pendidikan yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W iaitu kita mesti kembali mentauhidkan Allah S.W.T. dan membetulkan akidah umat Islam. Membetulkan kefahaman mereka terhadap ajaran Islam dan seterusnya Islam dapat di praktikkan dalam kehidupan seharian.
Terdapat 3 perkara yang perlu di laksanakan untuk mengatasi Islam yang telah asing :
1.Memberi kesedaran Islam kepada masyarakat, seperti fahaman Islam yang di fahami oleh Rasulullah S.A.W. dan sahabat-sahabat baginda iaitu Islam sebagai ad-deen merupakan satu sistem hidup yang lengkap dan sempurna.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku redhai Islam itu jadi agama bagimu”
(Surah Al- Maa-idah ayat 3)
2. Melalui proses tarbiah yang betul, untuk melahirkan mukmin yang serasi dan komited dengan Islam dan bekerja untuk Islam sepanjang hayat. Memiliki sifat-sifat mahmudah seperti yang berlaku kepada generasi awal yang di proses di madrasah Rasululluh S.A.W. Menjadi pejuang dan pembela yang ikhlas dan melahirkan kasih sayang sesama saudara muslim.
3.Melaksanakan kerja-kerja jihad secara yang berterusan. Jihad adalah satu amalan yang tinggi dan mulia di sisi Allah s.w.t dan amat di tuntut di dalam Islam. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa di atas kerja-kerja jihad dan pengorbanan para mujahidin inilah yang menyebabkan Islam tersebar di seluruh dunia. Oleh itu roh dan semangat jihad perlu di tanamkan di dalam jiwa umat Islam supaya mereka merasai bahawa jihad adalah salah satu tuntutan agama , kerana gugur syahid di dalam perjuangan Islam mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah S.W.T. di akhirat nanti. Jihad yang sesuai dilaksanakan masa kini adalah menyampaikan mesej Islam kepada orang-orang Islam dan bukan Islam.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita menghayati Islam sebenarnya. Melahirkan akhlak Islam dalam kehidupan kita seharian. Menjaga batas-batas pergaulan dan sentiasa istiqamah dengan tarbiah dan pendidikan Islam. Melahirkan keluaraga-keluarga Islam dan terus menyebarkan dakwah Islam dalam masyarakat. Peganglah prinsip amar makruf nahi mungkar dan saling nasihat menasihati supaya manusia mentaati Allah dan Rasul-Nya.
No comments:
Post a Comment