Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Apabila seorang lelaki mukmin berhajat untuk mendirikan rumah tangga, perkara yang paling penting difikirkan adalah mencari calun isteri terdiri daripada wanita solehah. Siapakah wanita yang solehah itu? Wanita solehah adalah wanita yang menutup auratnya, mempunyai akhlak yang mulia dan sentiasa menjaga kehormatan dirinya dan menjauhkan daripada fitnah dan pergaulan bebas tanpa had yang dibenarkan oleh syarak.
Sebelum pemilihan dilakukan, lelaki mukmin akan sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T semoga dipertemukan calun isteri yang solehah. Jika telah bertemu apa yang dihajatkan yang dapat mengisi keperluan hidupnya dan dapat melayari bahtera kehidupan dengan tenangnya kerana hidup lelaki bujang tidaklah sama dengan lelaki yang berumah tangga.
"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi. Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki."
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "(Surah ar-Rum ayat 21)
Nabi S.A.W pernah berdoa dihari perkahwinan puterinya Fatimah Azzahra dengan suaminya Sayyidina Ali bin Abi Talib : “ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “
Berdasarkan doa Nabi S.A.W. hakikat perkahwinan dalam Islam bukannya sekadar pertemuan dua mempelai lelaki dan perempuan dan memenuhi keparluan zahir dan batin semata-mata, tetapi perkahwinan dalam Islam meragkumi keberkatan dalam kehidupan , diberi rahmat dalam keturunannya (mendapat anak yang soleh dan solehah), menjadi sumber ilmu yang bermanfaat (isteri mendapat tarbiah dan bimbingan daripada suami dan suami pula mendapat nasihat daripada isteri), hikmah dan mendatangkan aman untuk umat (melahirkan baitulmuslim dan merelisasikan Islam dalam kehidupan).
Jika matlamat ini menjadi pegangan oleh setiap pasangan muslim yang ingin berkahwin maka tidak akan berlaku penceraian, fitnah memfitnah dan pergolakan rumah tangga yang parah.
Sahabat yang dimuliakan,
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : "Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya."
Inilah dia ciri wanita solehah pilihan lelaki mukmin yang soleh. Di wajah wanita solehah ini terdapat cahaya yang membuat hati suaminya terasa sejuk , mengembirakan dan mendatangkan cinta dan kasih sayang. Cahaya itu datang dari kesan wuduk, solat, membaca al-Quran, cinta dan kasih pada Allah S.W.T dan memiliki hati yang bersih daripada hasad dengki dan mabuk dunia.
Wanita solehah sentiasa taat pada perintah suaminya yang tidak bertentangan dengan syarak. Lahir kepatuhan ini kerana mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya.
Suami yang soleh sentiasa berdoa seperti yang terdapat di dalam al-Quran : "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya (menyejukkan mata) dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa." (Surah al-Furqan ayat 74)
Wanita solehah juga sentiasa menjaga harta suaminya dengan amanah dan menjaga kehormatan dirinya dan tidak membuka keaiban suaminya kepada sesiapa saja termasuk kepada kedua orang tuanya.
Wanita solehah sentiasa berdoa selepas solat untuk menjaga kebahagiaan rumahtangganya dengan doa :
“ Ya Allah , ya Tuhanku, dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada diriku dan suamiku. Berkatilah keluarga yang kami bina dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan kami ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah kami ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang kami bina ini berkekalan hingga ke akhir usia dan pertemukan kami nanti di syurga-Mu, dan kurniakanlah kepada kami zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di hari akhirat dan jauhkan kami daripada seksaan api neraka"
Sahabat yang dikasihi,
Wanita solehah sentiasa bekerja bersama-sama dengan suaminya untuk berdakwah dan menjalankan tarbiah. Dia juga sentiasa melaksanakan amar makruf nahi mungkar terutama untuk para wanita sendiri. Jika beliau seorang berilmu maka ilmunya akan sentiasa disampaikan kepada orang lain supaya ilmu tadi akan mendatangkan manfaat.
Jika dia seorang hafizah maka perlulah mengajarkan ilmu al-Quran untuk mereka yang memerlukannya terutama para ibu dan kanak-kanak.
Wanita solehah juga sentiasa menjadi pendorong dan penggerak kepada para suami jika ada saatnya si suami merasa futur dan ingin berehat-rehat di rumah, kerana iman ini kadangkala naik dan kadangkala turun. Begitulah berlaku saling nasihat menasihati di dalam rumah tangga yang dibena.
Wanita solehah hatinya sentiasa terpaut (teringat-ingat) kepada Allah S.W.T. Merasakan segala ketaatan dan amal ibadahnya itu, bukan daripadanya. Sebaliknya itulah kurniaan Allah kepadanya. Apabila mendapat nikmat dan kesenangan, dia tidak leka dengannya tetapi hatinya terus terkenang kepada Allah yang memberi nikmat.
Sehingga dengan itu dia tidak pernah melupakan perintah syukur sebagaimana yang dinyatakan di dalam Al Quran dalam surah Al Baqarah ayat 172 yang bermaksud: “Bersyukurlah kamu kalau betul engkau menyembahNya.”
Apabila didatangi dengan berbagai ujian tidak kiralah samada ujian besar mahupun kecil; bagaikan orang yang terkena kejutan elektrik; hatinya terus terkenang-kenang dosa-dosa yang telah dilakukan.
"Apakah ujian demi ujian yang datang itu untuk menghapuskan dosaku? Atau untuk mendidik diriku agar lebih solehah? 'Wahai Tuhanku, kalau beginilah hukumanMu untukku di atas dunia ini, aku rela menerimanya dari diazab oleh api neraka yang amat pedih. Ampunkan dosa hambaMu ini ya Allah.”
Suami yang bertanggungjawab akan merancang dan melaksanakan tarbiah dirumah dan dibantu oleh isteri yang solehah kerana tarbiah tidak boleh terhenti dalam keadaan apa sekali pun kerana kelalaian dalam meneruskan tarbiah akan mendatangkan kepincangan.
Punca penceraian yang banyak berlaku kerana suami isteri hanya merancang dan melaksanakan hal-hal duniawi semata-mata dan tidak dimasukkan perancangan ukrawi iaitu pendidikan roh dan hati. Akibatnya jiwa tidak di isi dengan iman dan Islam dan akhirnya rohani menjadi kontang dan nafsu menjadi penentu segala-galanya.
Sahabat,
Wanita solehah sentiasa menghiasi diri dengan akhlak Islam dan sifat-sifat terpuji yang boleh melindungi dirinya dari kemurkaan Allah S.W.T., bersedia menjadi isteri yang taat kepada suami, berfikiran positif terhadap poligami dan bersedia berkongsi kasih sayang jika di takdirkan berlaku di dalam rumah tangga.Menjaga kehormatan diri, menjaga harta suami dan meneruskan proses tarbiah keatas anak-anak ketika ketiadaan suami di rumah.
Wanita Solehah juga pandai mengemas dan menghias rumah. Pandai menguruskan perbelanjaan keluarga dengan berjimat cermat dan tidak boros. Pandai mengambil hati suami dan anak-anak dan tahu menyediakan menu makanan yang berhasiat untuk keluarga dan berkemahiran menjahit pakaian.
Wahai lelaki yang mukmin! Jika kalian berhajat memiliki wanita solehah untuk menjadi isteri kalian yang memenuhi ciri-ciri yang dinyatakan di atas kalian perlulah memiliki ciri-ciri lelaki soleh yang taat dan patuh kepada Allah dan Rasul-Nya , berilmu dan mempunyai akhalak yang mulia. Maka barulah hajat kalian akan di makbulkan oleh Allah S.W.T. kerana dalam al-Quran Allah S.W.T. ada menyatakan bahawa lelaki soleh hanya untuk wanita yang solehah. Sekufu dalam Islam adalah sama-sama beriman dan bertakwa, seiring sejalan menuju keredaan Allah S.W.T.

No comments:
Post a Comment